BAB 6

161 20 5
                                    

Keesokan harinya, rutin hariannya diteruskan lagi tetapi kali ini dia lebih bersemangat untuk berkerja. Setelah dia menyiapkan dirinya, telefon pintar miliknya berdering di atas meja. Nombor yang tidak dikenali, itu membuatkan Zureen lagi hairan. Entah apa pula, scammer ini mahu menipunya lalu dia menjawab panggilan tersebut. Jika ini benar scammer dia iye kan aja tetapi bukan bermakna dia percaya malah satu perkataan pun dia tidak percaya.

"Hello, assalamualaikum" sapa Zureen.

"Waalaikumussalam, kau ada dekat mana?." jawab lelaki itu.

Hairan juga, sebelum ini dia tidak pernah dapat scammer yang bertanyakan masalah tempat. Selalunya scammer akan minta wang ringgit tetapi ini bukan.

"Dekat mana?. Sekejap. Awak ni siapa?."

"Tak akan lah tak ingat kot. Baru je semalam kau jumpa aku. Dah lupa dah?."

Ini membuatkan dia lebih hairan. Sejak bila dia kenal dengan scammer- scammer yang tidak berhati perut di Malaysia?.

"Hello!. Kita pernah jumpa ke sebelum ni?. And, sebab tu lah saya tanya awak ni siapa?."

"Siapa lagi, kalau bukan Aliff Farhan."

"Awak?!. Sekejap, mana awak dapat nombor saya?!."

"Secret."

"Hish!. Bagi je lah tahu!. Siapa bagi kebenaran!."

"Aku tak akan bagitahu selagi kau tak ikut aku!."

"Nak pergi mana?."

"Ikut je lah. Banyak pulak cekadak dia ni!."

"No!. Saya nak rest hari ini, lagipun saya nak tolong mak ayah saya buat persiapan kahwin abang saya nanti."

"Tak kira, sekarang ni aku tengah on the way pergi rumah kau. Baik siap sekarang!."

"Huh?!. Ewah, ewah, ewah. Sampai alamat rumah saya pun awak tahu. Ni mesti awak korek rahsia dari abang saya kan?!."

"Perlu ke aku bagitahu?. Kalau nak, kau ikut aku."

"Kalau tak nak?."

"Kalau tak nak, aku hantar rombongan meminang untuk. Hari ini dan saat ini juga."

"Buat lah, i don't care!."

"Ingat aku main-main ke?. Jangan lupa hari jumaat." katanya lalu memutuskan panggilannya dan hanya mampu tersenyum. Tidak sempat Zureen bertanya tentang hari jumaat ini.

"What?!. Dia letak macam tu je?. Hari jumaat?. Arghhh!. Malas aku nak fikir!." lantas dia turun ke bawah dan bertanya kepada abangnya.

Syafiq sedang menikmati sarapan pagi yang dihidangkan oleh maknya sambil bermain telefon pintar. Bahunya ditepuk kuat oleh Zureen kali ini, dia tidak boleh kawal emosinya. Air kopi panas yang dihirup sedikit olehnya tersembur akibat tepukan yang sangat kuat di bahunya. Tidak lain tidak bukan, yang suka berbuat begitu adalah Zureen Erina sahaja.

"Abang!. Abang ni kan, kalau tak bocorkan peribadi orang tak boleh ke?!." marah Zureen.

"Eh, mana ada!." tenang abangnya.

Renungan RinduWhere stories live. Discover now