AKU menadah tangan pada titisan hujan yang jatuh membasahi bumi. Kilat sambung menyambung disusuli guruh kuat. Masatu aku masih duduk kat wakaf, belum pulang.Payung pun aku tak bawa, gamaknya kena tunggu hujan berhenti dulu barulah boleh balik. Aku duduk berpeluk tubuh, sesekali terdengar atap zink ditolak angin kencang.
Percikan air hujan jatuh berserak-serak. Terkadang, aku pelik, kenapa hanya aku yang selalu duduk bersendirian kat sini? Setiap kali hujan, aku tak pernah nampak ada orang lain berteduh.
Mereka semua pulang dengan jayanya, tetapi aku? Masih duduk termenung menatap hujan. Adakalanya aku rasa peristiwa ni sama macam drama dekat filem.
Contohnya ada seorang gadis sedang menunggu hujan berhenti, lalu datang jejaka tampan membawa payung dan mereka pun pulang bersama. Sekali terbayangkan adegan itu, aku tergelak.
Siapa aje yang nak datang bawa payung untuk aku? Mengarut betul. Aku tengok kawasan sekolah pun sunyi, kelibat manusia pun tak ada, semua dah balik tinggalkan aku
Hampir tiga puluh minit juga aku menunggu kat sini. Sejuk, sunyi, bosan. Itulah aku yang rasakan. Kalau ada orang temankan aku bolehlah juga kami bersembang-sembang.
Ini sorang pun tak ada, buat aku bercakap sendiri macam orang gila adalah. Aku bangun mundar-mandir. Hujan masih turun dengan lebat. Beg sandang aku angkat dan silangkan kat bahu. Karang kalau aku redah ni boleh basah kuyup.
Aku tak kesah sangat dengan baju dan seluar. Tapi, buku aku ni macam mana pula? Takkanlah nak bagi basah jeruk sekali? Hish! Tak nak tak terpaksa aku bertahan sikit. Ni pun tak tahu lagi bila nak berhenti, kalau tak berhenti juga, memang berbasah lah aku jawapnya.
Aku mendongak langit sambil bersandar pada tiang. Mata aku dipejam celik beberapa kali. Ada satu kali tu aku pejam lama, dan bila buka, aku nampak ada payung atas kepalaku. What!?
Terbelalak aku bila tengok dia yang tengah berdiri kat sebelah. Macam tak percaya, tapi itulah kenyataan. Adegan yang aku fikir sekejap tadi betul-betul terjadi walaupun keadaanya terbalik.
"Sejak bila kau ada kat sini??" Aku pandang Merlissa di sebelah. Aku fikir dia dah balik jalan kaki ataupun naik bas, tetapi aku silap.
"Sejak awak pejam mata." ujarnya. Aku membuang pandangan ke arah lain. Tenang Khai... tarik nafas... hembus perlahan-lahan. hatiku berkata.
"Kenapa kau datang?" Aku pandang Merlissa lagi.
"Sebab..."
"Sebab apa??"
"Sebab awak perlukan saya."
"Perlukan macam mana?" Aku berkerut dahi. Merlissa tunjuk payung yang sedang dia pegang.
"Awak nak balik dengan saya?" soalnya. Terus terdiam aku. Hati dah bersorak-sorak, tetapi sebab aku terkilan dengan sikap Merlissa, jadi aku tolak.
"Tak apalah, aku nak tunggu hujan berhenti. Kau balik je sendiri." kataku. Merlissa tak memberi sebarang riaksi. Awalnya aku ingat dia akan pergi, tetapi lain pula yang jadi, aku tengok Merlissa tutup payung. Bukan itu saja, dia siap duduk lagi!
"Kenapa kau tak balik?"
"Awak cakap nak tunggu hujan."
"Jadi?"
"Jadi saya nak teman awak tunggu hujan."
"Aku tak perlu peneman, kau pergi balik."
"Tak boleh."
YOU ARE READING
Pelangi Terakhir
Teen FictionSEGALANYA bermula dari hutan belantara. Pertemuan dengan Merlisaa Umairah dan L mengubah hidup Izz Khairul. Kerana kasihan, Khairul membawa mereka pulang. Timbul pertanyaan di benaknya kenapa Mereka boleh ada di hutan? Setelah Khairul mendengar kisa...