AKU masih bersama Aryana, menemani kesedihannya. Kami berada di depan pekarangan rumah. Tangisan Aryana sudah berhenti. Aku menyapu-nyapu air matanya. Aku pun tak terfikir dia akan menangis."Sudah, jangan menangis lagi." ucapku. Aryana menyeka air mata. Aku menggeleng kepala. Padahal, hanya beberapa bulan saja kami tak bertemu. Bukan bertahun.
"Sihat ke tak kau ni?" Aku meraba-raba dahi kecil itu. Aryana mengelak sedikit. Biasanya kalau Aryana sakit, dia akan banyak emosi. Aku cuma terfikir-fikir.
"Yana okay... abang tu yang tak okay." balasnya. Aku mengerut dahi. Pandai juga dia membaca riak wajahku sedangkan, aku selalu bersikap dingin terhadapnya. Jarang sekali kelihatan sedih.
"Pergi masuk rumah, kalau belum mandi kau mandi." arahku. Aryana mencebik.
"Nak duduk lama sikit pun tak boleh."
"Dah tiga puluh minit." Aku tunjuk jam. Aryana buat-buat tak nampak. Dia sengaja ingin menaikkan darahku. Aku menghela nafas panjang.
"Kau..." belum habis aku cakap, tiba-tiba aku terdengar satu suara. Laju aku berpaling. Terlihat Sarah sedang berdiri di luar pagar. Dia nampak terpinga-pinga. Aku menolak pintu pagar. Sarah masuk.
"Siapa?" soal Aryana. Aku memandang mereka berdua bersilih ganti.
"Buah hati abang ke?" Kata Aryana separuh berbisik. Sarah mengecilkan mata. Aku menepuk dahi.
"Tu kakak engkau!" Aku berbisik pula. Aryana nampak hairan.
"Kakak ipar?"
"Podah!" Aku cepuk kepalanya. Sarah senyum tipis. Aku tolak tubuh Aryana kehadapan.
"Ni kakak kaulah, bukan kakak ipar!" beritahuku. Aryana tercengang. Dia memandang Sarah atas bawah bagaikan tak percaya.
"Kakak Yana?" tanyanya ulang. Aku mengangguk.
"Ya, kakak." celah Sarah. Aryana terkelip-kelip. Sarah memeluknya. Aryana menangis sekali lagi. Aku tak tahu kenapa. Tapi, ibuku pernah beritahu, hanya Aryana satu-satunya orang yang ibuku ceritakan, sedangkan untuk aku dan Azlan, kami berdua tidak tahu menahu.
Mungkin sebab itulah Aryana menjadi sedih. Sudah lama dia ingin bertemu dengan Sarah, dan akhirnya pertemuan mereka terjadi juga setelah sekian lama.
Aku memberi Aryana berbual-bual dengan Sarah. Cahaya senja memancar terang di langit. Angin bertiup lembut. Ada sehelai 'daun gugur' jatuh lalu mendarat di kakiku.
Seketika, telefon bimbitku berbunyi. Belum sempat aku angkat dah mati. Aku tengok ada pesanan dari Syafika. Hatiku kembali berdebar. Aku jadi tak sabar. Syafika meminta aku untuk menemuinya di kafe. Dia sudah memberi lokasi.
Malam ini aku akan berjumpa dengan Syafika. Tak kesah tempat itu jauh atau dekat, aku rela jalan kaki. Jarak bukan penghalang bagiku. Aku akan tetap menemuinya walau harus menempuh badai tornado sekalipun.
"Okay, Yana nak masuk dululah. Bye abang. Bye akak." ucap Aryana. Aku senyum herot.
"Ya, pergi masuk." Aku tepuk kepala Aryana tiga kali. Dahinya aku kucup. Aryana pergi. Kini tinggal kami berdua. Aku nampak wajahnya redup.
"Kau okay?" tanyaku. Sarah diam. Aku menghampirinya. Aku nampak tubuh itu menggigil. Sarah menatapku. Paras aku tenggelam dalam matanya. Tangan Sarah aku genggam.
"Kenapa?" tanyaku lagi. Sarah akhirnya bersuara. Dia menceritakan tentang keadaan Puan Liyana. Sarah mendapat tahu bahawa ibunya memiliki penyakit barah otak, kini sudah berada pada tahap empat. Jangka hayatnya sudah tak lama.
YOU ARE READING
Pelangi Terakhir
Teen FictionSEGALANYA bermula dari hutan belantara. Pertemuan dengan Merlisaa Umairah dan L mengubah hidup Izz Khairul. Kerana kasihan, Khairul membawa mereka pulang. Timbul pertanyaan di benaknya kenapa Mereka boleh ada di hutan? Setelah Khairul mendengar kisa...