Seminggu kemudian, sebelum Zureen pulang ke rumahnya dia menyinggah ke suatu tempat untuk membeli cenderamata kepada bakal kakak ipar iaitu Insyirah, dan BFF nya Hilya. Rambang mata Zureen melihat cenderamata di kedai itu. Membelek satu per satu cenderamata yang berada di sekelilingnya, dia terpegun melihat sebuah barang lalu ingin mengambilnya tetapi dia tidak boleh mencapai kerana dia agak rendah. Seorang lelaki memotong lalu mengambil barang itu sebagai haknya.
"Ish, awak tu saya punyalah!."
"Siapa dapat, dia punya!." selamba Farhan.
"Memanglah, tapi saya nampak dulu. So, saya punyalah kan?."
"Ouh, yeke, tapi ini aku nampak dulu sebelum kau masuk kedai. Ni aku punya!." jawab Farhan dan berlalu pergi. Zureen mengikutinya dari Farhan belakang sambil mencuba mengambil barang dari tangan Farhan.
"Boleh, dengan syarat." renungan tajam ke arah mata Zureen.
"Apa dia?." tanya Zureen.
"Aku nak kau pujuk papa aku, suruh kita berdua tukar jawatan."
"Andai kata, papa awak tak setuju?."
"Kalau papa aku tak setuju, kau kena kahwin dengan aku."
"Tak nak lah kahwin dengan awak!. Dah lah tak kenal, tiba-tiba ajak kahwin. Clishe lah!."
"Nak ke tak?." sambil menghiraukan bebelan Zureen.
"Andai kata, papa awak setuju?."
"Kau kena buat 3 kerja dalam masa sehari."
"3 kerja?. Kerja apa pulak ni?!."
"First, kau jadi P.A aku. Second, kau kena cuci tandas and the last one, kau kena buat coffee untuk aku."
"Huh?. Serius lah!."
"Yes!. On tak on?." poyo Farhan. Zureen terpinga-pinga akan syarat Farhan.
"Ish!. Yelah, in Sya Allah!." dan merampas barangnya dari tangan Farhan.
2 jam 10 minit kemudian, Zura selamat sampai ke rumah keluarganya. Setelah dia menurun daripada kereta Grab, dia melihat ada sebuah kereta yang dikenalinya. Selangkah demi selangkah dia memasuki kawasan rumah sambil melihat beberapa kasut dan selipar di hadapan pintu masuk rumah.
"Siapa pulak datang rumah family aku ni?." bisik hati kecilnya.
Mulai dengan kaki kanan serta memberi salam kepada orang yang berada di dalam rumah. Senyuman terpaksa dilontarkan kepada tetamunya, dan juga salaman terpaksa dihulurkan ke arah tetamu yang hadir. Pn. Rafiqa iaitu ibu kepada Zureen menyuruhnya untuk melayan tetamu dan dia memberi seribu alasan untuk menggelak daripadanya.
Pantas dia menaiki tangga lalu masuk ke dalam biliknya. Pintunya ditutup dan dikunci, dia melabuhkan punggung di atas katil sambil menghembus satu keluhan. Telefon pintar dikeluarkan dari beg sandangnya, dia menghantar mesej kepada Huda mengatakan dia sudah pulang dengan selamat. Matanya tertumpu ke arah barang-barang yang dibelinya membuatkan dia mengingat kembali kata-kata Farhan sewaktu di kedai itu.
"Kau tunggu lah, aku sanggup 3 kerja dalam sehari daripada kahwin dengan kau!." seorang diri lalu pergi menuju ke arah bilik air untuk membersihkan dirinya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Renungan Rindu
Любовные романы𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐟𝐟𝐚𝐧 𝐅𝐚𝐫𝐡𝐚𝐧 | 𝐙𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐄𝐫𝐢𝐧𝐚 ᴷᵉʳᵃⁿᵃ ʲⁱʷᵃᵏᵘ ᵐᵃᵗⁱ, ʰᵃᵗⁱᵏᵘ ᵈⁱʳᵃʷᵃᵗ ᵈᵉⁿᵍᵃⁿ ᶜⁱⁿᵗᵃ ˢᵉʲᵃᵗⁱ. Disebabkan hati Zureen telah dikhianati cinta dan dipersalahkan atas kematian seseorang, dia berubah menjadi perempuan yang tiada...