AKU masih terpaku memandang gadis itu, hatiku bergetar. Rantai yang dia pakai... tak mungkinlah!? Aku terkesima, tubuh aku menggigil. Dengan perlahan gadis itu menoleh.
Oleh kerana dia berselindung, jadi aku tak dapat melihat bentuk tubuh dan rupa sebenarnya. Aku nak tahu siapa disebalik topeng tu!
"Woi!!" Terdengar keras teriakan suara dari jauh. Tumpuan aku kembali pada keadaan sekeliling. Di hujung sana, datang lagi enam orang lelaki. Tujuh bersama kami yang tumbang tadi, dua dari mereka cuba untuk bangkit kembali.
Aku tengok Danny membawa Fiqri dan membaringkannya di tempat yang sedikit tinggi. Di belakang terlihat dua orang lelaki turut tumbang. Iskandar sudah datang membantu Haikal. Namun, Hanna tidak ada bersamanya. Adian masih terbaring tidak sedarkan diri.
"Jangan kasi lepas!!" Enam orang lelaki berlari laju ke arah kami. Darahku mengalir deras. Haikal dan Iskandar turut sama maju kehadapan. Aku berdiri di sebelah gadis itu. Adakah kita berada dipihak yang sama? Getusku dalam nafas tercungap.
"Tak guna kau!" Danny flying kick salah seorang dari lelaki yang bangun tadi. Aku dan gadis itu serentak meluru ke arah enam orang lelaki yang datang dari arah bertentangan. Aku mengambil belah kiri dan dia mengambil belah kanan.
Gadis itu melompat-lompat atas kenderaan macam ninja, kemudian dia backflip berputar ke hadapan. Tusukan parang yang menghala laju ke perutku lantas aku tepis. Tangan lelaki itu aku patahkan. Dia menjerit sakit.
Datang seorang lagi melibas dengan kayu, aku mengelak dan mengelak. Ada kesempatan terus aku tendang dia kebelakang, Iskandar datang pula memberi tumbukan. Satu libasan parang datang lagi ke arah kami. Aku dan Iskandar sama-sama menghindar.
Ada peluang, Iskandar patahkan serangan dan jatuhkan dia kebawah. Di depan, aku tengok dua orang lelaki sudah tumbang. Pergerakan gadis itu begitu lincah, tidak dapat disentuh sama sekali.
Adakalanya terdengar balingan kerusi dan kaca pecah, aku tak tahu apa sedang berlaku. Ada seorang lelaki nak bangun, aku sepak kuat mukanya. Seketika, kedengaran satu suara tembakan. Suasana bising terus menjadi hening.
Aku berpaling, rupanya orang yang melepaskan tembakan itu adalah Ah Meng. Semua diam melihat lelaki tua itu berjalan di tengah-tengah keramaian.Aku menoleh sekejap mencari seseorang, tetapi dia sudah hilang. Ketika aku mendongak ke atas, terlihat dia sedang memerhatikan aku dari gendung. Penutup kepalanya sudah dilepaskan. Rambut gadis itu berkibaran di bawah cahaya bulan. Kemudian dia mengundurkan langkah Perlahah-perlahan dan hilang dalam kegelapan malam.
UNTUK kali kedua aku melakukan perbincangan dengan Ah Meng mengenai permasalahan kami. Pada awal, aku fikir Ah Meng akan marah kerana kami datang lagi ke tempatnya.
Tapi, kata Ah Meng, dia sudah jangka perkara ini akan berlaku. Jadi, dia sudah mempersiapkan segala kemungkinan yang akan terjadi. Aku memberitahu Ah Meng bahawa aku datang bukan untuk mengacau tempatnya.
Tapi, para penjahat tiba-tiba datang menyerang. Oleh kerana itu, kami terpaksa mempertahankan diri. Ah Meng mengangguk faham. Aku memberitahu Ah Meng lagi mengenai apa yang telah berlaku kepada aku tempoh hari.
Kerambit yang masih dibasahi darah aku letakkan di atas meja. Aku cakap ada seseorang telah menyerangku sewaktu aku berada di pusat membeli belah. Aku tanya apakah ini ada kaitan dengannya?
Ah Meng begitu terkejut ketika melihat kerambit itu. Katanya, ini tiada kaitan dengan orang suruhannya. Anaknya Fendi sudah dia pindahkan jauh dari kota ini. Lagi pula, Fendi tidak suka terlibat dengan hal kerja sedemikian, dia lebih suka menghabiskan wang dan berseronok sahaja.
YOU ARE READING
Pelangi Terakhir
Fiksi RemajaSEGALANYA bermula dari hutan belantara. Pertemuan dengan Merlisaa Umairah dan L mengubah hidup Izz Khairul. Kerana kasihan, Khairul membawa mereka pulang. Timbul pertanyaan di benaknya kenapa Mereka boleh ada di hutan? Setelah Khairul mendengar kisa...