PT 37

23 7 0
                                    

   

     JAM 8.30 malam, aku keluar. Fikiranku kacau. Mesej dari Danny aku baca sambil berjalan ke sana ke mari.

Danny - Aku dalam perjalanan.

Begitulah mesej pendek darinya. Fiqri juga cakap mahu datang. Amalia aku tak tahu. Tapi, dari  mesej tadi, dia cakap akan sampai sekejap lagi. Aku tak pasti siapa antara mereka yang akan sampai dulu.

Kalau aku ada kenderaan, dah lama aku pecut pergi sendiri. Aku tak kira apa nak jadi pun jadilah. Aku dah tak boleh sabar, lebih-lebih lagi bila memikirkan Fendi. Meletus-letus amarah aku jadinya. Nak halang Merlissa pun aku dah tak sempat. Bukannya aku tak pergi ke rumahnya, dah tiga kali aku berulang alik, tapi Merlissa masih tak balik-balik.

Pada awal, aku memang nak tunggu kedatangan orang lain. Tapi, disebabkan perasaan kuat yang mengasak-ngasakku untuk pergi ke rumah Merlisaa. jadi, aku terpaksa pergi sekali lagi.

Aku sempat menghantar pesanan ringkas kepada Danny. Jika dia sampai, parking lah motosikalnya di dalam pagar rumahku dan tunggu kedatangan Fiqri di sana.

Aku pergi begitu saja tanpa menunggu balasan daripada Danny. Dengan hanya berjalan kaki, aku berlari menuju ke Flat Cempaka Biru. Namun, ketika aku ingin melintas jalan raya. Aku ternampak Amalia dari jauh.

Tanpa menghiraukannya, aku sambung belari lagi. Aku harap Merlissa sudah pulang. Aku tak boleh membuang masa pergi berbual dengan Amalia di tepi jalan. Dia tak penting sekarang.

Sayup-sayup aku dengar suara Amalia memanggil namaku. Tapi, aku tak berpaling. Aku harap dia faham dengan keadaanku tika ini. Tak berhenti aku berlari ketika masuk lorong kecil. Saat aku nampak bangunan flat, makin laju langkah kakiku.

Namun, percayalah. Bila aku sampai, aku tengok Merlissa sudah masuk ke dalam perut kereta. Aku menjerit sambil cuba mengejarnya, tetapi kereta Myvi itu terus memecut laju memecah pekatan malam.

"Lissa!!" teriaku. Aku termengah-mengah. Tong sampah di sebelah aku sepak sampai terbalik. Tak guna! Kalaulah aku datang lebih awal! Batinku menjerit. Aku cuba mencari cara. Tak boleh... peluang hanya ada satu kali. Aku kena ikut mereka, kalau tak, aku takkan tahu kemana mereka akan pergi.

Aku berdiri di sesuatu tempat. Fikirkanku berselirat. Seketika, ada sebuah taxi datang tanpa disangka-sangka. Hatiku gembira. Terus aku berlari mendapatkan taxi itu.

"Berhenti!" Aku menjerit-jerit sambil menepuk tingkap kereta beberapa kali. Taxi itu kemudian berhenti. Lantas aku masuk ke dalam tanpa berfikir panjang.

"Pakcik nampak tak kereta kat depan tadi!? Dalam tu ada kawan saya!  Dia kena culik! Cepat kejar pakcik!" Aku mengarahnya bergerak. Pakcik itu tercengang. Beberapa saat, taxi pun bergerak laju menuju jalan besar. Aku menghembus nafas lega sambil mengebas-ngebas baju.

Tapi, dalam keadaan tergesa-gesa tadi... aku tak perasan ada seorang gadis sedang duduk di bahagian belakang. Saat berpaling, aku terkejut. Dia yang tengok aku pun ikut sama terkejut.

                           





"KERETA mana satu?" soal pakcik itu. Aku menuding jari ke arah kereta Myvi hitam yang ada nun jauh di sana. Pakcik itu terus melajukan Taxi.

Dalam sesi mengejar, aku asyik terpandang gadis di belakang. Aku betul-betul tak sangka kami akan bertemu. Adakah dia masih ingat muka aku? Atau dia pura-pura tak tahu? Aku meraup wajah. Sekarang, Merlissa ada di dalam kereta Raz. Aku kena tumpukan lebih perhatian.

Meskipun aku nak bercakap dengan dia, tapi aku tahan. Myvi hitam itu aku tengok melencong ke laluan sebelah kiri. Aku cakap dekat pakcik itu supaya perhatikan kereta tu betul-betul. Main sedap aje aku arah orang, Ah! Peduli apa aku! Lagipun ni saja peluang aku ada. Mana boleh aku siakan!

Aku pun tak tahu Taxi ni nak menghala ke mana. Aku pula main selamba aje suruh ikut Myvi hitam. Nasib baiklah pakcik tu tak banyak merungut mudah faham dan cekap bertindak.

Aku menyeka sedikit peluh di dahi. Telefon bimbitku di dalam poket seluar mengeluarkan notifikasi. Ada beberapa mesej dari Amalia, Danny dan Fiqri.

Amalia - Dasar bodoh! Kau pergi mana!?

Fiqri - Khai, mana kau? Aku dah sampai ni.

Danny - Weh, sabar lah dulu jangan gerak lagi!

Aku menghantar gambar dan memberitahu mereka bahawa aku sedang mengejar Merlissa yang ada bersama Raz. Aku suruh mereka gerak terus dan jangan buang masa lagi.

Telefon bimbit aku masukkan kembali ke dalam poket. Aku tengok Myvi hitam tadi masih ada di hadapan. Bagus, belum terlepas!

                          





TAXI mengejar sehingga kami sampai di tempat sunyi dan gelap. Aku tak tahu sekarang dekat mana. Di luar, aku nampak Merlissa keluar. Raz juga ada bersama. Aku panas. Bukan ke Raz kata nak bawa Merlissa pergi kelab malam? Apa dia berubah fikiran?

Aku diberitahu oleh pakcik taxi itu bahawa Myvi hitam yang kita kejar telah pun berhenti di sebuah hotel. Dahiku berkerut. Aku termangu-mangu.

"Hotel apa ni?"

"Hotel Ah Meng."

Aku diberitahu lagi Hotel Ah Meng adalah tempat pelacuran. Orang-orang selalu keluar masuk untuk melanggan. Mendengar hal itu, dadaku berombak kencang.

Bangsat! Jadi Raz membawa Merlissa ke sana!? Darahku mendidih. Aku segera keluar. Di luar hotel... ada cahaya merah malap. Ada beberapa lelaki keluar terhuyung-hayang. Mereka mabuk.

Aku menghulurkan sepuluh ringgit kepada pakcik itu. Sebelum pergi, dia menyuruh aku untuk berhati-hati kerana kawasan ni berbahaya. Pakcik itu tak memberitahu details, aku juga tak bertanya.

Pakcik itu cuma cakap kawasan ini dipegang. Aku berfikir, mungkin kawasan ni dipegang oleh sekumpulan kongsi-kongsi gelap atau sebaliknya. Apa-apapun itu aku tak kesah, pergi persetan dengan semua tu! Aku datang hanya untuk Merlissa bukan untuk mengacau tempatnya. Jika sebab Merlissa aku punca, aku sanggup berkorban nyawa.

Ketika aku keluar, gadis di belakang aku juga ikut keluar. Dia berdiri membelakangiku, aku tahu. Di dalam kereta tadi, dia dengar segala perbualanku. Aku tak mampu sorok. Aku pun tak tahu kenapa dia turun sekali. Mungkin sebab dia dah dengar segala cerita aku ataupun ada sebab lain yang aku tak tahu.

Tanpa menoleh kebelakang, aku berjalan laju menuju Hotel Ah Meng. Sama ada dia ikut atau tak, aku tak peduli. Dia sendiri yang cari penyakit.

Bau pusat pelacuran buat tekak aku rasa loya nak muntah, namun disebabkan Merlissa, aku terpaksa hadap. Ada tiga orang lelaki aku tengok sedang bermesraan dengan wanita-wanita murahan di sofa panjang. Aku cuba kuatkan iman melawan bisikan-bisikan syaitan.

Di setiap ruang, ada lampu pudar dan ada lampu terang. Di sebalik kegelapan, aku nampak seorang perempuan sedang tersenyum. Dia berjalan mendekat. Jantungku berdetak.

"Nak main?" soalnya lembut. Anak-anak rambutnya jatuh berjuntai. Aku lalai. Tangan perempuan itu naik bergeser dari leherku sampai ke hujung bahu. Aku menggeleng tak mahu.

"Aku tak nak main." kataku. Perempuan itu terdiam, dia akur. Sebelum dia pergi, aku sempat bertanya, apakah dia ada melihat dua pasangan yang masuk sebentar tadi?

"Mereka pergi sana." perempuan itu menjuihkan bibir. Aku berpaling ke arah satu lorong gelap. Setiap bilik ada pintu terbuka dan ada yang tertutup.

"Masuk dalam bilik?" Aku pandang perempuan itu lagi. Dia terlihat sedang bermain-main dengan rambut.

"Biasa kalau datang tempat ni memang akan masuk bilik." selamba aje dia jawab. Aku bengang. Wajahku tegang. Di muka pintu, aku nampak dia datang. Dari awal lagi aku tahu dia akan ikut. Gadis itu berdiri tercegat. Kami berpandangan.



Damia.





Pelangi TerakhirWhere stories live. Discover now