PAGI buta lagi aku dah menunggu Elisya di depan rumahnya. Semalam aku makan tak kenyang tidur pun tak lena sebab asyik fikirkan dia.Bila ibuku tegur kenapa aku asyik tersenyum, aku pergi cakap yang aku baru lepas tengok drama akasia TV3 tapi, tanpa aku sedar sebenarnya aku tak pernah pun suka drama.
Ibuku yang dah tahu perangai aku hanya berjalan pergi begitu sahaja. Bodoh juga aku pergi cakap drama macam dah tak ada benda lain nak ditipukan.
Azlan yang mendengar tentang cerita aku pun turut ketawa. Katanya, dia nak berjumpa dengan perempuan bernama Elisya itu, tetapi aku tak cakap di mana lokasi rumahnya. Damia pun masih tak tahu takkan lah aku nak bagitau Azlan?
"Awal awak datang." Elisya keluar dari muka pintu. Dia memakai dress putih. Rambutnya dikuis angin. Dia nampak anggun dengan caranya tersendiri. Aku terpesona.
"Err... Cuti sekolah kan? Jadi, saya datang awal." kataku. Elisya tergelak kecil.
"Kenapa muka awak macam tu? Kelmarin okay aje dengan saya?" ujarnya. Cepat-cepat aku mengubah riak wajah. Aliran darahku seperti tersekat pada muka.
"Eh? taklah biasa saja." Aku tersengih-sengih. Rasa nak ketuk kepala aku. Argh! Kenapa jantung aku makin kuat berdetak harini? Dah tak betul aku rasa. Elisya mengulum senyum.
"Jom." Elisya pergi. Aku mengikutnya dari belakang. Kami singgah di sebatang sungai yang mengalir tak jauh dari kampungnya. Sungai di Bukit Tinggi memang panjang. Bermula dari kampung aku menghala ke kampung Elisya dan entah menghala ke mana pula.
Aku pun tak pernah pergi kawasan ni, sekali tengok boleh tahan luasnya. Mungkin dalam dua ekar tanah aku rasa. Persekitarannya pun nampak bersih terjaga. Aman sentosa.
Aku berdiri di tengah rumput-rumput hijau yang bergerak ditiup angin. Embun pagi masih basah. Semarak fajar kian bercahaya. Aku pandang Elisya. Dia sedang duduk berjuntai kaki sambil memandang air sungai. Batu kecil di tanah dia ambil dan buang kedalam air.
Dari pandangan aku, Elisya nampak berbeza dari semalam. Bukan dari segi kecantikan, tetapi dari segi tingkahnya. Entah ini sebab aku tak cukup tidur ke apa tak tahulah.
Namun, segala prasangka pelik itu aku buang. Aku tak nak memikirkannya. Mungkin sekarang Elisya sedang cuba untuk menggembirakan hati. Aku masih berfikir positif, tak nak fikir bukan-bukan. Tapi, setiap kali aku perhatikan air mukanya, aku rasa macam ada masaalah berat yang sedang dia fikirkan.
Aku menoleh melihat bangau, ada tiga ekor sudah pergi terbang ke udara. Melihatnya menjauh, hatiku jadi sayu. Angin datang membelai-belai wajah. Dingin pagi menikam kulit.
"Khai," aku berpaling ketika Elisya memanggil namaku.
"Ya, ada apa?" tanyaku. Elisya menyuruh aku datang kepadanya.
"Kenapa awak duduk jauh sangat?" soal Elisya.
"Tak boleh ke kalau saya duduk jauh?" Aku berpeluk tubuh. Elisya masih duduk berjuntai kaki.
"Tak boleh, rindu tu menyakitkan." kata-katanya buat aku tersenyum. Rindu? Aku berlari-lari anak ke arah Elisya.
"Saya datang." Aku duduk berjuntai kaki di sebelahnya. Rantai yang tersarung di leher Elisya aku perhatikan. Sememangnya aku masih tertanya dari mana dia jumpa rantai tu.
"Awak, saya nak tanya." Elisya pandang air sungai yang mengalir. Hatiku berdebar kuat. Dia nak tanya apa?
"Awak nak tanya apa?" Aku pandang Elisya. Dia hanya melihat kebawah.
YOU ARE READING
Pelangi Terakhir
Teen FictionSEGALANYA bermula dari hutan belantara. Pertemuan dengan Merlisaa Umairah dan L mengubah hidup Izz Khairul. Kerana kasihan, Khairul membawa mereka pulang. Timbul pertanyaan di benaknya kenapa Mereka boleh ada di hutan? Setelah Khairul mendengar kisa...