TERNGANGA aku bila Fiqri cakap macam tu. Aku cuba tanya lagi untuk kepastian. Tapi, Fiqri tetap mengulang perkataan sama. Aku menggeleng tak percaya. Kata Fiqri, dia akan berdepan dengan Sarah hari ini.
Fiqri cakap dia sudah tak tahan lagi. Perasaan dia pada Sarah begitu kuat. Dia mahu mendapat tempat pertama dalam hati gadis itu. Aku cuba menghalang Fiqri dari terus meneruskan niatnya. Namun, Fiqri enggan.
"Kau ni gila ke!?" Aku ikut Fiqri dari belakang. Kami sedang menuju rumah Sarah. Aku tak sedap hati melihat tingkah Fiqri. Aku kenal Sarah macam mana. Dia anti dengan lelaki. Apalagi dengan lelaki yang menyukainya. Lagilah dia benci.
Tindakan Fiqri ini adalah satu kesalahan besar. Aku tak sanggup melihat dia dimarahi Sarah. Fiqri seperti tidak memikirkan risiko yang akan ditanggung. Dia dengan penuh beraninya pergi ke rumah Sarah tanpa merisaukan apa-apa.
"Hidup kena confident."
"Kau terlebih confident!"
Aku kerahkan sekuat tenaga untuk menarik Fiqri. Sampai terseret kaki aku. Namun, itu semua sia-sia. Kami telah pun terpacak di hadapan rumah banglo mewah milik Qaisarah Dahlia.
"Jangan risau." ujar Fiqri. Lelaki itu menolak pintu pagar dan masuk. Aku turut menyusul langkahnya. Masih lagi aku menyuruh Fiqri pulang. Tapi dia tidak mengendahkan. Loceng rumah ditekan beberapa kali. Kedengaran sayup-sayup dari dalam.
Beberapa minit kemudian, aku nampak pintu dibuka. Sarah keluar dengan mata terbeliak. Kepalanya bertudung. Sarah memandang aku dan Fiqri bersilih ganti. Aku memberi isyarat mata kepada Sarah. Aku harap dia faham maksud aku. Sarah membuang dengusan. Pintu ditutup. Sarah keluar. Fiqri sudah tersengih-sengih. Aku meraup muka. Jeda.
"Ada apa datang?" tanya Sarah. Aku nampak Fiqri seperti gemuruh ingin menjawab pertanyaan itu. Aku faham perasaannya. Sarah berpeluk tubuh.
"Saya..." Fiqri menunjukkan bunga di tanganya.
"Saya... Saya..." belum sempat Fiqri cakap apa-apa, Sarah terus menyepak Bunga Rose di tangan lelaki itu. Melayang Bunga Rose tu aku tengok. Fiqri terkesima. Aku juga sama.
"Kau ingat aku akan jatuh cinta dengan bunga macam ni!?" pekik Sarah. Fiqri duduk lalu mengutip serpihan-serpihan daun rose yang berselerakan.
"Tapi, saya tanam bunga ni dah lama." Sayu suara Fiqri terdengar. Sarah menghampirinya.
"Tanam?" tanya Sarah seakan menyindir. Bunga rose itu dia pijak-pijak. Tangan Fiqri juga turut sama dipijak. Aku terkejut. Kejam sungguh kelakuan Sarah.
"Setakat bunga macam ni aku tak kesah lah! Kau ingat dengan kau tanam ni? Hati aku akan berbunga!? Kepala hotak kau!" Sarah menendang kepala Fiqri. Lelaki itu tersembam kebelakang
"Berambus!!" jerit Sarah. Aku berlari-lari anak mendapatkan Fiqri. Namun, baju aku ditariknya pula.
"Kau suruh jantan ni datang rumah aku kan??" soal Sarah. Aku menegakkan tubuh lalu perlahan-lahan berpaling melihatnya. Sarah nampak bengang. Aku menatapnya kosong.
"Ya."
Terus satu penumbuk dilayangkan ke mukaku. Aku terundur selangkah. Sarah datang menumbuk lagi. Aku jatuh menyembah tanah. Pandangan aku berpinar. Fiqri terkejut.
"Kau pun sama dengan dia! Berambus!!" Sarah menghalau kami berdua. Kemudian, gadis itu melangkah laju kedalam rumah. Pintu ditutup kuat. Aku dan Fiqri saling berpandangan. Fiqri papah aku bangun dan kami beredar.
YOU ARE READING
Pelangi Terakhir
Teen FictionSEGALANYA bermula dari hutan belantara. Pertemuan dengan Merlisaa Umairah dan L mengubah hidup Izz Khairul. Kerana kasihan, Khairul membawa mereka pulang. Timbul pertanyaan di benaknya kenapa Mereka boleh ada di hutan? Setelah Khairul mendengar kisa...