PT 66

20 6 0
                                    

      


 
     "BETUL?" Cikgu Suraya pandang aku. Semua orang terkejut ketika mengatahui Sarah adalah adik aku. Disebabkan Sarah pengsan, aku terpaksa membawa dia ke bilik rawatan.

Aku tak boleh membawa Sarah sesuka hati. Maka dengan itu, aku terpaksa memberitahu perkara sebenar. Semua pengawas berpandangan sesama sendiri. Ada juga yang berbisik.

"Kalau macam tu baiklah." Cikgu Suraya senyum. Dia mengizinkan aku untuk membawa Sarah keluar. Dengan lesu, aku berjalan masuk kedalam. Ramai memandang. Aku sempat melihat Damia. Dia hanya diam di sesuatu tempat.

Tubuh Sarah yang sedang terbaring itu aku angkat. Matanya terkedip-kedip. Lantas aku berjalan keluar. Ketika hendak keluar, terlihat pengawas lelaki itu berdiri di muka pintu. Aku berhenti sejenak di sebelahnya. Hati kami seperti saling berbisik. Aura kami berlawan.

Setelah beberapa saat, aku pergi. Dari tingkat tiga, aku membawa Sarah turun. Bilik rawatan ada di bahagian paling bawah. Aku melangkah penuh berhati-hati. Ketika sampai di tingkat dua, aku terserempak dengan Merlissa, Amalia dan Qisya. Mereka bertiga terbelalak. Qisya ternganga. Aku cuma tenang.

Tanpa sepatah kata, aku lalu pergi begitu sahaja. Biarlah mereka berteka-teki sendiri. Aku harap mereka faham. Aku tak ada masa nak menjelaskan. Sekarang bukan waktu untuk bercakap.

"Awak naik dulu." Aku dengar suara Merlissa. Aku tak berpaling. Kemudian aku dengar langkah kaki mengejar. Dia ikut aku ke? Haih... memang tak salah lagi.

"Izz... kenapa?" tanya Merlisaa. Aku cuma cakap Sarah pengsan, itu saja. Kami berjalan ke bilik rawatan. Aku masuk lalu menjelaskan apa yang berlaku. Setelah itu, aku baringkan Sarah atas tilam putih.

Aku nampak Sarah membuka sedikit mata. Dahinya aku sentuh, panas. Aku kasihan melihatnya. Sarah pegang tangan aku. Aku balas dengan genggaman.

"Rehatlah." kataku. Sarah pejam mata lagi. Aku melepaskan tangannya lalu pergi. Merlisaa sedang menunggu di luar, dia nampak risau. Aku menghampirinya.

"Kenapa Sarah pengsan?" Merlisaa tanya aku yang jelas tak tahu apa-apa. Aku menghela nafas.

"Mungkin dia terlampau stress." Aku berpendapat. Merlisaa nampak sedih. Seketika, aku mendongak. Terlihat Amalia sedang melihat kami dari tingkat atas.

                            






KETIKA pulang, Danny dan Haikal menghampiriku. Naufal juga sama. Ada Adian juga. Kami semua berkumpul di luar koridor.

"Macam mana crush aku boleh pengsan??" tanya Haikal. Danny cepuk kepalanya. Adian tertawa.

"Itu tak penting!"

"Sabar-sabar." Naufal mencelah. Aku nampak Amalia dan Merlisaa keluar. Qisya juga sama. Adian menoleh lalu menghampiri mereka.

"Aku bukan apalah, geram betul tadi. Boleh dia tumbuk kau???" Danny tak berpuas hati. Rambutnya dikuak kebelakang.

"Mari kita belasah dia." sampuk Haikal. Aku terbeliak. Kalau betul-betul mereka buat, ini gila. Aku tahu Danny dan Haikal takkan lakukan. Lagipun itu pengawas, memukul pengawas adalah kesalahan besar.

"Ingat dia pengawas kita takut?" Danny bengang. Haikal juga sama. Naufal diam mendengar.

"Tak payahlah, jadi masaalah besar nanti. Boleh burukkan nama kelas kita." beritahuku. Danny mendengus kasar. Naufal mengangguk. Mungkin dia sependapat denganku. Di hujung sana, aku nampak Adian sedang bercakap dengan Amalia. Merlisaa dan Qisya berdiri di belakangnya.

Pelangi TerakhirWhere stories live. Discover now