DAKWAT pen hitam mencorakkan tanda tangan di atas kertas. Ada beberapa perkara perlu mendapatkan kebenaran darinya. Seterusnya, dia menutup dokumen tersebut dan mengembalikan pada pekerja. Senyuman dilontarkan semasa penyerahan dilakukan.
"Tuan." Panggil orang kanannya. Mungkin ada sesuatu yang hendak dikatakan.
"Ya."
"Tahniah, tuan!"
Tengku Hussain berkerut dahi. Kerusi yang didudukinya bersandar. Kemudian tersengih memandang lelaki di hadapannya. "Tak faham."
"Saya rasa, tak lama lagi, tuan dapat penyeri rumah."
"Apa kamu merepek ni?"
Lelaki itu mengeluarkan telefon bimbit dan menghulurkan kepada majikannya. Tengku Hussain duduk posisi seperti sediakala dan melihat sekeping gambar yang ditunjukkan.
Tengku Hussain sedikit terkejut. Dia ketawa kecil lalu mengembalikan telefon kepada tuannya.
"Pilihan isteri tuan memang terbaik."
Tengku Hussain tersenyum. "Doakan yang baik-baik untuk menantu saya."
"Insya-Allah, tuan!" Ketua Bahagian Pemasaran membalas senyuman dan beredar.
Gambar sepasang kekasih bak merpati dua sejoli itu ialah anak dan menantunya. Paling mengejutkan adalah tingkah laku mereka berdua telah diketahui ramai dan merebak ke seluruh bangunan syarikat.
Tengku Hussain mengerti sangat.
Ada segelintir pekerjanya gemar berita hangat dan sensasi seperti itu. Agak keterlaluan untuk mengalahkan semua stesen berita tempatan di Malaysia.
BERATAPKAN tiang di atas. Terasa pipi Zureen terbakar. Malu kerana tidak menyangka Farhan akan memberi kejutan romantik. Hampir tersenyum akan tetapi, kekal tenang.
Kerana romantik Farhan, Zureen sukar menafsirkan perasaan. Dia keliru. Bukan senang hati kerana barang sebaliknya, tenang melihat wajah suaminya. Tambahan, Farhan memaut sejambak bunga sambil mengukir senyuman. Sekiranya wanita lain, pasti sudah terpikat! Inikan pula, berstatus isteri.
"Kau kenapa Zureen? Kau suda jatuh cintakah sama dia? Jangan! Ini plan dia seja!" Bisik hati Zureen.
Lama Farhan menantikan tindak balas isterinya. Dia bergantung kepada jambangan bunga tersebut. Jantungnya berdegup kencang. Bibirnya melebarkan senyuman.
"Aku tak sangka pulak plan yang tak dirancang ni, boleh terpana! Harap-haraplah hati dia terbuka untuk aku." Desis hati Farhan.
"Sayang."
Anak mata Zureen terkalih ke tempat lain sebelum menyedarkan diri. Muslihatnya memandang belakang bukan wajah Farhan.
"Bukan plan hubby pun. Kalau ego lagi, tak apalah."
Zureen mengalah. Pantas menyambar jambangan bunga. Dia kembali fokus sejambak bunga ros oren didakapannya.
Kedua bibir diketap. Bergenang air mata saat mengetahui maksud bunga itu. Fikiran dan jantung saling berlumba. Bimbang sesuatu berlaku menimpa Che Puan Laila.
SELEPAS semua pekerja bangkit meninggalkan bilik mesyuarat, Durrah hendak berbincang sesuatu bersama Farhan. Mata Farhan mencerlung tajam Durrah di hadapannya. Hati berapi tidak diambil peduli.
Lirikan gusar Tengku Hussain disedari Farhan. Membalas anggukan kepala dan senyuman kelat tanda dia akan selesaikan perkara ini. Tengku Hussain mengeluh perlahan dan meninggalkan mereka berdua.

YOU ARE READING
Renungan Rindu
Romantik𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐟𝐟𝐚𝐧 𝐅𝐚𝐫𝐡𝐚𝐧 | 𝐙𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐄𝐫𝐢𝐧𝐚 ᴷᵉʳᵃⁿᵃ ʲⁱʷᵃᵏᵘ ᵐᵃᵗⁱ, ʰᵃᵗⁱᵏᵘ ᵈⁱʳᵃʷᵃᵗ ᵈᵉⁿᵍᵃⁿ ᶜⁱⁿᵗᵃ ˢᵉʲᵃᵗⁱ. Disebabkan hati Zureen telah dikhianati cinta dan dipersalahkan atas kematian seseorang, dia berubah menjadi perempuan yang tiada...