BAB 8

101 14 0
                                    

Majlis pernikahan antara Syafiq dan Insyirah dilangsungkan di rumah keluarga Insyirah sahaja. Mereka tiada bajet jika dibuat di dewan. Pelamin dihiasi dengan bunga-bungaan segar dan mengikut warna tema majlis tersebut. Makanan yang dimasak oleh katering sudah disediakan di atas meja perhidangan dan majlis itu didatangi tetamu-tetamu jemputan, sanak saudara, rakan - rakan dan jiran tetangga.
Keluarga pengantin perempuan menyambut kedatangan pengantin lelaki serta tok kadi. Apabila semua sudah bersedia, mereka melangsungkan majlis itu tanpa melengahkan masa.

Alhamdulillah!. Kini mereka sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz sahaja. Cincin disarungkan ke jari manis Insyirah lalu menyalam kedua dua tangan suaminya. Mereka menuju ke pelamin yang telah disediakan diluar rumah. Zureen sedang bersembang dengan Hilya sambil menyambut tetamu yang hadir ke majlis itu. Keluarga Farhan menghadiri majlis tersebut tetapi agak lewat sedikit.

"Kenapa awak datang lambat?." soalnya.

"Tetamu tk balik lagi kan?." tenang Farhan.
Menyempat dia membuat lawak disitu ye!. Zureen memikirkan ada tetamu, kalau tidak benjol kepala Farhan dibuatnya.

"Main-main eh?. Kenapa awak tak ada masa abang saya nikah?."

"Tak apa lah, kita boleh buat secara live ye..." senyum Farhan.

"Gatal!." mahu meninggalkan Farhan akan tetapi Farhan menarik lengan baju Zura.

"Sekejap."

"Apa awak nak?."

"Kau memang nak sedondon dengan aku ke macam mana?."

"Mana lah saya tahu!."

"Siapa yang plan?." pandangan tajam Zureen beralih kepada abangnya yang berada diatas pelamin bersama Insyirah.

"I know." lalu Farhan melihat ke arah abang Zureen. Abangnya telihat Zureen dan Farhan memandang ke arahnya dengan pandangan yang tajam. Semua ini adalah rancangan abangnya yang mahu melihat mereka berdua bahagia sebelum sah menjadi suami isteri.

"Reen, tu tunang kau ke?." tanya Syuhada.

"Kenapa kau nak cakap dia ni hensem?." meluat Zureen.

"Kalau aku cakap, yer?."

"Buta kau ni!. Jom lah!." lalu menarik tangan Syuhada, Farhan yang mendengar perbualan mereka hanya ketawa kecil.

Selepas acara menangkap gambar pengantin, mereka pergi ke meja makan untuk menikmati makanan yang telah disediakan. Farhan hanya memerhati Zureen yang sedang makan dari jauh, tanpa pengetahuannya. Zureen sedar bahawa Farhan memerhatinya tetapi dia berpura-pura tidak sedar sambil bersembang dengan rakannya. Perut sudah kenyang, mereka menyambung semula sesi pengambaran. Zureen mengeluarkan kamera Canon digital untuk menangkap gambar pengantin dengan saudara mara. Ia akan dijadikan sebagai kenang-kenangan manakala seorang lelaki menangkap gambar Zureen dari jauh.

Tamat sudah majlis pernikahan Syafiq dan Insyirah lalu mengemas pada jam 3:00 petang. Keluarga Zureen meminta izin untuk pulang ke rumah apabila majlis sudah selesai. Zureen menyalam kedua dua tangan abangnya buat kali yang terakhir sambil menangis teresak esak kerana terpaksa berpisah dengannya. Walaupun mereka selalu bergaduh tetapi mereka sayang antara satu sama lain.

Dia merebahkan badan di atas katilnya lalu menghembus satu keluhan. Fikirannya mulai kosong tiba - tiba dia teringat akan gambar yang ditangkap olehnya. Membelek satu per satu gambar di dalam galeri, dia dikejutkan dengan satu gambarnya bersama Haziq sebelum dia ditinggalkan. Air matanya mengalir keluar secara tiba-tiba.

"Ya allah, kenapa aku diuji sebegini?. Kenapa aku masih rindu padanya?. Kenapa dia tidak setia denganku?." bisik hati kecilnya.

Pada esok hari, majlis perkahwinan pihak lelaki pula. Semuanya sudah tersedia menunggu ketibaan pengantin lelaki untuk menaiki pelamin bersama pengantin perempuan. Kesudahannya, majlis tersebut berjalan dengan lancar sekali. Farhan mahu menghantar papa dan mama pulang ke rumah, tetapi mereka mahu menolong keluarga Zureen mengemas kawasan perumahannya walaupun keluarga Zureen tidak mahu menyusahkannya.

 Mereka membahagikan kerja supaya untuk memudahkannya. Kaum lelaki mengemas di bahagian hadapan manakala kaum wanita mengemas di bahagian belakang. Selesai acara kemas mengemas, mereka selesa berada di luar kerana mendapatkan angin yang segar. Zureen membancuh air untuk dihidangkan kepada mereka manakala abangnya keluar membeli kuih-muih yang masih terjual di tepi jalan. Pn. Rafiqa menyediakan kuih-muih yang dibeli oleh Syafiq dan dihidangkan kepada mereka. Teh tarik panas dituangkan ke dalam cawan secara berhati-hati. Kuih-muih dihidangkan di atas 2 buah pinggan untuk dibahagikan kepada dua. Zureen memberi secawan teh tarik kepada semua kecuali Farhan. Entah kenapa dia marah akan Farhan sehingga dia tidak mahu memberikan secawan teh tarik kepadanya.

"Air aku mana?." tegur Farhan.

"Farhan!." tegas mama.

"Awak, air saya mana?." senyum terpaksa Farhan.

"Air awak?. Kalau nak, ambil lah sendiri!." balas Zura sambil senyum.

"Zureen!." tegur ibu.

"Adik ni pun!." sampuk abang.

"Zureen ambil cawan sekejap." jelingnya.

Berani dia jeling dekat bakal suami dia ni?. Tak apa, tunggu lepas nikah nanti." bisik hati Farhan.

Cawan diambil dari rak pinggan, lalu dituangkan air teh tarik ke dalamnya dan diberi kepada Farhan dengan senyuman terpaksa. En. Mustafa ingin berbincang dengan mereka tentang persiapan untuk majlis perkahwinan Farhan dan Zureen. Dengan pantas Syafiq setuju jika mahu berbincang sekarang manakala Zureen memberikan jelingan tajam ke arahnya.

"Apa?. Betul kan?. Benda baik kena percepatkan. Betul tak sayang?." jelas abangnya.

"Betul!. Ala, Zureen kahwin je dengan Farhan tu." sakat Insyirah lalu mereka tertawa.

"Kalau plan tu berjaya, benda baik lah. Macam tu?." sindir Zureen dan memandang tepat ke arah abangnya sambil kedua tangan disilang di dada.

"Plan apa?." tanya ibu.

"Entah lah ibu, ada orang main kotor belakang kita."

"Tak baik lah tuduh orang tu tanpa usul periksa. Jatuh fitnah nanti." cuak abang.

"Bukti dah ada depan mata bro." tenang Farhan.

"Plan?. Bukti?. Apa ni kami tak faham?." tanya ayah dengan risau.

"Cuba bagitahu apa yang sebenarnya yang jadi?." risau Tengku Hussain.

"Dah buat salah tu, mengaku je lah!." jerit Zureen tetapi perlahan.

"Kita lupakan pasal tu sekejap, Zureen ok kan kita buat hari sabtu ini?." tanya Tengku Sarimah dan ibu menyiku lengan anaknya membuatkan Zureen tersedar dari renungan tajam ke abangnya.

"Huh?. Sabtu ni, ok je." jawabnya pendek.

"Farhan ok ke?." tanya ayah lalu kakai Farhan disepak oleh Zureen.

"Sakitlah!." jerit Farhan dengan perlahan.

"Dengar tak?. Sabtu ni, Farhan kena nikah jugak!." tegas papanya.

"Sabtu ni?. Ok..." pasrah Farhan sambil memikirkan sesuatu.

Selepas berbincang, Syafiq memberitahu apa yang sudah terjadi hingga menyebabkan Farhan dan Zureen marah padanya. Dia berbuat demikian kerana mahu melihat adiknya gembira disaat mereka sudah bertunang dan mereka anggap itu hanya satu gurauan sahaja.

      







      

   

Renungan RinduTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang