Tiba di lapangan terbang antarabangsa ( KLIA ), tiket penerbangan ke negara Turkiye telah dikeluarkan dari pasport Farhan dan Zureen. Farhan mencari skrin TV yang memaparkan waktu serta negara untuk mereka berlepas. Setelah mereka membuat pemeriksaan beg bagasi dan pemeriksaan badan, terus mereka menuju ke kapal terbang yang telah ditetapkan diiringi oleh pegawai keselamatan. Zureen mengekori langkah Farhan dari belakang beg bagasi diseret bersamanya.
Tempat duduk di carinya, mereka sudah menjumpai dan Zureen segera duduk di sebelah tingkap untuk melihat pemandangan yang indah Farhan pula mengalah akan karenah Zureen. Semasa dalam perjalanan menuju ke sebuah negara iaitu Turkiye, secara tiba-tiba kepala Farhan di bahu kiri Zureen. Terus dia memandang kepada Farhan yang sedang tidur lena. Perlahan-lahan dia mengangkat kepala Farhan seperti sediakala, lalu dia bermain telefon seketika. Tidak lama kemudian, mereka berdua dibuai mimpi indah. Kepala Zureen dibahu Farhan manakala kepala Farhan dikepala Zureen sambil bersilang tangan.
36 jam 20 minit berlalu, pesawat mereka mendarat dengan selamat. Pengumuman untuk mendarat sudah pun diberitahu membuatkan mereka berdua bangun dari tidur dan segera melakukan apa yang disuruh oleh pramugari tersebut. Kemudian, mereka keluar dari pesawat mengikut giliran masing-masing. Beg bagasi dibawa bersama, langkah pertama mereka berdua dipijak ke negara Turkiye menarik nafas lega setelah berjam-jam lamanya di dalam pesawat.
Destinasi seterusnya, mereka segera menuju ke hotel yang bernama Swissotel The Bosphorus Istanbul. Sementara Farhan check in hotel, mata Zureen melilau melihat kemewahan hotel itu dan Farhan berpaling ke arah Zureen lalu senyum. Sejambak kunci diberi oleh pekerja yang bertugas, Farhan menerima dan diucapkan terima kasih. Mereka bergegas ke bilik yang ditempah olehnya. Pintu ditutup semula sebaik sahaja mereka berdua sudah memasuki bilik tersebut. Zureen merebahkan punggungnya di atas katil berhadapan balkoni sambil menikmati pandangan. Farhan menghampiri Zureen lalu bersandar di bahu kirinya dan membuka aplikasi galeri untuk melihat gambar-gambar yang ditangkap olehnya semasa Zureen tidur sambil bertongkatkan dagu sewaktu memasang khemah dirumahnya. Zureen tidak selesa oleh kerana itu, dia berganjak ke kanan sedikit tetapi Farhan tetap mahu duduk rapat-rapat dengan Zureen.
"Ish!. Berat lah!." rungut Zureen dan menegakkan badan Farhan yang bersandar dibadannya.
"Biarlah, lagipun aku berat dengan cinta kau!." sambil membelek-belek gambar itu.
"Clishe!."
"Biar clishe asalkan dapat gambar ni." gambar itu ditunjukkan melalui telefon pintar milik Farhan. Tangan dapat mengelak disaat Zureen mahu merampas telefon pintar darinya sehingga dia duduk menghadap Zureen.
"Bila?!." geram Zureen.
"Tak boleh ke aku ambil gambar kau senyap-senyap?."
"Bukan tak boleh, tapi.."
"Cute."
"Meh sini, nak tengok!."
"Tak boleh, nanti kau delete!.”
Zureen ingin merampas telefon pintar milik Farhan untuk memadam gambar - gambar itu tanpa berputus asa. Farhan terbaring di atas katil dan tangan kirinya sedaya upaya untuk menghalang daripada serangan Zureen. Farhan mematikan telefon dan segera dimasukkan ke dalam poket seluarnya lalu dia menepis Zureen ke kiri untuk melarikan diri. Tetapi dia gagal, leher dirangkul erat dan kuat oleh Zureen supaya Farhan tidak dapat melarikan diri.
"Ok fine!. Aku bagi!." lehernya dilepaskan Farhan menarik nafas lega dan penat dikerjakan oleh Zureen.
"Mana?." segera menghulurkan tangan. Pinggang Farhan dicekak lalu dia duduk di atas katil sambil menghembus satu keluhan.
"Perlu ke?." Zureen mengiyakan soalan Farhan. Tangan yang dihulurkan oleh Zureen diisi dengan telefon milik Farhan.
"Password?." pandangan tajam diberikan.
"Farlovezu."
"Not funny ok!." jeling Zureen dengan geram.
"Betul lah!. Farhan love Zureen." melontarkan senyuman dan menuju ke bilik air. Zureen masih memikirkan tentang kata laluan telefon milik Farhan. Dia mencuba dengan perkataan farlovezu, dan dia berjaya membuka kata laluan telefon Farhan namun dia masih tergamam akan kata laluan yang diberitahu.
Perut mereka mulai berkeroncong menandakan kelaparan, Farhan membawa Zura ke restoran halal yang bernama Marbella Terrace Cafe. Setelah mereka memesan makanan dan minuman, Zureen menikmati pandangan pada waktu malam. Semasa makan, Farhan curi - curi melihat bidadari dihadapannya sambil tersenyum lebar manakala Zureen sedar akan itu.
"Kenapa pandang macam tu?." jelingan tajam ditujukan kepada suaminya.
"Kenapa kau cantik eh malam ni?." tanya Farhan.
"Perli ke puji ikhlas?."
"Ya Allah, buat apa kau nak perli isteri aku?. Of course puji."
"Salah makan ubat ke?."
“ Yes!. I took your love medicine ”
"Kenapa pilih tempat ni?."
"Tak suka?."
"Just asking."
"Kau tahu tak, ada lagi 1 tempat yang paling cantik yang ada dekat dunia ni. Kau rasa macam tak nak balik." Zureen berpura-pura ketawa.
"Dalam hati awak. Chia, chia!." jeling Zureen dan Farhan tersenyum pickup line nya tidak berjaya.
"Aku pernah janji, aku nak bawa isteri aku datang sini. Wanita yang sah jadi isteri aku."
"Ouh, saya limited edition lah ni."
"Yes." memberi suapan kepada Zureen lalu dia menolak sudu Farhan dan menghalakan sudu itu ke arah mulut Farhan.
"Makan sendiri yer. Tak payah nak suap-suap bagai." lalu menyuap makanan ke dalam mulutnya.
Mereka segera menghabiskan makanan yang dipesan dan bergegas pulang ke hotel untuk berehat. Kemudian, terlihat Zureen sudah tidur di atas katil manakala Farhan menaiki katil dan merenung wajah Zureen yang cantik seperti bidadari lalu tertidur.

YOU ARE READING
Renungan Rindu
Romantik𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐟𝐟𝐚𝐧 𝐅𝐚𝐫𝐡𝐚𝐧 | 𝐙𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐄𝐫𝐢𝐧𝐚 ᴷᵉʳᵃⁿᵃ ʲⁱʷᵃᵏᵘ ᵐᵃᵗⁱ, ʰᵃᵗⁱᵏᵘ ᵈⁱʳᵃʷᵃᵗ ᵈᵉⁿᵍᵃⁿ ᶜⁱⁿᵗᵃ ˢᵉʲᵃᵗⁱ. Disebabkan hati Zureen telah dikhianati cinta dan dipersalahkan atas kematian seseorang, dia berubah menjadi perempuan yang tiada...