AKU terpaksa ikut Sarah dan Damia pergi membeli belah, kami singgah di shopping mall berdekatan. Kalau difikir-fikirkan lagi, memang menyakitkan hati.
Aku dipaksa menjadi mangsa pegang barang ke sana ke sini. Tak pernah aku terfikir Sarah akan ugut menggunakan cara sebegitu. Cis! Sungguh licik perangainya.
Menjadi pertanyaan pula, siapa memberitahu Sarah yang aku ada bawa cincin dan gelang ke sekolah? celaka betul, sedangkan aku dah sembunyikan barang tu sebelum Sarah muncul.
Kami pun tak ada terserempak ketika awal aku datang sekolah. Aku syak, mesti ada seseorang telah mengatakan kepadanya. Maka dengan itu, Sarah terus memulakan agenda tak gunanya ini.
"Pegang ni dan ni satu lagi." Sarah menghulurkan beberapa barang kepadaku. Aku mendengus dalam hati. Mungkin macam nilah sifat ibunya Liyana suatu ketika dahulu.
Aku harap Sarah tak mewarisinya. Walaupun dia tak suka bergaul dengan lelaki. Tapi, itu tak bermakna dia takkan jatuh cinta. Perasaan manusia boleh berubah seperti cuaca.
"Tolong pegang." Damia menghulurkan barang kepadaku pula. Okay, ini seekor lagi yang aku nak cepuk kepalanya. Memang patutlah mereka berdua berkawan, sudah sedondon!
Setelah satu jam berlalu, kami pun cari tempat untuk berehat. Sarah sudah menghilangkan diri, katanya mahu ke tandas. Sekarang, tinggal aku dan Damia sahaja di luar mall.
"Sorry, aku cuma ikut kehendak bestie." Damia buat muka tak bersalah. Wajahku dah masam mencuka. Damia berjalan lalu duduk di sebelahku.
"Aku tak tahu pula kau berdua ni adik-beradik." Damia mengerling. Aku menghela nafas panjang. Suasana mall sedikit sepi, ramai yang telah pulang.
"Kau sayang dia?"
"Siapa?" tanyaku terus. Damia membetulkan sedikit tudungnya.
"Sarah." beritahunya kemudian. Aku terjeda sekejap sambil menatap bulan.
"Adik aku sendiri pun masih belum aku bagi kasih sayang, nikan pula dia."
"Tapi Sarah pun adik kau."
"Ya, aku tahu." kataku. Damia memandang kebawah. Aku mengerlingya sekilas.
"Kau tau pasal mak dia?" tanya Damia tiba-tiba. Hati aku terus diusik perasaan tak senang.
"Kenapa dengan mak dia?" Aku berpaling. Damia menguis-nguis kakinya.
"Mak dia sakit." ujar Damia. Aku ternganga. Tak pernah pula Sarah ceritakan kepadaku tentang perkara ni? Apa dia sengaja sembunyikan supaya aku tak tahu? Tapi kenapa? Keadaan kembali jeda. Kami diam, beberapa saat kemudian Damia bertanya lagi.
"Macam mana kau dengan Lissa?" Soalan tu buat aku terdiam agak lama.
"Aku dah lupakan dia." kataku agak perlahan. Damia angkat muka lalu berpaling melihat aku. Dia nampak terkejut.
"Oh, really?" soalnya. Mungkin dia tak percaya. Aku sendiri pun tak percaya yang aku dah lupakan Merlissa. Namun begitu, jauh di sudut hati, masih lagi terbuka sedikit ruang untuknya menyemai benih dan kasih.
"Aku masih tak faham kenapa dengan kejadian malam tu." Damia termenung. Aku cuba menceritakan kepadanya tentang masaalah yang dialami Merlissa bersama kawannya. Terkejut juga Damia saat mengatahui kisah tersebut.
"Patutlah Raz dibuang sekolah." Damia mencebik. Aku terlopong, terkejut dengan kata-kata Damia sebentar tadi. Raz dibuang sekolah??
"Betul ke?" tanyaku. Damia mengangguk. Aku melengung. Patutlah lama aku tak nampak Raz, rupanya dia sudah tak ada.
YOU ARE READING
Pelangi Terakhir
Teen FictionSEGALANYA bermula dari hutan belantara. Pertemuan dengan Merlisaa Umairah dan L mengubah hidup Izz Khairul. Kerana kasihan, Khairul membawa mereka pulang. Timbul pertanyaan di benaknya kenapa Mereka boleh ada di hutan? Setelah Khairul mendengar kisa...