BAB 32

78 9 0
                                        

Berita Zureen hampir kena langgar, sudah sampai ke telinga kedua-dua belah pihak keluarga mereka dan kini bimbang akan keselamatan Zureen. Puas Zureen pujuk ibunya supaya tiada apa yang berlaku selepas ini dan berjanji sentiasa mengingati setiap pesanan dari ibunya.

Sambil menuju ke bilik Zureen, dia memandang tajam ke arah Farhan. Namun, Farhan memandang ke atas siling memusingkan kepalanya ke kanan dan ke kiri seperti berpura-pura tidak tahu apa-apa tentangnya.

"Ye ibu. Zureen tahu." pasrah Zureen terpaksa mendengar bebelan dari Pn. Rafiqa.

"Jangan tahu aja, ingat pesan ibu..."

"Nak lintas jalan pandang kiri kanan. Sebelum buat apa-apa, fikir dulu." serentak Zureen bersama Pn. Rafiqa. Hampir ke semua pesanan dari ibunya dapat dihafal dengan mudah.

"Ok lah ibu, Zureen nak masuk bilik ni."

"Apa-apa telefon ibu, jangan senyap aja."

"Yer ibu. Love you!" ayat dihadapan sengaja ditinggikan sedikit seperti memerli seseorang dan putuskan panggilan.

"Saya? Awak tak nak cakap?" senyum nakal dan bersilang tangan sambil menyandar ke dinding.

Zureen menjeling Farhan.

"Best jadi reporter?" kening kirinya dijongketkan dan berseilang tangan.

"Reporter? Saya? Bila masa pulak saya jadi reporter? Saya kan assistant awak. Semua benda yang awak buat dan apa-apa terjadi pada awak, saya akan bagitahu diaorang." senyum ikhlas dan jangan harap Farhan akan mengaku.

Zureen merenung tajam dalam mata Farhan. Imaginasinya mahu mencekik leher Farhan dan mahu menendang perut Farhan agar dia mahu rasakan kesakitannya seperti dia sekarang ini. Pandangan Zureen beralih ke arah tangga dan menghembus satu keluhan sekali gus membuang perasaan amarahnya ke tangga. Senyuman dibuat-buat di hadapan Farhan ketika dia berpusing ke arah Farhan kembali.

"Ni, bilik saya bukan?" senyumnya sambil jari telunjuk ditujukan ke arah bilik di hadapannya dan menarik 2 buah beg bagasi ke dalam bilik.

Pintu tidak sempat ditutup, tangan Farhan sempat menahan pintu itu dan menolak pintu dengan perlahan.

"Ya allah, awak kenapa?" terkejut Zureen melihat kepantasan Farhan memasuki biliknya.

"Saya cuma nak bagitahu. Depan tu bilik kita"

"Huh? Bilik kita?" binggung Zureen.

"Tak bilik saya" cuba menyedapkan hati Zureen.

"Ouh, ada saya kisah?" lalu lembut tangan Zureen ditunjukkan ke arah pintu.

"Wah, halau secara halus nampak?"

"Nak secara halus atau kasar?" kening kirinya sekali lagi dijongketkan.

"Ok, saya keluar." selepas dia melangkah keluar dari bilik, lantas Zureen menutup pintu dan Farhan terus senyum jahat.

Video rakaman mengenai kejadian petang tadi sudah dihantar kepada Tengku Hussain, melalui pesanan Whatsapp dan melarangnya memberitahu kepada Tengku Sarimah. Takut-takut video itu sudah tersebar kepada Najwa. Farhan hanya mempercayai Tengku Hussain sahaja. Bukan tidak percaya akan mak tirinya itu tetapi, tidak mahu Tengku Sarimah dan Najwa tertalu bimbang dan masuk campur akan keselamatan Zureen.

Tengku Hussain menonton video rakaman tersebut dengan teliti dan mengingati apa yang telah Farhan ceritakan sebentar tadi.

Tengku Sarimah yang baru sahaja selesai mengemas dapur dan ketika dia mendekati tangga, terlihat Tengku Hussain berada di ruang tamu sambil menonton sesuatu di dalam telefon pintar miliknya. Khabar angin itu sudah didengari, segera dia bertanya kepada Tengku Hussain.

Renungan RinduTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang