AKU menatap air hujan yang menari-nari di tingkap kaca. Suasana yang menyejukkan ini memang selalu menarik perhatianku. Aku memang sukakan sesuatu yang sejuk, termasuk hujan.
Namun, ibuku selalu melarang aku keluar kerana di luar sangat berbahaya. Rumah kami pula berdekatan hutan tebal. Aku boleh sahaja dibaham harimau atau binatang karnivor lain yang mungkin ada di dalam hutan sana.
Ditambah lagi, dengan usiaku yang masih 5 tahun, memang tak boleh dibiarkan berkeliaran apalagi di dalam hutan. Tapi, aku tetap degil dan keras kepala. Aku selalu bertindak mengikut keinginan sendiri dan tidak suka tunduk pada arahan sesiapa walaupun itu, orang tuaku.
Pagi itu, dengan berseluar pendek dan berbaju hujan. Aku membuka pintu perlahan-lahan. Bunyi keriuk pintu tenggelam oleh kerasnya suara hujan. Aku berlari sambil tertawa keriangan lalu meloncat kedalam lopak air.
Rasa gembira seperti ini tak pernah aku rasakan sebelumnya. Tapi, dengan hanya berhujan dan bermain lopak air tidak cukup puas bagiku. Aku rasa mahu sesuatu yang lebih seronok. Tanpa menoleh kebelakang, aku terus berlari terkedek-kedek masuk kedalam hutan.
Di dalam hutan gelap itu, aku merasa teruja yang luar biasa. Mungkin kerana dapat melihat air hujan yang jatuh, ataupun mendengar suara-suara dari pelbagai jenis burung yang tak terlihat, atau mungkin sebaliknya. Aku sendiri pun tak mampu menjelaskan rasa keterujaan yang ada di dalam diriku ini, tetapi yang jelas aku cukup puas dengan apa aku lihat sekarang.
Setelah mengambil ranting pokok, aku pun memukul daun-daun yang aku rasa mahu dipukul. Entah kenapa melihat daun itu hancur buat aku tertawa. Tak cukup dengan itu, aku memukul lagi daun-daun lain sehingga hancur.
Setelah lama melakukan hal serupa aku mula merasa bosan. Hujan yang dari tadi jatuh membuat aku mendongak sekejap. Kemudian aku menjelirkan lidah untuk merasa sedikit titisannya. Di atas, langit nampak gelap gelita. Bunyi guruh tiba-tiba bergema diikuti kilat sambung menyambung.
Saat merasakan aku harus pulang, hatiku tiba-tiba berkata. Apakah aku ingin pulang setelah dapat merasa keseronokan seperti ini? Lagipun sudah berhari-hari aku menunggu hujan dan sudah sekian lama juga aku dikurang di dalam rumah. Kini tiba masanya untuk aku bebas berpergian kemana-mana.
Aku tahu bukan mudah untuk dapat merasa saat-saat indah ini. Ibuku begitu melarang aku keluar walaupun itu, hanya di luar rumah. Namun, dia tak tahu aku sangat tertekan kerana selalu menghabiskan sisa hidup di dalamnya. Aku juga mahu melihat dunia luar. Aku dah tak peduli dengan bahaya mendatang. Bagi aku, tak dapat merasa kebebasan adalah lebih bahaya dari segala bahaya yang ada.
Setelah berfikir pendek, aku memutuskan untuk tak pulang. Aku rasa di dalam hutan masih banyak hal menarik yang aku tak tahu dan itu, pasti lebih menyeronokkan. Mungkin aku pulang, tetapi setelah berhentinya hujan. Sekarang aku ingin terus menjelajah hutan ini.
Melihat kegelapan hutan di hujung sana, aku terus berlari masuk lebih dalam lagi. Tapi, semakin aku berlari, keadaan hutan menjadi semakin gelap sehingga merosakkan pemandangan aku.
Ranting pokok kecil yang termasuk kedalam selipar lantas aku buang. Disebabkan keadaan hutan yang gelap, aku mula kebingungan dengan arah tuju.Aku berdiri tercegat sambil memerhati laluan hutan bercabang. Sambil itu, telingaku cuba mendengar segala bunyi yang ada. Namun, disaat aku ingin melangkah ke tempat lain, telingaku tiba-tiba menangkap suara seseorang. Suara itu seperti dalam kesakitan. Langkah aku terus terhenti. Wajahku berubah hairan.
Suara siapa? Kataku dalam hati. Aku cuba untuk mendengar lebih jelas lagi. Disaat aku teliti tertanya benar, itu memang suara manusia. Tanpa sebarang keraguan, aku cuba berjalan mendekat pada tebing. Kemudian aku memanjangkan sedikit leher untuk melihat kebawah lembah yang terlihat agak dalam.
YOU ARE READING
Pelangi Terakhir
Teen FictionSEGALANYA bermula dari hutan belantara. Pertemuan dengan Merlisaa Umairah dan L mengubah hidup Izz Khairul. Kerana kasihan, Khairul membawa mereka pulang. Timbul pertanyaan di benaknya kenapa Mereka boleh ada di hutan? Setelah Khairul mendengar kisa...