BAB 45

68 10 0
                                        

BUNYI ketukan pintu 2 kali, Zureen membenarkan Nisha masuk. Biarpun kehadiran Nisha di situ agak mencemaskan, seseorang menghiraukan hal tersebut. Malah, dia menarik sebuah kerusi dan duduk di sebelah Zureen sambil menatap wajah Zureen.

Nisha yang berjalan tunduk, mengangkat kepala memandang Zureen. Akan tetapi, seseorang di sebelah Zureen membuatkan dia lebih gerun. Lebih baik dia berundur saja. Nisha berpaling dan terhenti di saat Zureen memanggil namanya.

"Nisha, bertenang. Duduk depan saya." Zureen memberi arahan sambil sibuk memeriksa beberapa fail.

"Kalau diri tak bersalah, kenapa nak lari?" Soal Farhan seraya menatap wajah ayu isterinya.

"Awak." Zureen memandang lalu menggeleng. Tidak mahu Nisha terus menyalahkan diri sendiri.

Nisha akur. Dia duduk dan Zureen meminta Nisha bercerita dari awal.

Berkerut-kerut kening Zureen untuk memahami cerita sebenar. Berbagai soalan ditanyakan bagi mengelak salah faham dan mencari punca kejadian ini.

Zairul bukan sahaja memandang skrin komputer, matanya melirik pada dinding kaca bilik Zureen. Dia semakin ingin tahu apa yang mereka bincangkan. 

Mikael, yang merupakan salah seorang radio rosak, meja kerjanya di belakang Zairul. Sekiranya mereka hendak berbual atau bergosip tidak perlu bersusah payah berjalan merata. Cukup mengeluarkan suara sambil menghadap komputer, mereka boleh bersembang.

"Wey, agak-agak kan, Nisha kena buang kerja tak?" Mulut celopar Zairul menghangatkan lagi isu.

"Memang patut pun dia kena buang kerja, dia yang bocorkan maklumat, lainlah kalau dia datang lambat." Sokong Mikael.

"Aku tak rasa Nisha kena buang, tapi dia kena gantung."

"Gantung kerja?"

"Gantung diri." Ketawa Zairul dan Mikael.

Gelak tawa dan perbualan mereka didengari pekerja wanita di sebelah Zairul. Dia benggang akan gurauan kasar dan melirik tajam ke arah mereka.

Datang seorang pelawat ke meja pekerja senior. Wanita itu bangkit memberi tanda penghormatan. Mereka berdua sibuk bergelak ketawa hingga tidak sedar kehadiran pelawat syarikat lain.

Mikael baru tersedar akan kehadiran seseorang, segera bangun. Dia memanggil nama rakannya lalu Zairul juga bangun sambil menundukkan pandangan dengan gerun.

Mana tidak gerunnya, sahabat baik Tuan Farhan tu! Berani biadap? Jika sesiapa menyakiti kawan Tuan Farhan, sama ada Eman atau Kasyaf pasti akan dibuang kerja serta merta. 

"En. Eman nak jumpa Tuan Farhan ke?" Soal pekerja wanita senior.

"Dia ada hal ke?" Soal Eman kembali.

"Ada. Tuan Farhan dengan Pn. Zureen tengah siasat hal pekerja."

"Oh. Tak apalah. Nanti saya call dia, saya nak lawat Tengku Hussain sekejap."

"Baik En. Eman." Akur pekerja wanita itu.

KATA putus Zureen dikeluarkan dan mendapat keizinan Tengku Hussain untuk memeriksa kamera litar tertutup CCTV. Pita rakaman diputarkan. Kini, Zureen ditemani Farhan berada di hadapan monitor dibantu pengawai yang bertugas untuk memutar rakaman tersebut.

Di parkir belakang bangunan, muncul seorang wanita berpakaian suit hitam turun dari motorsikal miliknya. Tampak wanita itu mencurigakan. Barangkali, itulah wanita yang diperkatakan Nisha. Farhan dan Zureen saling berpandangan dan merenung pada skrin kembali.

"Uish, awek." Gurau pegawai lelaki tersebut dan ditujukan pada Farhan.

Farhan melirik tajam ke arahnya. Terus pegawai tersebut mengetap bibir. Tidak berani mengeluarkan sebarang suara.

Renungan RinduTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang