BAB 34

90 11 0
                                        

Sementara penjenayah merangkul leher Asma, sasaran sudahpun memasuki perangkap, jari telunjuk kanan melepaskan tembakan pada sasaran yang telah ditetapkan. Sebutir peluru dari arah atas kanan telah menyebabkan Asma terkena tembakan di pinggang bahagian kanan.

Mimpi yang sama berulang lagi. Dengan pantas mata terbuka luas, hanya siling rumah ditatap lama dan nafas naik turun. Pada mulanya, Zureen tidak peduli pada mimpi tersebut dek kerana ia masih trauma akan kejadian itu. Hampir tiap diuji sebegini rupa Zureen disinggahi dengan mimpi yang sama.

Setiap kali mimpi ngeri hadir, terasa seperti kejadian itu berlaku sekarang. Tempat, waktu serta rupa paras mereka yang terlibat, masih tajam difikirkannya. Tetapi, itu semua tidak berguna lagi pada Zureen.

Cari si pelaku? Mampukah dia mengalahkan pembunuh profesional itu? Laporan polis? Hampir 2 bulan kes itu masih dalam siasatan.

Pabila dia cuba menenangkan hati serta fikiran yang dihantui mimpinya itu, terlihat dari ekor matanya ada sebuah bayangan manusia disebelah kiri. Zureen perlahan-lahan menggerakkan bebola mata ke arah bayangan tersebut. Terpampang raut wajah jejaka disebelahnya sambil bermain telefon. Terperanjat Zureen dibuatnya lalu terus duduk dari pembaringan dan tubuhnya menghadap jejaka itu.

Mana tidak gugur jantung Zureen, jejaka itu baring mengiring menghadapnya, tangan kanan ditongkatkan kepala seraya menunggu Zureen terjaga dari tidurnya.

"Good morning my beautiful ghost!" Tegur Farhan sambil bermain telefon.

"Awak tidur sini malam tadi?" Zureen terpinga-pinga. Itulah soalan pertama yang ingin dia ketahui. Bagaimana dia memasuki biliknya?

"Kenapa, tak boleh?"

"Bbb...bukan tak boleh..." Mata Zureen jatuh ke tilam.

"Ya, dari semalam saya ruqyah awak dekat sini. Janji awak malam semalam, bagi ikan makan aja."

Zureen mengetap gigi geram.

"Ish dia ini! Kang aku bagi penyepak, auto pergi UK! Tapi aku bukan mimpi pasal semalam, aku mimpi benda yang sama..." Bisiknya terkenang mimpi ngeri sebentar tadi.

Sekilas Farhan memandang Zureen. Mengeluh perlahan dengan sikap Zureen yang gemar termenung jauh. Dia bangkit dari pembaringan. Bantal milik Zureen dicapai dan memukul lengan Zureen yang bersaiz sederhana itu begitu kuat sekali. Serta merta lamunan terus berhenti seraya terperanjat dengan tindakan kasar Farhan.

"Awak! Sakitlah!" Sambil mengusap-usap lengan kirinya.

"Kerja awak memang termenung je ke? Dah tak ingat status awak sebagai apa?"

Cuba mengingatkan kembali. Setelah itu, matanya membulat besar dan segera meraba-raba di sekitar perluasan tilam. Dia tidak menjumpai telefonnya. Pandangan tertumpu pada jam tangan milik Farhan yang dipakai kemas di tangan kiri. Terus dia melihat jarum jam berada.

Kening Farhan menjongket tanda tanya. Adakah Zureen sudah menyedari statusnya? Zureen pula, hanya mengukir senyuman malu.

"Orang lelaki pun sama macam perempuan ke, lapar aja nak marah-marah." Walaupun malu dek kerana sudah menyedari statusnya, sempat lagi dia menyindir Farhan.

"Apa?" Farhan berpura-pura tidak mendengar dan Zureen tersenyum.

"Tak ada apa. Okey, okey, saya buat sarapan sekarang."

"Tak payah, saya nak keluar dengan Eman."

Lengan baju Farhan menjadi sasaran untuk ditarik. Farhan menoleh tanpa sebarang bicara.

"Awak... Saya nak minta izin boleh?"

"Pergi mana?"

"Saya nak pergi...jumpa Hilya. Hal perempuan, boleh kan?" Senyuman palsu dilontarkan.

Renungan RinduTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang