AKU tak dapat tidur sangat malam tadi disebabkan lapar. Bila buka mata, terus aku turun mencari makan. Cahaya matahari nampak sedikit terpancar dari tingkap. Mungkin sekarang dah pukul 8.00 pagi. Aku berjalan ke dapur. Ketika membuka peti sejuk, aku nampak hanya ada makanan mentah.Aku buka penutup saji pula. Roti sardin yang terhidang aku ambil dan makan, lalu aku meneguk segelas air oren. Satu balang berisi biskut oreo aku ambil juga dan bawa bersama.
Pagi ini cuaca terlihat cukup baik. Pintu rumah juga sudah terbuka, seolah-seolah tahu aku akan keluar. Aku jalan berjengket-jengket. Baru sahaja aku nak tutup pintu, rupanya... sudah ada ibuku di luar. Dia berdiri tercegat di beranda dengan mata melotot.
"Nak keluar lagi?" katanya dingin. Aku menggeleng-geleng kepala, cis... kantoilah pulak, macam mana ni? Desis hatiku.
"Nak makan." kata aku sambil menunjuk balang oreo. Ibuku berjalan mendekat. Tangan aku dia tarik lalu membawa aku ke beranda.
"Ibu tak tahulah apa yang ada dalam hutan sampai Khai seronok sangat... Dalam hutan tu bahaya tahu tak? Kalau apa-apa jadi kat Khai macam mana?" Ibuku memegang kedua belah pipiku.
"Semalamkan ibu cakap... kalau mati tanam, apa susah?" balasku. Ibuku terdiam. Nafasnya dihela.
"Jadi, Khai ingat ibu nak biar aje Khai mati?" soalnya sambil membelai-belai ubun-ubun kepala aku.
"Tak tahulah."ucapku seolah-olah hidup dan mati itu perkara biasa. Ibuku mencubit pipiku.
"ingat ibu tak sayang anak ibu ke? Kenapa cakap macam tu??" tegasnya. Aku menatapnya kosong.
"Ibu selalu cakap macam tu... Khai tak faham, sayang tu apa?" tanyaku. Ibuku terkejut, kemudian dia tersenyum.
"Sayang tu bila kita takut kehilangan sesuatu, itulah maksud sayang, Macam ibu takut kehilangan Khai." jelasnya. Ibuku memeluk tubuhku lama. Aku terpinga-pinga. Jadi, itukah maksudnya?
"Bila Khai rasa kasihan pada seseorang, itupun bermaksud Khai sayangkan dia." sambung ibuku lagi. Mataku terlopong. Aku rasa seperti telah mempelajari hal baru. Entah kenapa aku mula teringatkan L, Puan Siti dan anaknya. Kalau begitu, selama ini aku sayangkan mereka kah?
"Sekarang... Khai sayangkan ibu tak?" tanyanya lembut. Aku dengar ibuku tergelak kecil.
"Tak sayang." jawabku polos. Ibuku meleraikan pelukan. Berkerut wajahnya
"Kenapa... kenapa Khai tak sayang ibu?"
"Khai tak sayang ibu sebab, Khai tak rasa kasihan." omelku. Seketika, ibuku tertawa kuat. Dia memeluk aku lagi. Dahiku diciumnya berkali-kali.
Entah kenapa, pelukan ibuku begitu lama. Seolah-olah tidak ingin melepaskan aku pergi. Sungguh dia takut jikalau aku masuk kedalam hutan. Tapi, dia tidak tahu aku ingin mencari keseronokan. Hanya perkara itu sahaja yang selalu aku fikirkan.
Keadaan Jeda, angin pagi bertiup lembut membelai wajah. Fikiranku melayang-melayang. Seketika, aku teringatkan Puan Siti, lalu aku bertanya siapakah wanita itu, ibuku memberitahu, Puan Siti adalah kawan baiknya semasa kecil akan tetapi, mereka telah berpisah sejak lama.
Sekarang aku sudah faham kenapa ibuku memberi layanan sebegitu kepada Puan Siti. Jadi, rupanya mereka adalah kawan baik. Pasti ibuku begitu menyayangi kawannya.
Namun, ada satu hal yang masih aku fikirkan. Aku bertanya lagi kenapa Puan Siti berlari kedalam hutan? Mendengar pertanyaan itu. Wajah ibuku mula berubah tak keruan.
Katanya aku tidak boleh ikut campur hal urusan orang dewasa. Lagipun ini sangat berbahaya dan langsung tak bersesuaian dengan aku. Entah kenapa melihat ibuku cemas, membuat aku semakin ingin tahu penyebabnya. Mungkin ibuku tidak mahu hal-hal itu merosakkan pemikiran aku.
KETIKA matahari hampir terbenam, aku nampak L bermain di luar rumah bersama Azlan. Ibuku ada bersama Aryana di beranda.
Tak lama selepas itu, Puan Siti juga keluar. Dia mendukung Merlissa. kanak-kanak perempuan itu hanya tunduk kebawah. Wajahnya terselindung dengan rambut. Aku hanya memerhati.
Seketika, aku nampak dia duduk berjuntai di atas kerusi. Kakinya bergerak laju, kedepan dan kebelakang. Aku tak tahu kenapa kakinya tidak diam sama sekali. Apakah dia suka berlari-lari? Memikirkan perkara itu, aku kembali mengingatkan trauma.
Jika firasat aku benar, berarti... inilah trauma yang membuat dia terjerit-jerit?? Kata L, Merlissa takut kepada lelaki, aku termenung sambil memerhatikan Merlissa yang masih mengayun-ayun kaki.
Merlissa terjerit-jerit kerana trauma? Kakinya diayun-ayun? dia takut kepada lelaki? Apa maksud semua ni??? Aku menoleh lagi melihat Merlissa. Wajahnya nampak pucat. Dia hanya menatap lantai. Bola matanya melilau, seperti ada sesuatu sedang bergerak di bawah
L pernah cakap, jika harimau mengejar kita... pastilah kita akan takut pada harimau. Dan sekarang, Merlissa takut pada lelaki... bermakna, lelakilah yang mengejarnya? Benarkah? Apakah itu trauma yang L maksudkan?? Aku seperti menemukan jawapan sekarang.
Sungguh aku tak percaya trauma rupanya boleh menimbulkan kesan berpanjangan dan perubahan kepada seseorang. Selama ini aku fikir trauma adalah perbuatan jahat, tetapi tidak, aku sudah silap.
Melihat apa yang berlaku kepada Merlissa, aku mula menjadi marah. Sebenarnya kenapa dia dikejar? Apakah lelaki itu juga seorang pembunuh? Atau mungkin lelaki itu menaruh dendam kepada Puan Siti dan anaknya? Pasti ada sebab bukan?
"Khai jom!" Azlan memanggil namaku. Lantas aku tersedar dari lamunan lalu menoleh. L juga datang.
"Jom mana?" soalku. Azlan meletakkan lengannya di atas leher L. Aku nampak mereka macam nak berpergian.
"Kita pergi atas bukit! Aku tahu kau mesti sukakan?" soal Azlan. Aku menoleh melihat ibuku. Dia sedang mendukung Aryana.
"Pergi ajelah. Tapi, ingat... jangan main jauh-jauh!" Ibuku memberi peringatan. Aku senyum lebar. Puan Siti juga ikut turun kebawah bersama Merlissa.
"Jom! Lissa pun dah lama tak berjalan-jalan!" kata Puan Siti. Aku terlopong melihat mereka berdua, Merlissa hanya diam.
YOU ARE READING
Pelangi Terakhir
Teen FictionSEGALANYA bermula dari hutan belantara. Pertemuan dengan Merlisaa Umairah dan L mengubah hidup Izz Khairul. Kerana kasihan, Khairul membawa mereka pulang. Timbul pertanyaan di benaknya kenapa Mereka boleh ada di hutan? Setelah Khairul mendengar kisa...