TATKALA keluarga Tengku Hussain memasuki rumah, mereka terdengar enjin sebuah kereta memarkir di hadapan pagar. Mereka menoleh. Mahu melihat siapakah tetamu mereka?
Kereta sewa atau dipanggil grab car menurunkan wanita bertubuh sedikit gempal. Wanita itu terpaksa mengecilkan matanya dek silauan cahaya matahari. Terpampar wajah gementar akibat dirinya didakwa meracuni anak majikan sendiri.
"Midah, kamu buat apa lagi dekat sini?" Tengku Hussain merengus geram.
Hamidah, tukang masak di rumah keluarga Tengku Hussain telah berkhidmat lebih enam tahun. Masakannya cukup istimewa dan lazat. Mesra dipanggil Mak Midah kerana dianggap sebahagian keluarga.
Pada malam kejadian, Mak Midah telah dihalau keluar. Harapan terakhir sebelum memulakan hidup baharu, dia mahu membersihkan nama dan sentiasa akan dikenang jasanya.
Hamidah tunduk, tidak berani mengeluarkan suara apatah lagi menjawab persoalan Tengku Hussain. Dia diarahkan oleh seseorang untuk datang sahaja.
"Reen yang suruh Mak Midah datang." Muncul Zureen di pintu masuk.
Kedengaran satu jawapan terdengar di pintu masuk. Mereka menoleh ke empunya suara.
"Reen? Papa tak suruh pun kamu datang." Kehadiran Zureen menantu kesayangannya buatkan hati lebih panas.
"Papa, kita berbincang dulu dekat dalam. Mak Midah, jemputlah masuk." Zureen senyum sebaris lalu masuk ke dalam rumah.
Ruang tamu, menjadi tempat mahkamah sementara bagi menyelesaikan masalah. Pekerja yang terlibat sahaja dibenarkan berada di situ. Bagi pesalah dan tertuduh, mereka berdua diminta berdiri di antara televisyen.
Tanpa membuang masa, Zureen memulakan perbicaraan dan menceritakan dari awal hingga akhir. Dengan bantuan canggih zaman moden seperti televisyen, Zureen memainkan sebuah video rakaman yang telah dirakam oleh kamera tersembunyi yang terletak di ruangan dapur.
Kamera saiz kecil memang mudah disembunyikan bersama timbunan barangan dapur. Selit-selit saja, sudah dirakamkan dengan jelas.
Sudah terang lagi bersuluh, pelaku sebenar ialah Lyana. Mak Midah dijadikan sebagai mangsa dan Zureen menjadi kambing hitam. Lyana juga menghidangkan air kopi buat Farhan. Ini bertujuan untuk memastikan tiada deria rasa tajam dalam bubur jagung.
"Jadi, sayang pura-pura sakit ke?" Sambil berharap isterinya tidak membohong.
"Tak. Itu sakit betul." Zureen menyakinkan pengakuannya adalah benar.
"Habis tu, masa Durrah sakitkan hati sayang tu apa?"
"Oh, itu. Senggugut saya datang balik, bukan sebab Durrah." Farhan angguk faham.
"Kenapa Reen letak kamera dekat dapur?" Tengku Hussain masih memerlukan jawapan sebenar.
Meski soalan paling panas dalam hidupnya, Zureen kekal tenang menjawab. Nada suara gagap atau bergetar dikawal agar tidak ada syak wasangka.
"Semenjak dua menjak ni, Reen jadi pelupa. Kadang, letak handphone pun terlupa dekat mana. Lagi-lagi, dekat dapur. Tu yang, terpaksa letak kamera." Bohong Zureen.
Dia terpaksa menjawab sebegitu kerana tidak bersedia mahu memberitahu hal sebenar.
Tengku Hussain menarik nafas berat. Berat membuat keputusan. Berat mempercayai kebenaran yang menantu kesayangannya dedahkan. Sukar baginya hendak menyakinkan kisah antara pesalah dan tertuduh.
"Kamu tak fikir ke nyawa orang, Lyana? Lagi-lagi nyawa anak saya sendiri? Ke, kamu memang ada niat nak bunuh anak saya?" Tengku Hussain meninggikan suara.

ANDA SEDANG MEMBACA
Renungan Rindu
Romance𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐟𝐟𝐚𝐧 𝐅𝐚𝐫𝐡𝐚𝐧 | 𝐙𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐄𝐫𝐢𝐧𝐚 ᴷᵉʳᵃⁿᵃ ʲⁱʷᵃᵏᵘ ᵐᵃᵗⁱ, ʰᵃᵗⁱᵏᵘ ᵈⁱʳᵃʷᵃᵗ ᵈᵉⁿᵍᵃⁿ ᶜⁱⁿᵗᵃ ˢᵉʲᵃᵗⁱ. Disebabkan hati Zureen telah dikhianati cinta dan dipersalahkan atas kematian seseorang, dia berubah menjadi perempuan yang tiada...