AKU, Azlan dan L berlari-lari di atas bukit. Senja sedang beransur pergi. Puan Siti memimpin tangan Merlissa sambil bercakap-cakap mengenai sesuatu yang aku tak dapat dengar. Namun, Merlissa tetap diam tidak bersuara. Aku fikir... trauma yang Merlissa alami begitu dalam.
Aku menoleh ke arah L. Dia sedang duduk di atas sebatang kayu sambil termenung. Azlan pula aku lihat sedang menangkap rama-rama.
"Kenapa kau duduk aje?" sapaku. L menoleh lalu tersenyum. Aku duduk Di sebelahnya. Kami sama-sama melihat cakera jingga yang semakin tenggelam di sebalik bukit.
"Tak adalah, aku cuma tertanya... aku tak percaya aku masih hidup." ujar L. wajahnya terlihat seperti sedang mengenang sesuatu.
"Pasti banyak benda kau tak boleh lupakan." kataku pula. L mengangguk. Kemudian dia menunduk. Air matanya mengalir.
"Banyak yang aku nak ceritakan dekat kau... Tapi, aku tak sanggup." rintih L. Suaranya tenggelam. Aku sedih melihatnya.
"Cakap aje aku dengar." kataku sambil memegang bahunya. L mengelap air mata. Dia cuba untuk tidak menangis.
"Aku masih belum bebas..." beritahunya. Aku tersentak. Kenapa L cakap macam tu? Bukankah dia sudah berjaya keluar dari hutan?
"Khai... dengar, sebenarnya kisah aku dan mereka sama saja." L memulakan cerita. Dadaku menjadi berdebar. Sama?? Apakah maksudnya??
Kata L, mereka semua ingin dibunuh pada awalnya. Namun, oleh orang berbeza. Sejak L lahir, dia telah dibuang di tempat pembuangan sampah. Ayahnya tidak menyukai L. Nasiblah waktu itu ada seorang lelaki tua penarik beca terdengar suara L sedang menangis. Kemudian L dipelihara oleh lelaki tua itu sehinggalah dia berumur 3 tahun.
Ketika itu, L masih tidak pandai bercakap dan tidak mempunyai nama. Tapi, ketika dia berumur 5 tahun. Lelaki tua itu memberikan nama panggilan L kepadanya. Seringkali L tertanya kenapa namanya tidak seperti orang lain. Lelaki tua itu hanya tertawa, lalu dia berkata, huruf itu adalah nama depan dari ibumu. Bila mendengarkan apa yang dikatakan lelaki tua itu, L seperti tak percaya.
L selalu bertanya siapa ibunya? Apa namanya? Kenapa dia membuang L? Tapi, lelaki tua itu tidak pernah menceritakan hal tersebut. Baginya, yang telah berlalu biarkan berlalu. Tapi, L tetap mendesak lelaki tua itu untuk menceritakan. Dan akhirnya. Pada suatu hari. Lelaki tua itu membuka mulut.
Katanya, nama ibu L adalah Luna. Dia sangat menyayangi L. Akan tetapi, ayah L tidak menyukainya. Lelaki tua itu terdiam seketika, dia pun menceritakan lagi.
Sebenarnya Luna mati bukan kerana sakit, tetapi Luna mati kerana dibunuh oleh ayah L. Ayah L membunuh Luna kerana dia cuba lari dari pusat pelacuran. Mendengar tentang pelacuran, lelaki tua itu tahu L tidak faham. Kemudian lelaki tua itu cuba menjelaskan lebih terang. L yang mendengar lalu menangis. Kata lelaki tua itu, Luna berkenalan dengan seorang lelaki lalu mereka menjalinkan hubungan. Namun, pada suatu hari. Luna tahu lelaki itu adalah seorang ketua mafia.
Bila Luna tahu dirinya akan menjadi seorang pelacur, dia bertekad untuk melarikan diri. Akan tetapi, ayah L sudah terlebih dahulu tahu. Luna terus ditangkap. Bagi lelaki itu, dia tidak akan melepaskan orang-orang yang telah mengetahui kegiatan kejamnya tersebut.
Kerana Luna sudah mengetahui segalanya, dia lantas diperkosa oleh ayah L. Tapi, disebabkan ayah L menyayangi Luna. Jadi, dia masih memberikan kesempatan untuknya bernafas dengan syarat, Luna harus bekerja untuk lelaki itu. Dia harus menjadi seorang pelacur. Hidup di dalam neraka untuk Luna pun dimulai. Dia terpaksa melayani lelaki-lelaki serakah di luar sana.
YOU ARE READING
Pelangi Terakhir
Teen FictionSEGALANYA bermula dari hutan belantara. Pertemuan dengan Merlisaa Umairah dan L mengubah hidup Izz Khairul. Kerana kasihan, Khairul membawa mereka pulang. Timbul pertanyaan di benaknya kenapa Mereka boleh ada di hutan? Setelah Khairul mendengar kisa...