AKU tersedar. Bila aku bangun, ruangan bilik masih gelap. Tempias hawa pagi masuk dari celah kaca balkoni yang tidak bertutup rapat. Aku buka pintu dan turun tangga. Keadaan ruang tamu juga gelap. Mungkin ibuku ada di dalam bilik sedang mengaji.
Selepas solat subuh, aku turun lagi kebawah. Ibuku tidak tahu aku keluar rumah. Aku tak boleh memberitahunya tentang hal ini. Lebih-lebih lagi berkaitan dengan Merlissa. Ibuku pasti akan bertanya macam orang penyiasat. Aku perlu berhati-hati.
Ketika pintu rumah dibuka, aku terperanjat. di luar, aku nampak Sarah. Astaghfirullahalazim! Macam mana minah ni boleh masuk rumah aku!? Dia lompat pagar ke apa!? Tak... sekarang, kenapa dia boleh ada kat sini!?
"Awal kau bangun." katanya tenang. Aku sempat menoleh kedalam sebelum menutup pintu perlahan.
"Kenapa kau!?" Aku pandang sekejap pintu pagar yang terbuka. Hah!? Macam mana pintu pagar boleh!? Aku pandang Sarah lagi. Dia jongket kening dua kali.
"Aku baru lepas jumpa mak kau." beritahunya. Terus terlopong mata aku. Apakah!? Patutlah, jadi ini sebabnya!?
"Semalam tak sempat. So, aku datanglah pagi ni. Aku dah nak balik sebenarnya, tapi kau muncul pulak. Hmmm, kau nak pergi mana ni??" tanya Sarah. Aku cemas. Apa akan terjadi masaalah kalau Sarah tahu??
"Err... aku nak jumpa kau. Tapi, tak sangka pula kau datang." Aku tersengih-sengih sambil menggaru kepala. Sarah terkejut.
"Lah... kau nak jumpa aku ke? Kenapa? Tahulah aku ni comel, tapi tak perlulah sampai susahkan diri. Aku boleh datang sendiri." Sarah senyum. Telinga aku berasap.
"Kau pun tak cakap nak datang, manalah aku tau. O, ya kau dah nak balikkan?" tanyaku. Sarah angguk.
"Elok-elok jalan." pesanku sebelum meninggalkan Sarah.
"Kau nak pergi mana!?" laungnya dari belakang. Langkahku terhenti. Aku menoleh.
"Aku nak jumpa Lissa!" kataku tanpa berselindung. Sarah bercekak pinggang, dahinya berkerut.
"Tadi kau cakap nak jumpa aku?" Wajah Sarah dah masam mencuka. Aku terdiam sambil mencari alasan sesuai yang melintas di fikiran.
"Hehe tak jadi, lain kalilah." Aku buat muka tak bersalah. Itu sahaja jawapan aku mampu berikan.
"Mentang-mentang Lissa lebih comel dari aku? Kau nak abaikan aku macam tu aje!?" Sarah tak puas hati. Aku tercengang.
"Apa kau cakap!? Sejak bila aku abaikan kau!?" Aku berjalan mendekatinya.
"Ni apa!?" Sarah menatapku tajam. Aku merenung kedalam anak matanya. Nafasku tarik panjang. Sekali aku tengok Sarah, perangai dia tak jauh beza dengan Aryana. Kedua-duanya menyusahkan aku!
"Okay, macam ni. Lepas aku jumpa dengan Lissa, aku janji, nanti. Kita luangkan masa bersama." Aku tepuk kepalanya tiga kali. Sampai terangguk-angguk Sarah dibuatnya.
"Betul?" Sarah pandang aku. Aku cuma senyum. Timbul lagi satu masaalah. Desisku dalam hati.
"Kenapa kau nak jumpa Lissa?" Sarah tanya. Aku terkelu. Patut ke aku bagitau? Apa kata Merlissa nanti? Macam mana kalau dia marah? Tapi, Sarah ada cakap Merlissa satu sekolah dengan dia dulu? Hmmm, mereka ni kawan baik ke?
"Lissa ada masaalah." kataku sedikit perlahan. Sarah termangu-mangu. Matanya terbuntang luas.
"Masaalah apa??" Sarah bersungguh-sungguh nak tahu. Aku memegang bahunya lalu membawa tubuh itu sedikit mendekat, kemudian aku berbisik kepadanya.
YOU ARE READING
Pelangi Terakhir
Teen FictionSEGALANYA bermula dari hutan belantara. Pertemuan dengan Merlisaa Umairah dan L mengubah hidup Izz Khairul. Kerana kasihan, Khairul membawa mereka pulang. Timbul pertanyaan di benaknya kenapa Mereka boleh ada di hutan? Setelah Khairul mendengar kisa...