IBUKU ketawa saat aku menceritakan apa yang terjadi di sekolah. Entah apa yang lucu aku pun tak tahu, menyakitkan hati adalah."Okaylah tu jadi penolong ketua, ada tanggungjawab sikit." katanya sambil menyiram pasu bunga. Aku menggeleng kesal masih tidak berpuas hati dengan pilihan Cikgu Suraya. Kenapa mesti aku? Arghh!
"Kenapa? Khai tak suka ke?" soal ibuku. Aku menoleh melihatnya. Wajahku berserabut.
"Ya, memang Khai tak suka. Ingatkan bila pindah sekolah baru dah boleh tenang sikit. Tapi, sama saja." rungutku. Ketawa ibuku tersembur lagi. Sakit hati pula aku melihatnya.
"Ibu okay aje jadi ketua kelas ke penolong ketua ke, dua-dua ibu suka. Khai kalau tak suka cubalah bersabar sikit, untuk tahun ini saja." Ibuku cuba menenangkanku. Aku yang sedang pasrah mengambil sebuah kerusi plastik lalu duduk menghadap mentari. Aku bukannya tak pernah jadi ketua kelas, pernah... dan disebabkan itulah aku tak suka.
"Dah tak boleh tukar ke jawatan tu?" soal ibuku setelah selesai menyiram pasu bunga.
"Tak tahulah cikgu kata tak boleh tukar dia nak Khai juga pegang jawatan tu, katanya pilihan dia sudah terbaik." beritahuku sambil memejamkan mata menahan sinar.
"Kalau dah cikgu cakap macam tu maknanya dia dah nampak sikap tanggungjawab dalam diri Khai. Cikgu percayakan Khai, ingat senang ke nak dapat kepercayaan dari orang yang baru kita kenal?" Aku hanya diam tidak tahu hendak berkata apa. Tapi, apa ibuku katakan ada benarnya. Entah apa yang buat Cikgu Suraya percayakan aku semudah itu??
"Ibu masuk dulu, ada kerja sikit kat dalam. Oh, sebelum tu ibu terlupa nak cakap. Tadi kawan Khai ada datang, tapi Khai tidur masa pulang sekolah." beritahu ibuku sebelum masuk kedalam rumah. Dahiku berkerut-kerut.
"Siapa bu!?" laungku. Suara ibuku terdengar perlahan dari dalam, namun jelas di pendengaran.
"Orang yang jumpa rantai Khai semalam!" laungnya balik. Aku ternganga. Siapa dia? Fikiranku melayang. Belum sempat aku berfikir panjang, tiba-tiba terdengar suara seseorang. Aku menoleh.
"Eh? Kau?" Aku memandang ke arah Adian, dia cuma sengih. Jadi, dialah yang ibuku maksudkan tu!?
"Baru bangun ke?" kata Adian. Wajahnya melekat pada pagar besi.
"Macam mana kau boleh tahu aku tinggal kat sini?" soalku tanpa mempedulikan pertanyaannya. Bahaya betul lelaki ni, pengintip ke apa?
"Jimmy bagitau aku." katanya selamba. Mataku terkelip-kelip,
"Jimmy!? Kau kenal Jimmy!?" soalku lagi. Adian mengangguk. Aku terkejut bukan kepalang seperti tak percaya dengan apa aku dengar.
"Dia dah ceritakan semuanya pasal kau." Adian sengih.
"Jangan risau aku pun kawan dia. Sebelum dia kenal kau dia kenal aku dulu." terangnya. Aku menarik nafas panjang laluku hembus. Emosi yang hampir berkecamuk tadi aku betulkan.
"Akulah bagitau dia ada orang pindah kat sebelah rumah nenek aku. Tapi, aku tak sangkalah pula tu kau. Bila Jimmy minta aku bagi keterangan lebih lanjut barulah kami tahu siapa. Jimmy terkejut masa tahu." cerita Adian. Aku terdiam sekejap sambil memikirkan apa yang dikata oleh Jimmy tempoh hari.
Sekarang baru aku faham apa maksud Jimmy dan apa maksud di sebalik senyuman misteri Adian di sekolah pagi tadi. Jadi begitu rupanya?
"Tapi, aku memang tak sangka betul kita akan duduk satu kelas." Adian nampak teruja.
"Lagi-lagi bila Cikgu Suraya lantik kau sebagai penolong ketua... aku memang tak setuju..." Wajah Adian yang teruja tadi kembali monyok. Aku rasa terharu pula mendengarnya.
"Akhirnya ada juga orang faham perasaan aku!" ucapku sambil menatap langit. Adian memandangku, kemudian dia memasukkan kedua belah tangan lalu menggoncang bahuku kuat.
"Kenapa mesti kau kenapa! Why... Sepatutnya aku yang jadi penolong ketua! Aku sepatutnya berada di sisi Amalia, tapi..." Adian masih menggoncang tubuhku. Wajah aku dah masam mencuka.
"Cis! Kalau pasal tu kau pergi salahkan Cikgu Suraya!" Aku membuang keluhan.
"Crush aku!" Adian duduk berlutut tanpa disuruh. Aku menggeleng kepala. Seketika, aku termenung.
"Tapi, kenapa semua orang berebut sangat nak jadi ketua kelas? Aku tak fahamlah." Adian yang tadi duduk terus kembali berdiri.
"Oh... Panjang ceritanya. Tapi, kejadian pelik macam tu hanya berlaku dalam kelas kita aje." beritahunya. Aku tercengang.
"Tapi kenapa?" tanyaku. Adian terjeda sejenak. Dia menarik nafas panjang.
"Macam cikgu kita cakap, kau pun dengarkan? Kalau lelaki pegang jawatan sebagai ketua kelas memang rosaklah. Kau kenalkan Adam tu? Dia pernah pegang jawatan selama tiga bulan, dan selama tiga bulan tu entah apa dah jadi dengan kelas. Ini bukan berlaku dekat Adam aje, semua lelaki yang kau nampak dalam kelas kita pernah pegang jawatan sebagai ketua kelas. Tapi, hasilnya sama saja tak boleh harap. Jadi, sebab itulah jawatan tu diberikan pada pelajar perempuan." monolog Adian. Aku tekun mendengar.
"Penolong ketua pula macam mana?" tanyaku lagi. Adian berdehem sebentar.
"Penolong ketua aku rasa dah tak ada apa. Mereka bersorak mungkin kerana nak balas balik sebab jawatan ketua kelas tak dapat pada mereka. So, tak ada apa lagi mereka boleh buat. Tapi, kalau jawatan tu jatuh pada tangan salah. Kau mungkin akan ada di bawah kawalan yang salah." jelas Adian. Aku menggaru-garu kepala. Entah apalah difikirkan budak-budak ni.
"Aku memang tak sangka cikgu akan lantik kau sebagai penolong ketua sebab aku fikir dah tak ada harapan lagi untuk pelajar lelaki. Tapi, aku lupa kau budak baru." Adian tertawa. Aku senyum serong.
"Kau okaykan jadi penolong ketua? Aku harap kau boleh tahanlah dengan Amalia tu." Adian melarikan pandangan. Air muka aku terus berubah.
"Maksud kau? Hoi! bagitahu aku!" jeritku sambil menggoncang bahu Adian, sampai terhantuk kepala dia dekat pagar besi, nasib tak benjol.
"Woi! Sakitlah!"
"Habis tu kau lari kenapa?" Aku berpeluk tubuh. Adian menggosok-gosok dahi.
"Aku bagitau sabarlah dulu." Adian membetulkan posisi tubuh menghadap aku.
"Ha? Cakaplah?" Aku dah tak sabar menunggu. Adian menghela nafas.
"Aku cakap macam tu sebab aku tak yakin kau dapat tahan dengan perempuan garang macam Amalia." sela Adian. Aku mengeluh panjang.
"Garang sangat ke?" soalku. Adian mengangguk-angguk. Cis! Malapetaka! Bentakku dalam hati.
"Tak silap aku... dalam banyak-banyak perempuan dalam kelas kita, dialah paling garang." Adian mengagak-agak. Aku merenung dada langit. Masaalah betul ni.
YOU ARE READING
Pelangi Terakhir
Teen FictionSEGALANYA bermula dari hutan belantara. Pertemuan dengan Merlisaa Umairah dan L mengubah hidup Izz Khairul. Kerana kasihan, Khairul membawa mereka pulang. Timbul pertanyaan di benaknya kenapa Mereka boleh ada di hutan? Setelah Khairul mendengar kisa...