BAB 50

76 5 0
                                        

LAJU Zureen berjalan ke biliknya. Telefon berdering pada tangannya buatkan dia terkejut dan berhenti langkahnya. Pantas dia melihat nama pemanggil.

"Haziq? Dia nak apa pagi-pagi ni?" Desis hati Zureen.

Sudahlah letih bercerita masalahnya pada polis tiada hadnya dan bala ini pula datang bertandang? Dia menjawab tanpa banyak soal.

"Assalamualaikum. Boleh tak awak jangan ganggu saya?" Suara Zureen meninggi.

"Waalaikumussalam. Zureen, awak ada masalah ke?"

Haziq mengerti benar seandainya Zureen berada dalam masalah. Dengar nada suara saja, dia boleh mengetahui.

Zureen menurunkan telefonnya sebentar. Tahu-tahu saja, dia dihimpit masalah. Ditarik nafas dalam-dalam dan berbicara seperti biasa.

"Ada. Masalahnya, awak! Kenapa telefon saya?"

"Awak free tak, lepas kerja ni? Boleh tak, saya nak jumpa awak sekejap?"

"Saya tak janji." Pantas Zureen memutuskan panggilan.

Belum sempat menarik nafas, seseorang memanggilnya.

"Zureen?"

Suara dapat dicam. Dia mencari empunya suara. Alamak! Tengku Hussain!

Zureen berpura-pura senyum. "Ya, Tengku."

"Masuk sekejap." Lembut Tengku Hussain. Tidak serupa majikan. Seolah-olah dipanggil oleh bapanya sendiri. Sifat kebapaan itu jiwa Zureen tidak tenang.

Zureen melangkah kaki kanan ke bilik pemilik syarikat.

"Tengku." Zureen menundukkan kepala sedikit dan berdiri di hadapan Tengku Hussain.

Zureen menjeling pada seseorang di kerusi hadapan Tengku Hussain. Susuk tubuh dia dapat mengecam. Pasti orang itu sudah memberitahu apa yang berlaku.

"Hari ni, hari terakhir Zureen memegang jawatan tu, kan?" Tengku Hussain bersoal.

Zureen menghela nafas lega. Fuh! Mujur Tengku Hussain menanyakan soalan tentang syarikat, bukan dia diekori.

Zureen angguk, benar dengan pernyataan Tengku Hussain. "Betul, Tengku."

Lelaki berhadapan Tengku Hussain berpaling ke wajah Zureen. Dia terperanjat besar.

"Apa maksud hari terakhir?" Ekspresi wajah lelaki itu benar-benar mahukan jawapan serta penerangan lengkap.

Kening kiri Zureen dijongketkan, meluat dengan perangai penyibuk Farhan.

Tengku Hussain melihat Zureen selepas memandang wajah anak lelakinya yang sedikit terperanjat.

"Nak papa explain ke, Zureen sendiri bagitahu?" Tengku Hussain memahami.

"Tak apa, Zureen bagitahu sendiri." Jawab Zureen tenang.

Tengku Hussain angguk akur.

"Sebelum tu, papa nak Zureen siasat. Projek kita kena tolak sebab apa? Dan, siapa ambil projek itu sekarang?" Tengku Hussain memberi tugasan penting.

Zureen membulatkan matanya. Dia sememangnya tidak tahu-menahu soal itu.

"Kena tolak? Ya Allah! Zureen tak tahu pasal benda ni? Tengku, bagi Zureen masa untuk siasat perkara ni?"

"Baik, tiga hari."

"Okey, tiga jam." Zureen beransur keluar.

Pantas Farhan memalingkan wajahnya ke pintu melihat Zureen keluar. Terkesima dengan kelicikan isterinya.

Renungan RinduTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang