AKU pergi ke sekolah macam biasa. Ketika aku sampai, Amalia terlihat sudah ada dalam kelas. Aku masuk. Dia berpaling. Kami hanya diam. Aku buat tak nampak."Aku tahu siapa tumbuk kau semalam." Amalia dengan mendadak bersuara. Aku terpempan. Dia tahu? Macam mana dia tahu? Aku mengerling. Amalia bersandar pada meja sambil berpeluk tubuh.
"Kenapa kau biar dia tumbuk?"
"Siapa dia?"
"Sarah." kata Amalia. Aku hairan. Macam mana Amalia boleh tahu? Apakah Fiqri memberitahunya?
"Kalau dia tumbuk aku pun kenapa?" Aku merenungnya. Amalia menatapku tajam. Dia marah ke? Untuk apa dia marah? Aku tak faham.
"Kenapa kau tak melawan?" soalnya. Amalia nampak tak berpuas hati. Aku bangun.
"Kau patut cakap macam tu dekat diri kau." balasku. Amalia terdiam. Aku rasa, dia faham maksud aku. Kalau aku nak melawan, sudah lama aku melawan. Pastinya aku akan mengelak tamparan dan sepakan Amalia. Tapi... aku tak lakukan.
"Sudahlah, tak perlu kau nak sibuk urusan aku. Kau hidup kau. Aku hidup aku."
"Selepas kau masuk campur urusan hidup aku. Kau senang-senang cakap macam tu?
"Aku buat kebaikan."
"Aku tak suka kebaikan dari lelaki macam kau, so biar aku balas balik kebaikan tu." tajam kata-katanya menusuk hatiku. Sepi. Dialog kami pun terhenti ketika kedatangan Iskandar. Amalia pergi dan aku duduk.
"WEH! Kita nak pergi mana cuti nanti?" Aku dengar Haikal tanya Danny. Saat itu, waktu rehat sudah tamat, semua pelajar naik ke kelas.
"Aku pun tak tahu." ujar Danny. Adian menghampiri mereka berdua. Aku menoleh ketika melihat Merlissa masuk, dia mendekati Naufal. Dahiku berkerut. Niat aku nak bercakap dengan Merlissa terbantut.
"Kita pergi bercuti."
"Bercuti!?"
Aku dengar Haikal terjerit. Adian sengih. Danny termenung-menung. Mereka tengah rancang apa ni? Aku hairan. Tika ni, tumpuan aku lebih tertumpu pada Merlissa dan Naufal. Aku tak sempat nak focus kepada hal lain.
Merlisaa terlihat sedang bercakap dengan Naufal di satu meja, mereka nampak bergurau senda. Aku cuba menghampiri mereka. Hanna pula terlihat sedang bercakap dengan Iskandar dekat luar. Amalia tiada, dia belum masuk. Mungkin sedang mencari cikgu bertugas.
"Oh, hai Izz..." tegur Merlissa. Naufal menoleh.
"Mai lah duduk sekali." ajak Naufal. Aku senyum tipis. Entah kenapa ringan pula punggung aku nak duduk dekat mereka. Tak pernah-pernah aku macam ni. Naufal membetulkan sedikit kerusi.
"Lissa dulu tinggal kat mana?" tanya Naufal. Merlisaa termenung. Sekejap dia pandang aku.
"Bukit Tinggi." beritahu Merlissa. Naufal senyum penuh misteri. Seketika, Qisya masuk. Dia berpaling ke arah kami. Sempat lagi gadis itu mengejek Hanna yang tengah berbual dengan Iskandar dekat luar.
"Kau?" Naufal tanya aku pula. Qisya datang. Merlisaa berpaling.
"Aku pun sama." beritahuku. Wajah Naufal berubah. Seperti ada yang sedang dimenungkan lelaki itu. Qisya duduk di sebelah aku.
"Sembang apa ni?" tanyanya. Naufal jongket kening. Qisya tengok kami bersilih ganti. Merlissa diam sambil memerhati.
"Oh, tak adalah cuma borak kosong." jawab Naufal.
YOU ARE READING
Pelangi Terakhir
Teen FictionSEGALANYA bermula dari hutan belantara. Pertemuan dengan Merlisaa Umairah dan L mengubah hidup Izz Khairul. Kerana kasihan, Khairul membawa mereka pulang. Timbul pertanyaan di benaknya kenapa Mereka boleh ada di hutan? Setelah Khairul mendengar kisa...