PT 24

24 10 0
                                    

      

     
   

      SEDAR sahaja aku telah berada di dalam kereta. Mulanya, aku nak memberontak. Tapi, ketika melihat Sarah, aku batalkan niat. Aku dengar Sarah bercakap dengan seorang Lelaki. Lelaki itu sedang memandu kereta.

"Kritikal juga, kita cuba doa yang baik-baik." kata lelaki itu. Sarah nampak sedih. Dia tak perasan aku sedang melihatnya dari belakang. Kritikal? Siapa kritikal? Tak masaalah sekarang, kenapa aku boleh ada dalam kereta ni!? Kemana mereka nak bawa aku!?

"Dah bangun, Khai?" soal lelaki itu. Terus bulat mata aku. Sarah menoleh, kemudian dia menyapu air mata. Terkelip-kelip aku memandangnya. Sarah terlihat seperti baru lepas menangis.

"Mak sihat?" tanya lelaki itu lagi. 
Nak tercekik aku mendengar soalannya. Berbelit-belit dah lidah aku nak jawab.

"Sihat." jawabku sepatah. Ya Allah siapakah sebenarnya mereka berdua? Macam mana lelaki tu boleh kenal ibu aku!?

"Kau semua ni siapa?" Aku beranikan diri untuk bertanya. Lelaki itu tersenyum. Sarah hanya diam melayan perasaan.

"Mesti mak tak pernah ceritakan?" katanya. Aku ternganga. Soalan itu penuh misteri.

"Tak." ucapku. Lelaki itu memandang aku dari pantulan cermin.

"Ayah dulu pernah kahwin dua, Khai tahu?" Aku terpempan. Lambat-lambat aku menggeleng. hah!? Ayahku pernah kahwin dua?? Kenapa ibuku tak pernah cakap??

"Mungkin mak rahsiakan sebab tak nak anak-anak dia tahu." jelas lelaki itu. Aku macam tak percaya.

"Mak nombor satu atau nombor dua?" Aku ingin tahu. Kalau betul arwah ayah pernah kahwin dua, sudah pasti ibuku akan mendapat gelaran seperti itu.

"Mestilah nombor satu." katanya tak berselindung. Aku terdiam sejenak. Masih banyak pertanyaan bermain di mindaku.

"Isteri nombor dua mana?" tanyaku lagi. Aku nampak Sarah memandangku dengan ekor mata.

"Sekarang kita nak pergi lawat dia lah ni." selamba sahaja lelaki itu berkata. Biar betul!? Jadi aku naik kereta ni semata-mata nak pergi melawat dia!? Aku terpisat-pisat. Aku tertanya sama ada dia ada anak. Kalau ada anak, secara logiknya. Aku pasti ada saudara kandung.

"Dia ada anak?" soalku. Dari pandangan cermin, aku nampak lelaki itu terseyum lagi.

"Cuma ada seorang." jawabnya. Aku melengung. Sorang? anak tunggalkah? Aku perhatikan Sarah lagi. Kemudian, aku terfikirkan sesuatu.

"Awak ni siapa?" tanyaku kepada lelaki itu. Tiba-tiba bahasa berubah menjadi awak pula.

"Adik isteri ayah Khai." beritahunya. Terkejut aku mendengar pengakuan itu. Pandangan aku beralih lagi pada Sarah.

"Ni siapa? Adik ipar?" Aku maksudkan Sarah. Lelaki itu tergelak kecil lalu berkata.

"Itulah... adik." Lelaki itu terbatuk-batuk sekejap. Aku mengecilkan mata.

"Adik Khai." katanya. Seperti nak terkeluar biji mata aku. What!? Aku pandang Sarah. Dia hanya diam.

                        






AKU dikhabarkan ibu Sarah masuk hospital kerana kemalangan. Patutlah dia ambil surat keluar sekolah. Ayah saudaranya baru melaporkan hal sebenar semasa Sarah berada di dalam kereta.

Aku ikut Sarah dan seorang lelaki yang dia panggil Abang Mil. Kalau nama sebenar, Zamil. Bunyi derap kaki melangkah dengan laju. Sepanjang berjalan, kami langsung tak bercakap. Aku nampak Sarah tak keruan. Abang Mil tenang sahaja. Kami menunggu di luar sementara Sarah masuk ke unit rawatan rapi di tingkat 1.

Pelangi TerakhirWhere stories live. Discover now