BAB 31

96 11 0
                                        

Ketika Farhan sedang cemas bagai telur dihujung tanduk, sedangkan Zureen menyempat bersembang bersama pemandu lori tersebut. Tersedar ada bayangan seseorang di sebelah kirinya, dia menoleh tanpa ragu-ragu. Raut wajah cemas Farhan ditatap kemudian, reaksi wajahnya berbuat seperti tiada apa yang berlaku pada dirinya. Hampir sahaja Zureen dipeluk di hadapan khlayak ramai, pantas Zureen menepis tubuh Farhan yang sasa itu. Zureen memberi isyarat bebola mata di tunjukkan ke arah pak cik di tepi mereka melalui ekor mata menandakan meminta Farhan agar melihat situasi mereka sekarang. Farhan faham akan isyarat mata Zureen dan selepas menyedari, Farhan terus mengosok tengkuknya gara-gara malu seraya tersengih di hadapan pak cik.

"Pak cik saya..." belum sempat Zureen menghabiskan pak cik itu mencelah dengan lembut.

"Nakkk, pak cik minta maaf lah. Brek pak cik tiba-tiba stuck." merayu pak cik itu.

"Tak apa pak cik, kami faham. Saya minta maaf lah bagi pihak isteri saya yang lalai ni." lantas raut wajah Farhan ditatap tajam.

"Suka hati awak aja kan,judge saya lalai!" bisik dengan geram ke telinga Farhan dan berpura-pura senyum di hadapan pak cik.

"Isteri saya ni, rabun jauh. Kucing melintas pun tak nampak, ini kan pula lori sebenar alam ni. Maafkan isteri saya yer pak cik." senyum nakal.

"Wah!" perlahan Zureen geram serentak memalingkan pandangan ke arah lain.

Mereka terdengar deringan pemanggil dari telefon pak cik itu di dalam lori. Pak cik hanya memandang ke arah telefon itu berada dengan sekilas lalu kemudian, dia mengendahkan panggilan tersebut. Kepala ditundukkan bagi menyorokkan kegelisahan di raut wajahnya dan berpura-pura okay di hadapan mereka. Dari segi perilaku aneh pak cik itu, Zureen sudah terfikir akan sesuatu yang tidak kena. Berkemungkinan ada seseorang yang mengupahnya mencipta kejadian tersebut. Gara-gara tiada bukti yang kukuh, dia terpaksa mencari bukti itu sendiri.

"Pak cik ok?" tegur lembut Farhan diselit mengambil berat tentang pak cik itu. Dengan teguran Farhan, pak cik itu semakin gelisah dan sedaya upaya untuk menafikannya.

"Pak cik pergi dulu." kelam kabut pak cik itu masuk ke dalam lori dan segera beredar.

Dada diusap lembut dan menghela nafas lega selepas menyaksikan kejadian itu tidak terjadi di hadapan mata Durrah. Dengupan jantung Durrah bergerak laju apabila menyaksikan kejadian tersebut dan mengambil masa untuk meredakan jantungnya kembali normal.

"Awak ok tak?" cemas Farhan dibuatnya dan Zureen tersenyum sinis.

"Nampak saya dah arwah ke?" usikan Zureen pada ketika itu tidak sesuai.

"Tarik balik kata-kata tu. Nak ke saya jadi duda? Perempuan lain dekat luar sana suka sugar daddy macam saya. Dah lah duda, kaya pulak tu. Tak jealous ke?"

"Eh buat apa nak jealous? Lagi bagus, awak tak ada lah malu dapat isteri rabun jauh macam saya."

"Awak salah faham ni. Kalau awak rabun sekalipun, ada hikmahnya."

"Apa hikmah dia?." aksi wajah berlagak ditonjolkan.

"Tak percaya? Dengar ni rabun jauh, awak takkan nampak lelaki lain. Tapi rabun dekat, awak hanya nampak saya sebagai raja dihati awak." senyum ikhlas dari Farhan dan Zureen hanya melontarkan senyuman yang dibuat-buat.

"Maaf, sila cuba lagi." Farhan mampu tertawa kecil.

Farhan sudah menjangkakan Zureen tidak akan termakan dengan ayat-ayat jiwang romantik Farhan. Semenjak Zureen putus hubungan bersama Haziq, dia tidak lagi terhasut dengan godaan dari mana-mana lelaki. Cukup hatinya sudah hancur, remuk disebabkan kepercayaan terhadap lelaki dan juga dia tidak lupa akan perbuatan Haziq dahulu. Dia tidak peduli orang lain mengata dia hati batu ataupun apa-apa saja, yang penting hatinya tidak terluka buat kali kedua. Dia tekad tidak akan termakan dengan janji manis mereka apatah lagi memberi harapan kepada lelaki. Sungguh sukar untuk dia mempercayai kepada cinta sejatinya.

Renungan RinduTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang