SETELAH dua jam pendakian. Kini, sampailah kami di puncak Bukit kayangan. Semua bernafas lega. Aku terpegun melihat keindahan dari atas. Kota Idaman tampak agak kecil di pandangan mata."Besar betul!" kata Haikal. Homestay Adriala ada di hadapan kami. Tiga tingkat tingginya. Cantik dan mewah. Kadang-kadang aku tak rasa ni macam homestay. Aku tak pernah duduk homestay semurah dan sebesar ini.
Terasa aku seperti orang kaya pula, ada harta dan segalanya. Aku tersengih-sengih. Seketika, Adian menyergah dari belakang. Aku tersentak.
"Jauh termenung? Jomlah mandi." Adian berlari-lari anak kekolam besar di hujung sana. Aku tak rasa nak mandi, perut aku tengah lapar sekarang.
Haikal dan Danny entah hilang kemana. Fiqri pula sedang mencari arang untuk dibakar. Aku tengok para lelaki masih ada kat luar. Yang perempuan sudah masuk kedalam, mungkin sedang berehat.
Aku mendongak. Di balkoni, terlihat Qisya dan Hanna sedang bergambar. Ada Merlisaa juga. Pendek aje Merlissa aku tengok. Aku senyum sambil gelak dalam hati.
Nampaknya, kami boleh melihat pesta bunga api pada malam ini. Tercapai juga hajat aku. Sekali difikirkan, macam tak percaya. Aku tak sangka mereka pun turut bercuti di homestay yang sama. Ini sangat kebetulan. Kejadian langka.
"LELAKI duduk tingkat bawah!!" Amalia menjerit. Tersentak semua para lelaki. Danny dan Haikal yang baru hendak memanjat terus melompat turun. Naufal dan Fiqri terpisat-pisat.
"Saya boleh tak?" soal Adian. Amalia merenungnya tajam.
"Kau lagilah tak boleh! Jahanam!" teriak Amalia. Adian terkelu. Naufal mengusap-ngusap bahunya. Danny dan Fiqri tersembur tawa.
"Kenapa garang sangat dia tu? Kita bukan penjahat pun." Haikal merungut.
"Entalah, dari dulu lagi macam tu." Danny mengeluh. Fiqri menghampiri mereka. Haikal keluar.
"Okaylah dia dari Sarah." celah Fiqri. Naufal tekun mendengar.
"Sama saja aku rasa." Adian cuba menafi perkara itu.
"Mana ada sama? Sarah tu tak suka lelaki, bukan macam Amalia." Fiqri memberi keterangan. Aku termenung. Naufal juga sama.
"Habis kenapa dia tak suka aku?" Adian tunjuk dirinya.
"Sebab kau tak hensem macam aku!" laung Haikal. Kami semua gelak besar. Adian membaling bantal. Haikal mengelak. Bantal melayang tepat pada muka Iskandar yang baru masuk. Ilai tawa kami semakin menjadi-jadi.
JAM 5.30 petang, aku keluar. Adian dan Danny mengajak aku berenang, tapi aku tolak. Aku berjalan ke hujung. Sedang asyik berjalan, aku tersempak pula dengan Anis. Dia duduk menjulur kaki di dalam air. Kami bertentangan mata.
"Oi, sini jap." panggilnya. Aku datang. Sebenarnya aku nak cau, tapi tak sempat. Aku duduk menjulur di sebelahnya. Kaki kami tenggelam di dalam air lut sinar.
"Apa?" tanyaku. Anis menguis-nguis kaki. Sejenak, dia berhenti.
"Betul ke kau abang Sarah?" tanyanya. Aku terdiam seketika.
"Ya." kataku. Aku fikir nak menipu, tapi tak boleh. Lagipun Anis dah tahu. Tak ada guna lagi untuk aku sembunyikan. Sia-sia semua tu.
"Aku... nak minta maaf pasal haritu. Aku rasa bersalah pulak." kata Anis. Aku nampak riak duka pada wajahnya.
"Aku tak kesah, lupakan. Semua orang akan buat salah dan silap." tuturku. Anis berpaling. Dia senyum syahdu. Aku jadi keras membeku.
"Lelaki yang tumbuk kau haritu dah kena tumbuk dengan Sarah balik. Tak perlu kau nak marah atau berdendam dengan dia lagi." beritahunya. Aku terkejut.
YOU ARE READING
Pelangi Terakhir
Teen FictionSEGALANYA bermula dari hutan belantara. Pertemuan dengan Merlisaa Umairah dan L mengubah hidup Izz Khairul. Kerana kasihan, Khairul membawa mereka pulang. Timbul pertanyaan di benaknya kenapa Mereka boleh ada di hutan? Setelah Khairul mendengar kisa...