PT 10

35 10 0
                                    

   
  
  
      EMPAT tahun telah berlalu. Setelah Elisya pergi, aku koma selama dua bulan. Bukan itu sahaja, aku juga menghadapi amnesia retrograde akibat kemalangan jalan raya.

Ketika itu, atukku cuba membawa aku pulang setelah ditemui oleh orang kampung. Namun, dengan keadaan aku yang meronta-meronta seperti orang gila membuat dia tak mampu mengawal kenderaan dengan baik.

Lalu tiba-tiba sebuah kenderaan lain datang dan merempuh kami berdua. Aku mengalami pendarahan agak teruk dibahagian kepala dan atukku pula meninggal dunia.

Dua orang yang aku sayangi hilang dalam waktu sama. Tiada siapa faham bagaimana perasaan aku ketika itu. Hampir sahaja aku mahu membunuh diri dengan menelan racun, tetapi ibuku sempat menghalang.

Derita yang terlalu kuat membuat aku mengalami trauma dan kemurungan. Beberapa tahun setelah atukku tiada, ibuku memutuskan untuk berpindah. Aku tak tahu kenapa. Tapi, mungkin kerana tempat ini sudah terlalu banyak pahit manis. Sekarang tiba masanya untuk kami memulakan kehidupan baru dan melupakan apa yang telah berlaku. Namun, sebelum berpindah... aku sempat bertemu kawanku bernama Jimmy, tetapi sebelum bertemu dengannya, aku terlebih dahulu bertemu dengan Damia. Sedih juga dia bila dapat tahu aku nak pergi.

"Kau betul nak pindah ke?" Jimmy bertanya ketika kami berada di atas jambatan. Lambat-lambat aku mengangguk.

"Nampaknya macam tulah" kataku dengan pasrah. Jimmy kalih pandang. Angin petang bertiup membelai wajah.

"Kalau betul kau nak pergi tak apalah... aku okay." ucap Jimmy. Aku hanya diam tak tahu nak cakap apa. Sekarang fikirkanku sedang melayang entah ke mana.

"Tapi, kau kena ingat, walaupun kita berjauhan, aku dengan kau masih kawan." katanya lagi. Aku cuba tersenyum.

"Jangan senyum kalau terpaksa." Jimmy memegang bahuku. Aku menundukkan pandangan sambil memandang arus sungai yang mengalir.

"Aku tahu kau pasti berat nak tinggalkan tempat ni bukan?" tebak Jimmy. Aku memandangnya dengan ekor mata.

"Ini tempat lahir aku, mustahillah aku tak rasa macam tu." jawabku. Jimmy memegang tali jambatan.

"Ya, apa kau cakap memang betul, tapi kau kena tahu, setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Akan datang suatuhari... kau akan bertemu orang-orang baru yang mungkin jauh lebih baik dari aku." beritahu Jimmy. Sesekali terdengar kicauan burung berterbangan. Aku termenung memikirkan takdir perpisahan.

"Aku faham, kau tak perlu cakap semua tu." kataku. Jimmy menggeleng melihat kelakuanku. Suasana petang ini begitu sunyi. Hanya kami berdua sahaja yang terlihat di sungai.

"Kau masih fikirkan dia?" Kata-kata Jimmy buat mata aku sedikit terlopong. Namun, aku faham apa maksudnya.

"Ya, sampai sekarang." jawabku agak perlahan.

"Kau masih sayangkan dia?" tanyanya lagi. Aku terdiam sejenak. Hati aku rasa seperti terhiris. Perlahan-lahan aku menarik nafas.

"Sampai bila-bila pun rasa ni takkan pernah mati." tekanku. Jeda. Jimmy nampak macam tak berpuas hati. Dia berdeham sekejap.

"Aku faham, bukan mudah untuk lupakan orang kita sayang. Makin lama kita dengan seseorang makin susah untuk kita lupakan. Tapi, kalau difikirkan, aku rasa kau kenal dia hanya beberapa hari aje dan kau ambil masa bertahun untuk lupakan. Ini sesuatu yang orang kata terlalu berlebihan kau tahu tak? Tak ada guna kau sayangkan dia, sedangkan kau tahu dia dah..." Jimmy berjeda, sudahnya dia menyambung lagi.

"Sampai bila kau nak tutup pintu hati untuk orang lain? Yang dah pergi takkan kembali, kau pun tahu." Jimmy menolehku. Entah kenapa kata-kata Jimmy sedikit sebanyak memberi aku kesedaran. Namun, itu tidak bermaksud aku setuju dengannya.

Pelangi TerakhirWhere stories live. Discover now