Mereka masih tidak sedarkan diri walaupun jam menunjukkan 7:01 pagi. Farhan melihat jam di skrin telefon yang berada di tangan. Dia menolak kepala Zureen dengan kuat sehingga dia tersedar dari tidur lalu Farhan menuju ke bilik air sambil membawa tuala mandi. Dengan mamai, Zureen turun dari katil disamping itu dia menunggu Farhan keluar dari bilik air.
Selesai mereka menunaikan solat fardhu subuh berjemaah dan sudah menyiapkan diri untuk pergi ke pejabat, mereka turun sarapan. Zureen hairan dengan sikap Farhan yang tidak berkata apa-apa hari ini, dan dia menganggap Farhan masih bersikap dingin dengannya. Mereka berdua berpura-pura tiada apa berlaku malam semalam kerana tidak mahu keluarganya risau.
"Aik, bangun lambat nampak?." perli adiknya semasa menuangkan minuman ke dalam cawan dan dibahagikan kepada mereka.
"Hah Farhan. Kenapa bangun lambat dengan Zureen sekali?." tanya papa.
"Mana tak bangun lambatnya pa. Malam semalam Wawa dengar ada orang main ML tengah malam."
"Diam lah!." geram Farhan dengan mulut celupar adiknya itu.
"Zureen pun main ML sekali dengan Farhan?." sakat papa.
"Eh, tak lah pa. Zureen pandai masak-masak je." ketawa Zureen dan yang lain tetapi Farhan tidak dia masih dengan sikap dinginnya itu.
"Jom sayang. Dah lambat ni." senyum Farhan dihadapan mereka lalu menyalam tangan papa dan terus pergi ke kereta.
"Cepatnya!. Sarapan pun tak habis lagi tu!." risau mama dan sambut salam Zureen.
"Zureen lupa pagi ini kitaorang ada meeting dengan client. Pergi dulu pa, semua. Assalamualaikum!." kata Zureen sambil mengejar Farhan dengan berlari anak.
"Hati-hati!." jerit mama dan Zureen hanya lambai tangan dari hadapan.
Dalam kereta pula, Farhan hanya dia sahaja tidak berkata apa-apa dan dia tumpukan sepenuh perhatian ketika memandu.
"Kau ada nak pergi mana-mana tak?." tanya Farhan dengan wajah yang agak ketat.
"Tak ada." jawabnya perlahan.
"Aku nak pergi bank sekejap. Meeting area mana?."
"Area Damansara. Pukul 9:15, dengan Tan Sri Razali." jelas dan padat ketika Zureen memberi maklumat mesyuarat.
Farhan berhenti kereta di hadapan bank, dan terus keluar. Zureen hairan dengan sikap dingin Farhan dan mula memikirkan sesuatu.
"Dia kenapa erk?. Takkan pasal malam semalam kot?. Mulut aku ni pun satu, tak ada insurans betul lah!." kata seorang diri sambil menampar-nampar mulutnya.
"Of course lah sebab mak dia kan?. Mak kandung kot!. Mana tak marah!. Kalau aku jadi dia pun, mesti aku rasa sedih, kecewa, marah!. Tak, siapa P.A sekarang ni?!. Aku ke dia?. Patutnya aku yang tanya dia, bukan dia tanya aku?. Astaghfirullah hal'azim Zureen!. Dia kan suami kau!. Suka hati dia lah dia tanya siapa?. Aku siapa nak lawan cakap suami?!. Ish!."
Dari Farhan beratur mengikut giliran hingga dia menggunakan mesin bank, dia hanya melihat Zureen bercakap seorang diri dengan penuh beremosi dan dia hanya senyum sendiri melihat Zureen. Ketika melihat Farhan keluar dari bank, Zureen berhenti bercakap dan berpura-pura memandang ke tingkap lalu berdehem perlahan.
Masing-masing berpura-pura tidak tahu sedangkan Farhan tahu apa yang Zureen bebelan. Mereka segera pergi ke Damansara untuk mesyuarat dengan Tan Sri Razali berkaitan dengan hal syarikat. Sesudah bermesyuarat, mereka terus masuk ke pejabat dan tangan Zureen dilepaskan dari genggaman Farhan.
Farhan membuka pintu lalu terlihat seorang wanita menunggunya di atas kerusi miliknya tanpa berpaling arah. Setelah pintu ditutup wanita itu pun memusingkan kerusi beroda itu menghadap Farhan.
![](https://img.wattpad.com/cover/290258156-288-k752988.jpg)
YOU ARE READING
Renungan Rindu
Romance𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐟𝐟𝐚𝐧 𝐅𝐚𝐫𝐡𝐚𝐧 | 𝐙𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐄𝐫𝐢𝐧𝐚 ᴷᵉʳᵃⁿᵃ ʲⁱʷᵃᵏᵘ ᵐᵃᵗⁱ, ʰᵃᵗⁱᵏᵘ ᵈⁱʳᵃʷᵃᵗ ᵈᵉⁿᵍᵃⁿ ᶜⁱⁿᵗᵃ ˢᵉʲᵃᵗⁱ. Disebabkan hati Zureen telah dikhianati cinta dan dipersalahkan atas kematian seseorang, dia berubah menjadi perempuan yang tiada...