PT 17

26 10 0
                                    

     

 

      HABIS waktu rehat, aku terus masuk kedalam kelas. Sepanjang tempoh pembelajaran, rasa sakit di kepalaku masih terasa.

Adian bertanya apa yang berlaku? Aku hanya bagitau kepala aku sakit, Adian betanya lagi macam mana dengan rancangan kita petang ini? aku suruh dia untuk bersabar.

Ketika sesi pembelajaran, aku perasan Amalia asyik memandangku. Namun, aku tidak menghiraukannya sehinggalah waktu sekolah berakhir.

Aku menyuruh Adian untuk pulang terlebih dahulu. Setelah Adian pergi, tinggallah aku seorang di kelas. Lambat-lambat aku mengemas Peralatan. Bila aku yakin sudah tak ada barang tertinggal, barulah aku bangun dan pergi.

Tapi, saat aku sedang berjalan. Aku mula teringat akan buku kehadiran. Buku itu tak ada di tanganku. Aku mencarinya di serata tempat sehinggalah ke luar kelas. Takut juga kalau hilang. dalam kebimbangan itu, aku terdengar suara Amalia.

"Kau cari buku ni?" soalnya. Aku mengeluh. Tak balik lagi minah ni?

"Macam mana buku tu boleh dengan kau?" tanyaku. Amalia berada di hujung koridor. Angin datang menerobos.

"Itu kau tak perlu tahu."  balasnya dingin. Aku cuba berdiri dengan baik. Tapi, tekanan di kepala memaksa aku untuk bersandar pada dinding.

"Macam mana aku nak hantar buku kat pejabat kalau kau pegang? Aku tak ada masa nak bermain sekarang, aku kena balik." Nadaku lemah.

"Aku tak benarkan kau balik." Amalia menatapku tajam. Aku cuba memandangnya, tetapi pandanganku kejap terang kejap kabur.

"Dah kenapa dengan kau!? Aku boleh pengsan kalau lama-lama kat sini... aku kena baliklah!" teriaku sedikit keras.

"Aku tak kesah kau nak pengsan ke apa! Kalau mati lagi bagus!" katanya lantang. Aku yang bersandar pada dinding perlahan-perlahan terduduk. Tubuh aku dah tak kuat nak berdiri.

Minah ni memang nak aku mati ke apa!? Aku tak boleh duduk tempat ni lama-lama, aku kena pergi. fikirku. Belum sempat aku melangkah, Amalia terus menarik bajuku. Aku terduduk semula.

"Kalau aku cakap tak boleh balik jangan balik!" teriaknya. Aku nampak Amalia berjalan mendapatkan begnya, kemudian satu botol air mineral dia keluarkan. Amalia membuka penutup botol sambil berjalan ke arahku. Air mineral yang masih penuh itu dia curahkan atas kepala aku sehingga isinya tinggal separuh.

Tubuh aku habis dibasahi air. Celaka! Batinku menjerit. Aku memandangnya penuh amarah. Belum sempat aku berkata apa, Amalia lantas membaling tiga roti jagung.

"Orang pergi kantin makan! Bukannya pergi lepak! Kau ingat boleh balik dengan keadaan macam ni!?" marahnya. Nafas Amalia naik turun. Aku terkesima. Amalia melempar pula sehelai kertas kecil yang telah dilipat dua.

"Cikgu Suraya minta aku bagi! Buku kehadiran ni biar aku hantar kat pejabat! Kau jangan balik selagi kau tak makan sampai habis!" dengan kasar Amalia meletakkan botol air yang dia curahkan tadi. Aku masih diam.

"Lain kali jangan buat aku risau!" Bentak gadis itu kemudian berlalu pergi. Aku terkaku. Perlahan-lahan aku menoleh ke arahnya. Apa maksud kau?? Roti jagung di tangan aku cengkam sampai pecah.

                 





SETELAH aku berbual dengan Adian, dia pun pulang, tetapi aku sempat berikan nombor telefon Amalia kepadanya. Adian sampai melompat kegembiraan. Rancangan kami untuk keluar pula terbatal kerana Adian menyuruhku untuk berehat.

Pelangi TerakhirWhere stories live. Discover now