BAB 25

87 15 2
                                        

Enjin kereta dimatikan, lalu tali pinggang keselamatan dilepaskan dan sebaik sahaja mereka keluar dari kereta terdapat sebuah kereta berjenama Perodua Ativa berwarna putih menyusuli ke perkarangan rumah mereka.

Pandangan terus beralih ke pintu pemandu untuk melihat siapakah pemilik kereta tersebut. Beg kertas berisi hadiah dibawa bersama, terutama sekali hadiah Farhan. Reaksi wajah Farhan bertukar setelah mendapat tahu pemilik kereta, Zureen mendekati dan berdiri di sisi Farhan. Kasut tumit tinggi berpijak di atas perkarangan rumah, setelah menunjukkan diri di hadapan mereka dia melontarkan senyuman manis sehinggakan Farhan sudah muak dengan lakonan wanita itu.

"Ouh, Durrah rupanya. Saya tak nak kacau, saya masuk dulu." tegur Zureen perlahan belum sempat dia membuka langkah Farhan merentap tangan Zureen dengan kuat sehingga tubuh Zureen hampir sedikit rapat ke tubuh Farhan.

"Kan saya dah cakap, apa-apa stay with me." bisik Farhan ke telinga Zureen lalu Durrah berdehem kerana sudah meluat melihat kemesraan mereka dan Zureen melepaskan tangannya dari genggaman Farhan.

"Baby!. U baru balik?. Kasihan u kan, penat-penat cari rezeki untuk i." rengek Durrah.

"Nampak macam tiber tapi tak mengapa, sila cuba lagi." sinis senyuman lalu menarik tangan Farhan masuk dan Durrah menjeling di samping mengikut mereka masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." serentak papa dan mama lalu menyambut mereka di ruang tamu.

"Awal balik pa." soal Farhan lalu menyalam tangan papa.

"Tak sedap badan katanya." jawab mama.

"Kamu yang balik lambat. Pergi mana?. Papa tengok kamu dengan Zureen balik tepat masa." pertanyaan papa membuatkan mereka saling pandang-memandang dan belum sempat mereka membuka mulut Durrah segera mengambil peluang.

"Assalamualaikum aunty, uncle!. Sihat?." tegur Durrah sambil menyalam tangan mama.

"Waalaikumussalam, Durrah. Buat apa datang sini?." mama soal kembali.

"Saja je aunty, ni Durrah ada bawa hadiah untuk aunty dengan uncle. Untuk Farhan pun ada, lagi special tau." sindir dalam diam dan perkataan special sengaja ditekankan.

"Zureen naik atas dulu, nak solat." senyum Zureen yang dibuat-buat lalu segera naik ke bilik untuk membersihkan diri dan ketika Farhan mahu menarik tangan Zureen, dia mengelak dari ditarik.

"Ambil Farhan hadiah kamu." wajah papa menandakan isyarat ambil saja walaupun terpaksa dan Farhan mengambil dari tangan mama lalu segera naik ke bilik.

"Susah-susah je Durrah beli hadiah." layan mama.

Sebaik sahaja pintu bilik ditutup semula, Zureen baru sahaja masuk ke dalam bilik air dengan membawa tuala serta baju. Beg dan baju kot diletakkan di atas katil, dia segera menahan pintu bilik air dari ditutup lalu Zureen melihat Farhan dalam keadaan keletihan.

"Apa!. Nak tanya ok ke tak?. The answer is i'm okay, don't worry about me. Please saya penat ni, saya nak mandi." jeling Zureen lalu menutup pintu manakala Farhan hanya tersenyum.

Farhan turun ke bawah seketika, sementara dia menunggu Zureen selesai menggunakan tandas. Dia menjenguk ke bawah untuk mengetahui keberadaan Durrah, dan mereka masih di ruang tamu sedang bersembang di samping mencuba mengambil hati papa dan mama, dia terpaksa turun pergi ke dapur. Walaupun mereka bersembang terlalu kuat tetapi Farhan sedikit pun tidak memandang ke arah mereka.

"Farhan kamu nak makan ke?. Mama boleh hidangkan." selepas melihat kelibat Farhan yang sedang menuju ke dapur.

"Tak apa ma, tak lapar." jawabnya tanpa melihat ke wajah mama dan terus ke dapur lalu papa mengikuti Farhan.

Penekan butang mesin air dapat mengalir air sejuk ke dalam cawan, berjalan duduk berehat di atas kerusi. Air sejuk meneguk minum perlahan untuk menjadikan hati dan fikiran tenang. Mata tertutup sebentar dan tatkala bahunya ditepuk perlahan, mata segera di buka kembali dan melihat papa sudah duduk berhadapan dengannya.

"Kenapa pa, dah muak layan Durrah?." 

"Uish, tak sanggup papa. Mama kamu lah layan yang rajin sangat melayan."

"Bukan rajin pa, semua orang dalam rumah ni, layan terpaksa je." ketawa kecil begitu juga papa.

Tuala mandi dipakaikan di atas kepala, dan mengepit tuala di bawah dagu seperti memakai tudung. Pintu bilik air dibuka perlahan, kepalanya sahaja dikeluarkan untuk mengintip di luar tandas. Selesai melihat tiada orang di dalam bilik, dia keluar dengan kaki kanan dari tandas dan segera mengerjakan solat asar. Usai mengaminkan doa, dia berfikir menjangkakan Farhan berada di bawah berkemungkinan Durrah akan mengambil kesempatan ini untuk duduk rapat dan membuatkan Zureen sakit hati. Sebelum perkara itu berlaku, lantas dia turun ke bawah dan sentiasa berada di sisi suaminya.

Makanan desert sudah disiapkan, mama mahu memperoleh desert itu dan di bawa ke hadapan dengan pertolongan Durrah yang suka mengambil kesempatan di depan mata. Mata Zureen mencari Farhan di ruang tamu, namun dia tiada di situ. Mendengar mama dan Durrah mahu memasuki ruangan dapur dan mungkin Farhan berada di situ, dia segera berjalan seperti biasa di samping hendak berpura-pura sembang berdua di dapur.

Dalam ketika itu, Farhan masih bersembang bersama papa di meja kecil khas untuk menyediakan makanan dia segera mengeluarkan telefon milik Farhan dan berdiri di sisinya.

"Awak, Eman call." sedang mengulurkan telefon sekali gus kelihatan seperti tiada orang membuat panggilan dengannya.

Pada waktu yang sama, memandang mama dan Durrah memasuki ruangan dapur lantas dia mencapai telefonnya itu dari tangan Zureen.

"Lupa Farhan silent." senyum Farhan yang dibuat-buat di hadapan papa dan berpura-pura menjawab panggilan dari Eman.

"Far.." tidak sempat dia menegur.

"Apa hal Eman call aku?." sengaja dikuatkan supaya dapat mengelakkan diri dari Durrah, segera dia keluar dari ruangan dapur dan naik ke bilik. Rancangan Zureen berjaya, dia senyum sinis dengan meminum berbaki air di dalam cawan yang berbekas suaminya.

"Perempuan ni sengaja tak nak bagi aku jumpa Farhan!. Tunggu kau perempuan!." bisik hatinya dengan marah dan berpura-pura senyum di hadapan mama dan papa serta Zureen.
















Renungan RinduTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang