JAM 8.10 pagi, aku bangun. Sarah dan Aryana masih nyenyak tidur. Aku selimutkan mereka berdua. Pintu aku tutup pintu perlahan. Ketika menapak keluar, terlihat Danny dan Adian sudah tercegat di luar pagar.
"Banyak berita tak elok dengar." ujar Adian. Aku tolak pintu pagar. Mereka berdua masuk.
"Kau dah tahu siapa pemilik patung tu?" tanyaku. Danny menggeleng. Adian berpeluk tubuh.
"Ana cakap, itu bukan dia punya. Tapi tak apa, aku cuba tanya orang lain." jawab Danny. Aku mengeluh sebentar.
"Nanti, kalau datang sekolah, kau cuba letak patung tu atas meja sesiapa. Kalau tak ada orang mengaku, mungkin barang tu bukan dari kelas kita." cadangku. Danny mengangguk.
"Jap, apa kaitan patung tu dengan kau pulak?" Adian mencelah.
"Panjang ceritanya."
"Nampak macam penting."
"Aku masih tak tahu Lissa kat mana, kau tau?" tanyaku. Adian menggeleng. Danny menilik jam sekejap. Awan gebu bertompok-tompok di langit. Bulu romaku naik.
"Aku tengok rumah dia masih tak ada orang, kosong je. Aku curiga dengan lelaki-lelaki haritu." Adian memegang dagu. Danny diam membeku.
"Apa kau fikir?"
"Aku tak ada jawapan." Adian mati kata. Aku pula mati akal.
"Macam mana dengan Naufal?" Aku pandang Danny pula.
"Fiqri ada temankan."
"Yang lain macam mana?" soalku. Baru sahaja nama Fiqri disebutkan, aku nampak lelaki itu datang bersama keretanya. Kami sama-sama berpaling. Fiqri turunkan tingkap kereta. Wajahnya keruh.
"Naufal nak jumpa kau."
FIQRI membawa aku ke hospital. Danny dan Adian tidak ikut bersama, mereka ada tugas masing-masing. Adian mencari Merlissa manakala Danny mencari pemilik patung arnab. Aku menyuruh mereka berdua hati-hati. Bahaya ada di mana-mana.
Aku ada tanya Fiqri kenapa Naufal nak jumpa aku? Katanya, ada hal mustahak yang Naufal ingin beritahu. Fiqri terlihat begitu serius. Darahku menyirap. Aku mula rasa tak sedap hati.
Kami berjalan beriringan menuju ke bilik pesakit. Setiap langkah membuat detak jantungku semakin berdenyut. Aku nampak Fiqri macam berserabut, sampai aku pun naik serabut.
Ketika masuk dalam bilik pesakit, aku nampak Naufal masih terlantar. Iskandar terlihat ada sedang menemani. Aku tak sangka, aku fikir hanya ada Fiqri.
Aku menghampiri mereka berdua. Iskandar menoleh. Naufal sekadar tengok dengan anak mata. Suasana nampak sayu, seolah-olah baru terjadi drama sedih. Fiqri berdiri di sebelah aku. Naufal senyum tipis.
"Duduk dulu." kata Naufal lemah. Wajahnya pucat. Aku duduk. Kami diam seketika. Fiqri dan Iskandar tak bersuara. Naufal menghela nafas.
"Sudah cukup aku bersandiwara." ucapnya. Aku hairan. Sandiwara apa?
"Kau kenal siapa aku?"
"Belum kenal sepenuhnya." kataku. Naufal diam sesaat. Iskandar dan Fiqri tekun mendengar. Keadaan ni nampak luar dari biasa.
"Mungkin kau belum kenal aku. Tapi, kau kenal L?" soal Naufal. Aku terbangun dari kerusi. Fiqri menyuruh aku untuk bertenang. Aku memegang rambut kasar.
YOU ARE READING
Pelangi Terakhir
Ficção AdolescenteSEGALANYA bermula dari hutan belantara. Pertemuan dengan Merlisaa Umairah dan L mengubah hidup Izz Khairul. Kerana kasihan, Khairul membawa mereka pulang. Timbul pertanyaan di benaknya kenapa Mereka boleh ada di hutan? Setelah Khairul mendengar kisa...