PT 78

29 7 0
                                    

 




      AKU mengelak beberapa jotos, tikaman dan tetakan. Beberapa musuh sudah aku tumbangkan. Bunyi jeritan dan tembakan memecah suasana hutan. Aku tahu masih banyak belum aku ratakan.

Keadaan begitu rusuh. Pulau Nami menjadi pulau merah. Banyak darah-darah mengalir dan terpercik di batang pokok dan daun. Aku  berlari sambil meraung.

"Lissa!!"

Berharap Merlissa dapat mendengar suaraku, dapat mendengar denyut jantung dan nadiku saat itu. Aku mengelak libasan pedang. Seorang lelaki datang menyerang, lehernya aku kunci. Dia masih mahu melawan.

Aku patahkan lehernya. Dia terkulai lemah, matanya perlahan tertutup. Aku tercungap-cungap. Peluh mengalir membasahi dahi. Musuh datang semakin banyak, mereka melepas tembakan. Aku lari, meluncur lalu menyelitkan di celah-celah pokok.

Aku lelah, adrenalin memicu darahku laju. Aku tak tahu mahu lawan atau lari. Aku tak boleh bazirkan tenaga, aku perlu cari orang yang tepat untuk menyerang. Hulu kerambit terasa sejuk menyentuh kulit. Musuh-musuh berjalan semakin dekat, mereka melepas-lepas tembakan. Aku terperangkap. Aku rasa riwayatku akan tamat.



"Awak."

"Ya?"

"Kenapa pelangi tak muncul?"

"Sebab tak ada hujan."

"Hujan selalu turun tapi saya tak pernah nampak pelangi.

"Aku pun tak tahu, kau rasa kenapa?"

"Mak saya cakap, kalau pelangi muncul tandanya hidup kita bahagia."

"Mungkin hidup kita belum bahagia."

"Saya akan tunggu sampai pelangi muncul. Saya takkan menyerah, awak pun jangan menyerah tau?"



Aku berlari dan melompat. Pokok-pokok hancur dilubang perluru, tembakan mereka tersasar. Darahku menyirap. Aku tak boleh menyerah, kami sudah berjanji mahu melihat pelangi bersama!

"Kejar!!" Salah seorang dari mereka berteriak. Aku dikejar beberapa orang. Mikail datang melepas tembakan, dua lelaki jatuh tertiarap. Mikail mengawasi aku dari jauh.

"Pergi!!" teriak Mikail. Aku berlari naik, aku dapat tahu kubur Leo berada di atas. Merlissa dan Hanna pasti ada di sana. Iskandar mungkin dalam perjalanan ke sana juga. Yang lain aku tak tahu, aku harap mereka selamat.

Pulau Nami bergegar dengan letupan. Aku rasa seperti berada di zaman perang. Pelbagai jeritan membuat aku ketakutan. Di persisiran pantai, aku nampak banyak orang bergelimpangan. Pasir menjadi warna merah. Ada terluka parah, ada terluka ringan, ada juga yang tiada lengan.

Ketika sampai di puncak, aku tiba-tiba diserang. Seorang lelaki cuba melibas parang, aku mengelak. Dia tendang kebelakang. Aku terjatuh. Iskandar datang membaling belati, lelaki itu berteriak. Belati tercucuk di tubuhnya. Aku bangun lalu menendang lelaki itu.

"Bahaya kau." kata Iskandar. Nafas kami sama-sama tercungap. Iskandar tarik belati yang melekat. Lelaki itu terjerit sakit. Aku sepak mukanya, dia pengsan. Aku fikir Iskandar sudah ada di depan, rupanya tak. Aku nampak dahi Iskandar berdarah tapi tak parah.

"Weh!" Haikal tiba bersama Fiqri. Kami menyorok di belakang pokok tumbang. Aku nampak semua terketar-ketar, entah sebab takut atau lapar. Fiqri nampak pucat. Kesempatan yang masih ada tu kami ambil untuk berehat.

"Kita kena masuk dalam rumah tu." ucap Iskandar. Di hapadan kami, ada satu rumah banglo dua tingkat. Aku tahu itu kubur penjahat. Bunyi tembak-menembak masih kedengaran dari jauh. Aku tak percaya kami masih selamat setelah berhempas pulas. Air mataku mengalir melihat perjuangan kawan-kawanku.

Pelangi TerakhirWhere stories live. Discover now