OLEH sebab kejadian semalam, Luna dihantui mimpi ngeri. Bingkas bangkit dari pembaringan. Tercungap-cungap nafasnya. Dada diusap perlahan.
"Astaghfirullah hal a'zim." Ucap Luna.
Meraup wajahnya sambil mengelap peluh di dahi. Rambut Luna yang lurus panjang itu menyisir ke belakang. Dia melepaskan keluhan sebelum matanya melirik jam di telefon.
Hari ini, Tengku Affan Farhan meluluskan cuti sakitnya. Manakala Zureen telah menasihatinya agar tidak keluar rumah. Kini, dia adalah saksi kejadian yang berlaku di hadapan spa. Berkemungkinan dalang itu mengupah orang untuk mencederakan Luna supaya menutup mulut.
Nasihat Zureen akan sentiasa diingati. Menutup tingkap, mengunci pintu hadapan dan belakang. Jangan membuka pintu kepada orang yang tidak kenal. Sentiasa berfikiran positif dan berdoa mohon dilindungi Tuhan.
Rasa tenang sedikit selepas Zureen membawanya melaporkan apa yang berlaku di hadapan spa pada pihak polis. Kemudian, menemaninya di taman rekreasi menghirup udara segar. Menikmati pemandangan yang indah serta membuang perkara negatif di benaknya ke tasik.
"Macam mana Puan tahu yang saya tengah takut masa tu?" Luna ingin tahu.
"Saya guna bomoh." Jawab Zureen dengan selamba.
"Bomoh?"
"Tak adalah, saya gurau aja." Zureen tertawa kecil pabila Luna hampir percaya akannya.
"Oh." Luna senyum lega.
"Saya pernah belajar dalam bidang ni. Jadi, saya dapat rasakan ada sesuatu yang berlaku belakang saya walaupun..."
"Walaupun?"
Zureen berhenti langkah dan memandang Luna.
"Awak enggan bagi kerjasama."
Luna terdiam. Dia terlalu gementar untuk memberitahu perkara sebenar. Biarpun sudah melaporkan kepada pihak polis.
"Diam tak semestinya setuju. Diam adalah cara terbaik untuk kita berfikir. Saya tak salahkan awak dan saya tak paksa. Cumanya, saya harap awak boleh buat keputusan untuk berterus-terang."
"Awak tahu pelakunya, tapi awak ragu-ragu dan takut, bukan?"
Pandangan Luna jatuh ke lantai. Dia menelan air liur. Tidak mampu menjawab persoalan Zureen.
"Ambil masa awak. Saya tunggu." Monolog Zureen dan beredar meninggalkan Luna yang sedang memikirkan kata-katanya.
Luna bersyukur kerana telah dikurniakan seorang majikan yang baik hati, prihatin akan mental dan fizikal serta penyayang. Dia akan sentiasa berhubung Zureen untuk melaporkan keadaan semasa.
SINARAN matahari menerangi bumi, Durrah mempersiapkan diri pergi ke pejabat syarikat Dato' Shauqi. Dia bergerak awal bagi mengelakkan kesesakkan lalu lintas. Bukan itu sahaja, ia juga mengelakkan diri dari bertemu Dato' Shauqi sewaktu sarapan.
Menu sarapan di kafe miliknya menjadi sarapan utama. Jimat kos dan jimat tenaga. Durrah melantik seorang pekerja yang berkebolehan dan boleh dipercayai untuk menjadikannya sebagai assistant manager.
Sebelum ini, Durrah tidak pernah melantik sesiapa kerana dia mampu menguruskan kafe miliknya bersendirian. Kini tidak lagi, dia perlu bekerja di bawah syarikat Dato' Shauqi. Mana mungkin dia menguruskan 2 kerja dalam sehari! Silap hari bulan, pengsan juga Durrah Fatiha dalam wad kecemasan.
Sedang bergerak ke pejabat milik Dato' Shauqi, berbagai perasaan yang menyentak tubuhnya. Walaupun ini bukan kali pertama, namun ini kali pertama dia benar-benar bekerja di syarikat itu. Sebelum ini, sekadar memenuhi permintaan daddynya dan kebetulan pula syarikat Farhan bekerjasama.

ANDA SEDANG MEMBACA
Renungan Rindu
Romansa𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐟𝐟𝐚𝐧 𝐅𝐚𝐫𝐡𝐚𝐧 | 𝐙𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐄𝐫𝐢𝐧𝐚 ᴷᵉʳᵃⁿᵃ ʲⁱʷᵃᵏᵘ ᵐᵃᵗⁱ, ʰᵃᵗⁱᵏᵘ ᵈⁱʳᵃʷᵃᵗ ᵈᵉⁿᵍᵃⁿ ᶜⁱⁿᵗᵃ ˢᵉʲᵃᵗⁱ. Disebabkan hati Zureen telah dikhianati cinta dan dipersalahkan atas kematian seseorang, dia berubah menjadi perempuan yang tiada...