HARI berganti hari, malam bertukar siang mengikut arah putaran jam. Setiap petang, aku Azlan dan L akan pergi bermain di bukit. Puan Siti Dan Merlissa juga ada bersama.Merlissa yang dulu berwajah suram, sekarang sudah berubah. Dia sudah mula tertarik untuk melihat orang lain, tidak seperti dahulu yang hanya menundukkan pandangan.
Pernah sekali, aku dan L bercakap dengan Merlissa. Kami cuba untuk menyakinkanya bahawa lelaki tidaklah sejahat dia fikirkan. Lelaki bukan seorang pembunuh. Lelaki bukan mahkluk kejam dan lelaki bukanlah seperti hantu yang mengerikan.
"Khai, fikirlah sesuatu... macam mana kita nak yakinkan dia?" tanya L. Aku menyentuh pipi dengan jari telunjuk, lalu aku menghampiri Merlissa.
"Lissa! Awak kena faham! Lelaki ni tak jahat! Lelaki ni macam pahlawan! Lelaki ni. Err... macam Ultraman melekat kat dinding!" Dengan penuh semangat aku memuntahkan segala apa aku tahu.
"Haram jadah!" Azlan datang mengetuk kepalaku. Aku bangun lalu menyepaknya, tapi Azlan sempat mengelak.
"Kenapa kau pukul kepala aku gila!?" marahku.
"Kau tu yang gila! Mana ada Ultraman melekat kat dinding!" marah Azlan pula. L hanya tertawa melihat kami berdua.
"Kau cakap ada!?"
"Itu Spiderman! Bukan Ultraman! Lain kali aku cakap bagi tumpuan!"
Walaupun percubaan kami untuk menyakinkan Merlissa selalu gagal. Tapi, dapat melihat kanak-kanak perempuan itu tersenyum sudah buat aku gembira. Sekurung-kurangnya kami dapat menghiburkan hati Merlissa, meskipun tak seberapa.
Pernah juga aku dan L sampai tak tidur satu malam akibat memikirkan bagaimana cara untuk bercakap dan menyakinkan Merlissa. Azlan yang lebih tua dari kami pun tidak boleh berbuat apa.
Namun, ketika kami berada di bukit pada petang itu, aku melihat ada seorang lelaki dewasa bersama seorang kanak-kanak perempuan berambut tocang datang. Mereka berjalan ke arah Puan Siti dan Merlissa.
Mereka terlihat seperti sudah saling kenal antara satu sama lain. Tapi, yang lebih menarik perhatianku... apabila aku melihat kanak-kanak perempuan berambut tocang itu bercakap dengan Merlissa hanya dengan sekilas pandang.
Si Tocang itu tak ragu-ragu memeluk Merlissa seolah-olah dia telah mengenali Merlissa sejak lama. Lebih mengejutkan aku lagi adalah apabila aku melihat Merlissa tertawa sedikit apabila bercakap dengan si Tocang itu.
Merlissa yang aku tak pernah nampaknya bercakap dengan sesiapa apatah lagi tertawa, tetapi sekarang... kanak-kanak perempuan berambut panjang itu sedang bercakap di hadapanku. Kejadian ini memberi kejutan besar kepada Aku, Azlan dan L.
Kami yang bersusah-payah berusaha mencari solusi untuk menyelesaikan masaalah ini, tetapi si Tocang itu dengan mudahnya menyapa Merlissa tanpa melihat sedikit pun keanehan di dalam dirinya.
Di sebelah mereka pula, Puan Siti yang aku nampak sedang bercakap dengan lelaki itu, tiba-tiba mengelap air mata. Aku fikir mungkin mereka ini ada hubungan persaudaraan atau sebaliknya.
Mungkin juga Puan Siti sedang menceritakan kisah hidupnya sehingga membuat wanita itu menangis. Aku yang melihat dari jauh juga turut rasa sedihnya. Setelah lama berbual panjang, aku nampak mereka berdua berjalan ke arah kami. Merlissa dan kawan barunya juga ikut sekali.
"Mari semua kita ambil gambar!" kata Puan Siti penuh semangat. Aku memandang L. Dia hanya tersenyum. Azlan sudah bersorak gembira. Puan Siti berdiri di belakang kami. Merlissa berdiri di sebelah Tocang itu, seterusnya aku yang turut berdiri di sebelahnya diikuti L dan Azlan paling hujung.
YOU ARE READING
Pelangi Terakhir
Teen FictionSEGALANYA bermula dari hutan belantara. Pertemuan dengan Merlisaa Umairah dan L mengubah hidup Izz Khairul. Kerana kasihan, Khairul membawa mereka pulang. Timbul pertanyaan di benaknya kenapa Mereka boleh ada di hutan? Setelah Khairul mendengar kisa...