PT 79

71 7 8
                                    

    

   
     "MANA!?" Iskandar memegang kolar baju Adam. Mikail mengambil kunci dalam poket seluarnya lalu berjalan ke muka pintu. Saat pintu dibuka, Hanna keluar dari bilik, Iskandar mendapatkannya. Aku mencari-cari Merlisaa.

"Mana Lissa!?" soalku. Mikail terdiam. Hanna menangis dalam pelukan Iskandar. Kami semua mencari gadis itu. Tapi Hanna kata, Merlissa tidak ditempatkan bersamanya. Aku terkejut.

"Takkanlah..." Mikail berpaling melihat L di tingkap. L nampak cemas. Aku mendapat tahu ada satu bangunan lama tidak jauh daripada sini. L dan aku terus berlari ke sana.

Letupan dan tembak-menembak masih kedengaran. Kami merempuh segala onak dan duri. Sudah tak peduli dengan luka-luka di lengan. Aku cuba bertahan dengan kesan tusukan kecil di bahu, mana mungkin aku menyerah semudah itu.

"Kau dah banyak berubah." ujar L. Kami berlari dalam hujan.

"Kau pun sama."

"Kita sama-sama berubah."

"Ya." kataku. Nafas kami termengah-mengah. Aku nampak bangunan itu. Kami sudah semakin dekat. Halangan-halangan yang ada di depan, kami tepis dan lompat. Aku harap tak berlaku apa-apa pada Merlisaa, aku tak nak kehilangannya. Aku yakin dia masih selamat. Bertahanlah... Merlissa. Getus hatiku.

Aku dan L melangkah masuk kedalam bangunan. Gelap, kami tak nampak apa-apa. L menyuruh aku untuk berhati-hati. Aku dengar ada ketawa jahat. Kami pandang kiri dan kanan.

"Suara ni..." Wajah L berubah. Kami memandang setiap sudut. Seketika, aku nampak ada seorang lelaki muncul dalam gelap. Dia tersenyum sambil menepuk-nepuk tangan.

"Leo..." Suara L bergetar. Aku melotot. Api kemarahanku menyala. Leo masih ketawa. Aku nampak begitu banyak tangisan dan penderitaan manusia dalam matanya. Jiwa aku membara.

"Sudah lama kau rancang semua ni?" soal Leo. Aku dan L tak bersuara. Kami sedang mengawal amarah yang semakin melonjak-lonjak.

"Sanggup kau nak bunuh bapak sendiri?"

"Diam!!" L menengking. Leo berjalan semakin dekat. L menolak aku kebelakang. Dia tak mahu aku berlawan.

"Kau bukan bapak aku! Kau binatang!" jerkah L. Aku nampak Leo mengeluarkan lawi ayam, bersedia untuk menyerang. L keluarkan kujang.

"Khai! Cari Lissa cepat! Tempat ni ada bom!" tegas L. Aku terkesima. Bom!? Aku pandang sekeliling, tapi tak nampak apa-apa.

"Mampu kau kalahkan aku dalam masa dua puluh minit?" soa Leo. Aku nampak L terketar-ketar. Aku sudah hilang akal, aku tak tahu apa nak buat.

"Pergi Khai! Selamatkan Lissa!" arah L. Aku terkial-kial berlari. Masuk bilik keluar bilik. Naik turun tangga. Mana Merlissa? Aku tak jumpa. Masa semakin suntuk. Aku risau. Jantungku kian laju mengepam darah. Aku teruskan pencarian lagi, tapi masih tak jumpa.

Namun, ketika berpaling kebelakang, aku melihat sesuatu. Ada sedikit kain terkeluar di sebalik pintu. Saat membuka almari, Aku nampak Merlisaa dalam keadaan tidak bermaya. Aku menangis melihatnya. Ikatan tubuh Merlissa aku buka.

"Awak... Awak..." Suara Merlissa terdengar lemah. Aku kumpul sekuat tenaga untuk angkat tubuhnya. Aku tahan sakit di bahu. Kulitku rasa macam nak terkoyak.

"Awak bertahan, saya akan bawa awak keluar dari sini." ucapku. Merlisaa nampak lesu. Aku turun tangga cepat-cepat. Aku bawa Merlissa keluar melalui tingkap, bimbang jika Leo akan menyerang kami.

Aku menggigil, kudrat untuk bertarungku sudah tiada. Merlisaa nampak lemah di mataku, mungkin kerana dia terlalu lama dikurung. Hujan turun seperti titisan mutiara. Aku cuba bawa Merlisaa pergi jauh dari bahaya.

Pelangi TerakhirWhere stories live. Discover now