BAB 48

58 4 0
                                    

AWAL pagi Zureen bergerak ke hospital. Bimbang terserempak dengan keluarga Farhan. Tengku Hussain telah melarangnya melawat Farhan buat sementara waktu namun, Zureen menentang arahan tersebut.

Zureen melangkah masuk bilik pesakit, sempat dia melontarkan senyuman pada waris pesakit lain. Dia mendekati katil selang sebuah katil berdekatan tingkap. Itulah katil suaminya namun, Farhan tiada di situ. Bekalan makanan diletakkan atas meja makan pesakit dan keluar bertanya pada doktor, Hanisah.

Hanisah meminta bantuan jururawat di kaunter tentang pemeriksaan rawatan Farhan. Setelah diperiksa, Farhan tiada terlibat dalam mana-mana rawatan.

Dari mata Hanisah, Zureen mengetahui Hanisah sedang menyembunyikan sesuatu.

"Hanisah, ada apa-apa yang Kak Reen tak tahu ke?" Soalan Zureen buatkan Hanisah tidak mampu berselindung lagi.

Seterusnya, Zureen bergegas ke katil wad seperti yang diberitahu Hanisah. Zureen dimaklumkan Farhan melawat seseorang dalam hospital sama.

Berjalan memasuki wad, nombor katil diteliti satu per satu. Kemudian, nombor katil pesakit yang dicari berada di hujung berdekatan tingkap. Terlihat seseorang yang dikenali menemani pesakit di sisi katil.

Lelaki di kerusi menoleh dan sedikit terperanjat. "Sayang?"

Zureen terus membuat isyarat senyap di bibir. Berkerut dahinya mengecam wajah pesakit yang terlantar di atas katil. Memang dia! Pak cik yang hampir melanggarnya tempoh hari!

Dia melirik tajam. "Awak sorokkan perkara ini daripada saya?"

"Nisa yang bagitahu ke?"

"Jangan salahkan Nisa, saya yang suruh dia bagitahu. Jawab soalan saya."

"Saya memang nak bagitahu awak, tapi tunggu masa yang sesuai."

"Sekarang, bukan masa yang sesuai?"

Farhan terdiam.

Kembali ke katil Farhan dan dia menceritakan segala-galanya. Dari mana Farhan menjumpai pak cik itu dan mengapa dihantar ke hospital. Mengapa Farhan menyembunyikan dan tidak beritahu Zureen?

"Tapi, saya pelik dengan sesuatu."

"Apa?" Sambil mencedok sedikit oat bersama hirisan pisang di atasnya.

"Belakang kereta pak cik tu kemek teruk. Macam kena langgar dengan..."

"Lori?" Farhan mengangguk.

"Kesian pak cik tu."

"Patutnya kesiankan dekat aku. Dahlah tak bagitahu apa-apa." Zureen berbisik diri sendiri.

"Sayang cakap apa?" Farhan tersedar isterinya mengomel sendirian sambil mengaul oat dengan amarah.

Zureen berpaling dan berkerut dahi pabila mendengar panggilan manja dari suaminya. "Sayang?"

"Yalah, sayang. Ke, sayang yang nak panggil abang ni, sayang?"

Zureen melirik tajam sambil berpura-pura senyum. "Jangan harap! Kereta tu, ada dekat bengkel mana?"

"Tunggulah abang sihat dulu sayang."

"Siapa cakap saya nak pergi dengan awak?"

"Sayang. Sayang jangan buat kerja gila sayang."

"Makan sampai habis kalau tak nak saya pergi seorang."

"Setakat habiskan oat, apalah sangat. Kalau nak dibandingkan cinta ab..." Zureen terus menyumbat sesudu oat ke dalam mulut Farhan agar memutuskan perkataan basi seperti itu.

Renungan RinduWhere stories live. Discover now