AKU sampai di sekolah jam 6.20 pagi. Ketika aku masuk kelas, Amalia terlihat sudah sampai terlebih dahulu. Dia nampak selamba saja duduk di meja guru sambil mengetuk-ngetuk batang pen.Mungkin dia tengah tanda kehadiran. Aku berpendapat. Aku masih berdiri di hadapannya. Amalia menatapku tajam.
Nak gaduh ke apa minah ni? desis hatiku. Aku tak menghiraukannya dan terus berjalan ke bahagian belakang. Jadual kelas yang tertampal pada dinding aku pandang sekejap. Kemudian pandanganku beralih pula pada senarai nama-nama pelajar. Setiap nama aku baca dan aku kira satu satu persatu.
Ada 20 pelajar secara keseluruhan. 12 pelajar perempuan dan 8 pelajar lelaki termasuk aku. Nampaknya jumlah pelajar perempuan lebih banyak dari dugaanku. Namun, ada satu nama yang tak asing bagiku, tetapi aku tak pedulikan.
Setelah melihat senarai nama, pandanganku beralih pula kepada jadual bertugas dan segala benda yang tertampal pada dinding.
"Hmmm... okay." Kataku ketika melihat semuanya dalam keadaan baik. Baru sahaja aku pusing kebelakang, Amalia terlihat sudah tercegat berdiri. Sejak bila minah ni datang!?
Saat ini, suasana kelas masih sunyi. Hanya kami berdua sahaja yang hadir pada pagi itu. Oleh kerana terkejut dengan Amalia, tubuhku hampir hilang keseimbangan. Namun, aku sempat stabilkan posisi. Amalia masih menatapku tajam. Di tangannya ada buku kehadiran.
"Kau tahu buku apa aku pegang nikan? Buku ni nanti aku nak kau hantar balik kat pejabat. Waktu pagi aku ambil dan waktu pulang sekolah kau hantar balik, faham?" tegasnya. Aku mendengus perlahan.
"Ikut mana-mana kau suka." kataku. Amalia menjeling dan berlalu pergi. Baru berapa tapak dia berjalan, langkahnya terhenti lagi. Aku masih mengamatinya.
"Mungkin Cikgu Suraya percayakan kau, tapi jangan ingat aku akan percayakan kau. Lelaki semua sama!"
AKU menunggu kedatangan Adian sambil menatap jam di pergelangan tangan. Sekarang pukul 9.30 waktu rehat.
Ketika sedang menunggunya, aku ternampak Adam and the geng datang ke kantin. Keadaan riuh-rendah dengan hanya kehadirannya sahaja. Beberapa minit kemudian, Adian datang lalu duduk di sebelahku. Dia membawa bekalan makanan bersama.
"Lambat betul kau." rungutku. Suasana kantin mula terlihat sesak dengan orang ramai. Adian tersengih-sengih.
"Sorrylah aku tertinggal bekalan tadi." ucapnya sambil membuka bungkusan makanan. Aku termenung sambil menongkat dagu.
"Eh kau tak makan ke?" Adian bertanya. Aku menggeleng.
"Aku dah beli makanan sebelum kau sampai." kataku. Adian nampak tak berpuas hati.
"Apa kau beli? Cepat betul kau makan? Aku belum sampai dah habis." keluhnya. Aku mengerling Sekejap.
"Aku makan sikit aje." jawabku. Sebenarnya aku berbohong. Tapi, Adian nampak begitu percaya.
"Khai, petang ni kita keluar nak?" cadangnya. Dahiku berkerut-berkerut.
"Apa kau cakap?" Aku memandangnya. Adian mengambil botol air lalu diteguknya sampai habis.
"Aku nak ajak kau keluar petang ni!" ulangnya lagi. Keadaan kantin yang bising membuat aku susah focus pada suatu suara.
"Kita nak pergi mana!?" Aku menjerit sedikit. Adian mendekatkan sedikit kedudukannya.
YOU ARE READING
Pelangi Terakhir
Teen FictionSEGALANYA bermula dari hutan belantara. Pertemuan dengan Merlisaa Umairah dan L mengubah hidup Izz Khairul. Kerana kasihan, Khairul membawa mereka pulang. Timbul pertanyaan di benaknya kenapa Mereka boleh ada di hutan? Setelah Khairul mendengar kisa...