PT 28

21 8 0
                                    

     

    
    
 
       SEBELUM menamatkan panggilan, Sarah meminta Fiqri untuk menemuinya di sesuatu tempat. Sempat lagi dia berlakon, Sarah mengatakan kepada Fiqri bahawa dia memiliki masaalah keuangan.

Aku menepuk-nepuk tangan setelah Sarah menamatkan panggilan. Dia terlihat marah. Aku cuba memujuknya. Begitu puas aku dengan lakonan tadi.

"Makin banyak orang macam kau makin indah dunia ni!" pujiku. Sarah menatapku tajam. Merlissa datang.

"Awak dah buat yang terbaik." kata Merlissa. Sarah tersenyum. Namun, aku tahu dia masih tak dapat terima dengan apa telah berlaku. Jadi, orang yang akan menjadi sasarannya pastilah

"Kau!" Ya, aku. Sarah bercekak pinggang. Aku buat muka tak bersalah.

"Tadi aku dah pujukkan? Apa lagi kau nak?" soalku. Sarah mencubit perut aku dengan kuat. Terlompat juga aku kat situ.

"Woi! Sakitlah!" Lantas aku menarik tangannya. Merlissa tertawa melihat kami berdua.

"Jangan lupa dengan janji-janji kau ingat tu!" pesan Sarah. Aku buat-buat tak dengar. Perut aku dicubit sekali lagi

"Woi!"

"Dengar tak!?" jeritnya. Aku menggosok-gosok bahagian perut yang sakit.

"Ya..." kataku. Sarah mendesah kuat. Merlissa mencelah.

"Apa kita nak buat sekarang?" tanyanya. Aku pandang Merlissa. Sejenak, aku termenung memikirkan Fiqri.

"Kita akan teruskan rancangan. Kalau Fiqri betul-betul datang bawa duit, itu lagi bagus. Tapi, kalau tak... aku terpaksa buat rundingan."

"Tapi, kita nak pergi dengan apa?" Merlissa nampak bingung. Aku menggaru-garu kepala.

"Aku pandai bawa kereta." potong Sarah. Terpinga-pinga aku dengan Merlissa.

"Biar betul kau??" Aku pandang Sarah. Dia angguk dengan serius.

"Awak pandai naik kereta ke?" soal Merlissa. Sarah angguk lagi.

"Ini Qaisarah lah!" Dia senyum dengan bangga. Haih... betul ke minah ni? Jap, dia ada lesen ke?

"Awak ada lesen?" Belum sempat aku bertanya, Merlissa terlebih dahulu bersuara.

"Mestilah!" ucapnya. Aku dengan Merlissa membisu sekejap, kami saling berpandangan.

"Kereta apa?" tanyaku pula. Sarah jongket kening dua kali.

"Lamborghini," Terbeliak mata Merlissa. Aku sampai terbatuk-batuk entah tercekik dengan apa tak tahu.

"Jangan nak mengarut!" Aku cepuk kepala Sarah. Bergosok dia sekejap.

"Gurau ajelah!" Sarah nak tumbuk aku. Tangannya sempat aku pegang. Lalu kepalanya aku tepuk tiga kali.

"Janji kau pandai naik kereta." Aku senyum. Sarah mencebik. Aku perasan air muka Merlissa berubah. Mungkin dia hairan melihat keakraban kami.

"Hmmm, pukul berapa kita nak pergi?" Sarah tanya aku. Namun, dijawab oleh Merlissa.

"Saya kena tanya Qis dulu dekat mana rumah banglo tu, nanti saya bagitau awak."

"Bawah jelah dia sekali." Aku mencelah. Merlisaa menoleh.

"Sanggup ke awak nak duduk dalam kereta? Kami perempuan tau?" Merlissa seperti nak mengancam aku.

"Kau berdua pun kawan sekelas aku, bukan orang lain. Lagipun kita pergi ada tujuan, bukannya sengaja nak lepak." terangku. Sarah mengangguk tanda setuju.

Pelangi TerakhirWhere stories live. Discover now