PT 23

23 10 0
                                    



   
    RASA sakit di kepala aku menyerang lagi. Aku pula terlupa bawa duit belanja, macam manalah aku nak makan. Adian banyak kali tanya, aku ni dah makan ke belum? Aku cakap sudah. Sebenarnya aku tak makan langsung. Tiada siapa tahu perut aku tengah menjerit-jerit meminta makanan.

Adian bawa duit belanja tiga ringgit sahaja setiap hari. Jumlah yang cukup-cukup untuk mengisi perut kecilnya. Aku tak nak menyusahkan dia dengan meminta makanan. Aku lebih rela berlapar daripada menyusahkan orang.

Kadang-kadang aku terfikir. Mungkin orang-orang yang mati kelaparan adalah mereka yang tak suka menyusahkan orang lain. Walaupun pendapat aku itu tak boleh di terima, tetapi aku telan sahaja dengan falsafah mengarut.

Oleh kerana aku lapar dan sakit kepala. Jadi, aku putus untuk menjauhi Adian dan kantin. Aku kena menjauh dari orang-orang yang tengah makan kalau tak nak perut aku bertambah lapar.

Tadi pun aku hanya minum air cocola. Aku lupa air berkarbonat itu semakin menghakis perutku. Mahu tidak mahu terpaksalah aku tahan. Biasanya, tak pernah perut aku sakit sampai macam ni. Mungkin kerana bercampur dengan sakit kepala buat aku semakin tak selesa.

Aku berjalan di belakang blok. Kalau tengok ke atas, boleh nampak kelasku. Tiada siapa tahu aku sedang berkeliaran di bawah. Aku leka memandang taman bunga di hadapan.

Aku pun tak sangka ada taman bunga dekat sini. Ini baru kali pertama aku meneroka kawasan belakang. Luar dari jejaring besi, aku nampak ada sebatang sungai. Airnya jernih mengalir tenang.

Ada itik-itik brahmini sedang bermandi-manda. Cantik tempat ni aku tengok. Kalau sekolah menengah aku dulu, tidak ada senyaman dan secantik ini.

Nak aje aku terjun ke dalam sungai kalau boleh. Aku nak mandi bersama itik-itik. Kalau Aryana sekolah kat sini mesti dia seronok. Aku tak faham kenapa dia pilih untuk duduk asrama yang membosankan itu.

Ibuku pun pernah suruh aku tinggal asrama, tetapi ditolak aku sekerasnya. Aku ni sukakan kebebasan, memang taklah aku nak duduk asrama. Boleh gila aku nantinya.

Jam di pergelangan tangan aku tengok. Waktu rehat dah nak habis. Adian mungkin sedang mencari-cari aku. Awalnya... memang aku pun fikir nak cari dia. Tapi, perut aku makin sakit pula.

Nak bergerak pun susah. Kepala aku rasa pening semacam. Makin lama aku biarkan makin menjadi-jadi. Pandangan aku pun rasa tak selesa. Aku duduk di atas batu sambil memegang perut. Danny yang datang entah dari celah mana tiba-tiba menyapaku.

"Apa kau buat sorang-sorang kat sini?" soalnya. Aku berpaling dengan wajah lesu.

"Saja... aku nak melawat sekolah ni." kataku. Danny duduk di sebelah. Dia mengecilkan mata.

"Kenapa muka kau pucat?" Danny menilikku. Aku cuba tayang muka selamba. Tapi, tak dapat pula. Danny pun dah cakap aku pucat, jadi? Alasan melayu apa lagi aku nak bagi?

"Aku sakit kepala." Akhirnya aku bagitahu juga. Danny lah orang pertama yang tahu.

"Kenapa? Kau tak makan ke?" tanyanya lagi. Aku mengangguk sambil memegang perut.

"Aku lupa bawa duit." beritahuku. Danny nampak risau. Sakit kepala dan sakit perut datang serentak. Aku tak dapat bertahan lama.

"Waktu rehat dah habis, kau nak makan pun dah tak boleh. Kalau aku jumpa kau awal sikit dapatlah kita kongsi makanan." keluhnya. Aku hanya diam. Itu sebab aku tak nak susahkan orang.

"Mana Haikal? Bukan kau dengan dia ke?" tanyaku. Danny angkat bahu.

"Tadi dia tengah usya crush dekat kelas sebelah. Sekarang tak tahulah pergi mana, mungkin dah masuk kelas."

Pelangi TerakhirWhere stories live. Discover now