PT 55

13 6 0
                                    



      AKU pulang ke rumah dalam keadaan basah kuyup. Kat luar, hujan masih lebat. Aku balik jalan kaki. Jarak dari rumah ke hospital memang jauh, nasib baiklah aku ingat.

Setelah mandi dan tukar pakaian, aku pun rebahkan diri atas katil. Aku cuba lupakan Damia untuk sekejap. Namun, agak susah. Wajah gadis itu masih melekat di benak.

Jarum jam sudah menunjukkan pukul 10.38 pagi, belum masuk waktu tengahari. Aku pejamkan mata sambil mengusir segala kekusutan. Pergilah masaalah, berikan aku waktu untuk beristirehat.





                           

AKU melihat sinar matahari. Cakera jingga sudah semakin tenggelam di ufuk. Burung-burung terbang ke sana ke sini. Sesekali sekumpulan bangau lalu melintas. Langit nampak bercahaya kuning kemerahan.

Dari atas bukit, aku nampak ada seorang budak perempuan berambut tocang. Dia sedang duduk termenung sambil menatap mentari. Jarak kami tidak terlalu jauh. Meskipun wajahnya tak terlihat jelas. Tapi, aku dapat tengok bentuk tubuhnya dengan baik.

Aku hairan, siapa dia? Ketika aku cuba mendekatinya, aku nampak ada seorang kanak-kanak lelaki berlari. Aku terkejut bila melihat diri aku sendiri.

Diri aku berlari lalu duduk di sebelah tocang itu. Di tangan aku, ada anak patung arnab kecil berwarna putih. Si Tocang itu menoleh ketika aku memberikan anak patung kepadanya.

Kami duduk berbual-bual dan bercakap tentang sesuatu yang aku tak dapat dengar. Kemudian aku nampak si Tocang itu menconteng dahi patung arnab tersebut. Kami berbual-bual lagi. Seketika, aku nampak Tocang itu mengelap air mata.

Adakah dia menangis? Sungguh aku tak faham. Apa aku dan dia bualkan? Kenapa aku tak dapat dengar suara mereka? Aku cuba berjalan mendekat. Namun, semakin aku mendekat semakin mereka menjauh.

Aku ingin melihat wajah si Tocang itu dengan lebih jelas. Aku mahu bersamanya. Tolong jangan pergi,  datang sini.... aku merayu. Jangan hilang dari pandangan aku.

"Jangan!!!"





                           

AKU membuka mata, lantas aku bersandar pada kepala katil. Wajah diraup. Dia? Kanak-kanak perempuan tu? Aku terlopong. Ketika aku bangun, hujan masih turun dengan lebat. Aku berjalan ke hulur ke hilir sambil memikirkan mimpi tadi. Sudah tiga kali aku mimpikan perkara sama. Mereka datang bergilir-gilir.

Kenapa!? Aku tak puas hati. Patung arnab? Rambut dipegang kasar. Aku cuba tenangkan diri. Tubuh aku menggigil sejuk. Ingatan aku sekarang seperti sedang berenang untuk kembali ke permukaan, tetapi aku tak sedar, aku masih duduk diam tanpa buat apa-apa. Aku tak pernah cuba membantunya. Argh!

Aku tak boleh berdiam diri lagi. Aku pun kena bantu ingatan aku. Selama ni, aku tak terlalu kesah dengan mimpi-mimpi tu, tapi sekarang, tidak lagi. Aku perlu cari siapa diri aku yang sebenar.

Saat aku termenung membayangkan segala hal, loceng rumahku berbunyi. Aku tercengang. Siapa? Lantas aku turun dari tangga lalu menuju ke muka pintu. Hati aku berdebar kot-kot ada pembunuh ikutku balik.

Tapi, mustahil pembunuh akan mengetuk pintu. Entah apa aku mengarut. Daun pintu aku buka sedikit. Bila nampak sekujur tubuh sedang berdiri, terus aku tutup balik.

Mimpi lagi? Tak mungkin lah. Aku menepuk dahi. Kenapa dia datang tengah-tengah hujan lebat? Dia nak apa? Aku menghela nafas lalu membuka pintu lagi.

"Awak nak?" Merlissa menghulurkan Horlicks. Aku terbeliak. Dia datang rumah aku semata-mata nak bagi Horlicks?? Kenapa dia masih tak minum?? Aku bingung. Wajah Merlissa aku tatap kosong.

Pelangi TerakhirWhere stories live. Discover now