PT 33

23 9 0
                                    

    

    

     AKU tak menghiraukan sesiapa, sehinggalah waktu pulang. Bebelan Adian pun aku buat tak dengar. Ketika sesi pembelajaran tadi, aku perasan Merlissa asyik tersenyum-senyum. Aku tak tahu kenapa, mungkin sebab dia dapat keluar dengan Raz.

Tapi, Merlissa pernah cakap yang mereka hanya kawan. Kawan apa macam tu? Aku tak rasa pun Merlissa dan Raz kawan. Aku fikir mereka lebih dari tu. Tapi, kalaulah mereka berdua betul-betul ada hubungan, aku akan terus pergi menjauh.

Aku tak nak jika perasaan ni dibiarkan terlalu dalam, akan lebih melakukan hati aku. Sekurang-kurangnya, biarlah aku tahu tentang hubungan mereka agar aku dapat mengusir segala perasaan kepada Merlisaa.

Sudah lah baju aku basah ditimpa hujan, hati pun turut dikecewakan. Bas pula tertinggal kerana asyik termenung memanjang. Nasib baiklah rumah aku dan sekolah tidak terlalu jauh.

Aku fikir nak balik jalan kaki sahaja. Cuaca pun nampak mendung. Kalau balik di tengah hujan, memang nampak sebijik macam drama dalam filem. Pada awalnya, memang aku ingat akan terjadi babak macam tu. Tapi, lain pula bila aku ternampak Sarah

Dia pun tengah balik jalan kaki macam aku. Setahu aku, Sarah selalu balik dengan Abang Mil. Lelaki itu akan datang mengambilnya jika pulang sekolah. Tapi, harini tidak pula.

Aku mengejar Sarah. Elok juga Sarah balik jalan kaki, boleh kami berbual-bual sekejap. Dah lama juga aku tak bercakap dengan Sarah. Rindu pula rasanya

"Sarah!" Aku menjerit. Langkah Sarah terhenti. Namun dia tak menoleh.

"Kau nak apa?" tanyanya. Suara itu terdengar kasar. Aku fikir Sarah akan berubah bila dekat luar, tetapi tidak.

"Kenapa kau balik jalan kaki?" Aku bertanya. Sarah diam beberapa detik.

"Sebab aku ada kaki." jawabnya. Walaupun kedengaran lucu, tapi Sarah berkata dengan serius. Suaranya tak main-main. Aku rasa macam ada tak kena.

"Jom kita balik sekali." Aku cuba mengajak. Sarah masih tak menoleh. Di langit, awan hitam nampak semakin membesar. Rintik hujan mula turun halus-halus.

"Jangan kacau aku." tegasnya. Aku berdiri macam tiang lampu bila dengar dia cakap macam tu.

"Kenapa kau ni??" soalku. Sarah medengus, kemudian dia berpaling.

"Jangan kacau aku!! Kau faham tak!!"  teriak Sarah. Aku nampak air matanya bergenang. Aku terdiam.

"Jangan jumpa aku lagi! Aku benci kau!" katanya sebak. Sarah berjalan laju meninggalkan aku. Mataku luas terbuka. Aku tak sangka Sarah akan cakap macam tu. Apakah salah yang aku buat sampai dia marah?

Aku berdiri dalam kebuntuan, sambil tu aku cuba mengingat segala peristiwa. Setiap apa berlaku pasti ada sebabnya. Tapi, aku masih tak tahu apa penyebab Sarah berubah.

Ketika aku sedang termenung, ada seorang gadis datang lalu melanggar bahuku. Gadis itu nampak tergesa-gesa berlari.

"Maaf! Tak sengaja!" ucapnya saat berpaling. Dahiku berkerut-berkerut. Namun, tidak pula aku marah kepadanya. Melihat gadis itu pergi, aku mula teringakan sesuatu. Adegan tadi hampir sama seperti aku dan Sarah dulu. Bila teringat kenangan itu, selalu buat aku tertawa. Kalau tak disebabkan kami berlanggar, mungkin aku dan Sarah takkan saling kenal.

Pertengkaran melibatkan Nescafe dan aiskrim di tepi jalan masih tak dapat aku lupakan. Kesian Sarah tak sempat rasa aiskrim yang baru dibelinya. Aku tahu aiskrim itu mahal.

Sekejap, aiskrim!? Terlopong aku sesaat. Macam mana boleh lupa!? Aku meraup muka. Sudah satu minggu berlalu sejak kejadian itu. Berkali-kali juga Sarah cuba ingatkan aku untuk belikan aiskrim, tapi? Arghh!

Pelangi TerakhirWhere stories live. Discover now