RUMAH agam sebesar dikawal ketat pengawal. Dari pintu pagar hingga dalam rumah. Jika mahu kemana-mana, mereka pasti diekori. Hanya membeli barang dapur sahaja dibenarkan keluar.
Pintu diketuk dan membuka. Jururawat wanita, Amira Aisya memasuki bilik Tengku Laila sambil membawa makanan tengahari. Saif dan Amira sahaja dibenarkan masuk.
Amira melabuhkan punggung di kerusi sebelah Tengku Laila untuk menyuap makanan padanya.
"Mak cik, jom makan. Mira ada buat nasi briyani. Mira teringin nak makan nasi briyani jadi, kali ini Mira sendiri yang masak. Resipi turun-temurun tau." Mira memasukkan nasi atas sudu.
Tengku Laila dari tadi diam merenung pada tingkap, menoleh. "Turun-temurun?"
Dia soal kembali bermaksud Tengku Laila mahu bersembang lebih lagi. Bersama Amira, dia selesa dan tidak malu jika bercerita hal peribadinya. Tambah pula, Amira berwajah manis, pandai mengambil hati, menghormati orang tua dan pandai memasak. Untung bakal suaminya nanti. Alangkah indahnya, jika dia ada seorang anak lelaki teruna. Pasti dia mahukan Amira menjadi menantunya.
"Ya, mak cik. Ini resipi arwah mak saya. Ia dibuat dengan penuh kasih sayang. Mak cik nak cuba?" Semangat Amira dan Tengku Laila hanya mengangguk sambil senyum.
"Bismillah." Ucap Amira dan menyuap nasi briyani ke dalam mulut Tengku Laila.
Berselera Tengku Laila makan. Amira senyum senang hati. Dia merapatkan dan berbisik sambil mengaut nasi briyani.
"Barang dah sampai ke menantu mak cik. Cuma, ambil masa sikit nak tahu siapa pengirimnya." Amira kembali ke posisi biasa.
Tengku Laila menangkap apa yang diberitahu Amira. Dia diam seperti tidak mendengar apa-apa. Itulah yang terbaik dan langkah paling selamat.
SEMENTARA menunggu kepulangan ibu dan ayah pergi membeli bahan masakan untuk tengahari, Zureen dan Farhan menonton televisyen. Syafiq menolong isterinya menyidai pakaian di luar rumah.
Mata Zureen melekat pada skrin televisyen dan Farhan duduk di sebelah isterinya. Berpura-pura garu di kepala dan memandang ke kanan dan kiri. Line clear. Perlahan merangkul bahu Zureen.
Terasa ada sesuatu di bahu kanannya. Dia tenang dan tidak bertindak terburu-buru. Kepala kekal di posisi sama namun, anak mata bergerak memandang bahunya. Rupanya tangan Farhan dan memandang ke hadapan kembali seraya mengeluh kecil. Kegatalan Farhan memang tidak boleh dirawat.
Di tangan Zureen ada remote dan dia mengetuk tangan Farhan menggunakan itu. Pantas Farhan menarik sambil menjerit.
"Aduh! Awak! Sakitlah!" Farhan mengerang kesakitan sambil mengurut lembut pada tangannya.
Zureen ketawa. "Siapa suruh ambil kesempatan dalam kesempitan."
"Nak peluk isteri pun tak boleh ke?"
"Boleh. Siapa kata tak boleh? Meh." Pujuk Zureen.
Menghadap Farhan dan mendepakan kedua tangannya minta dipeluk.
"Tak nak dekat sini. Dalam bilik, jom?"
"Mengada eh? Awak." Jeling Zureen kembali bersandar di kusyen sofa.
"Apa?"
"Boleh tak, saya nak keluar?"
"Tak boleh."
"Kenapa pula?"
"Saya nak awak masak makanan favourite saya."
Zureen tersengih. "Kacang! Kalau saya masak, awak bagi saya keluar tak?"
"Pergi mana?"
"Macam biasa, jumpa Hilya."

ANDA SEDANG MEMBACA
Renungan Rindu
Romance𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐟𝐟𝐚𝐧 𝐅𝐚𝐫𝐡𝐚𝐧 | 𝐙𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐄𝐫𝐢𝐧𝐚 ᴷᵉʳᵃⁿᵃ ʲⁱʷᵃᵏᵘ ᵐᵃᵗⁱ, ʰᵃᵗⁱᵏᵘ ᵈⁱʳᵃʷᵃᵗ ᵈᵉⁿᵍᵃⁿ ᶜⁱⁿᵗᵃ ˢᵉʲᵃᵗⁱ. Disebabkan hati Zureen telah dikhianati cinta dan dipersalahkan atas kematian seseorang, dia berubah menjadi perempuan yang tiada...