PT 62

17 6 0
                                    




       AKU menceritakan semuanya kepada Naufal tentang Elisya. Tak habis kat situ, aku cerita pula melalui WhatsApp. Aku mengirim beberapa pesan kepadanya. Oleh kerana Naufal tidak suka orang memanggilnya Faris. Jadi, aku terpaksa menggunakan nama belakang.

Aku menyuruh Naufal untuk menjaga rahsia. Itu syaratnya kalau dia nak tahu. Adakala aku rasa macam pernah cerita kat seseorang. Tapi, aku tak ingat siapa. Yang aku tahu setakat ni hanya Sarah.

Mungkin aku lupa siapa orang itu. Ataupun aku dejavu. Aku pernah dejavu beberapa kali. Dejavu selalu buat aku rasa nak gila. Benda yang tak pernah aku rasakan pernah. Benda yang pernah aku rasakan tak pernah.

Tapi, entah kenapa hati aku kuat berkata yang ini bukan dejavu. Aku rasa macam pernah cerita kat seseorang. Tapi siapa? Aku bingung.

Jam 9.30 malam, ibuku masih belum pulang. Aku duduk sendirian di ruang tamu sambil menonton TV3 di tangan aku, ada telefon bimbit. Notis group  yang masuk bertalu-talu aku biarkan. Aku tahu itu notis dari group kelas 5 Dinamik.

Aku baru aje dimasukkan kedalam group Whatsapp beberapa hari lepas. Naufal juga masuk. Namanya semakin hangat dibualkan orang ramai. Lebih-lebih lagi dikalangan para gadis.

Disebabkan lapar, aku berjalan pergi ke dapur. Roti Gardenia yang ada di bawah saji aku ambil dan makan. Sesekali terdengar iklan TV berkumandang. Oh... Gardenia... sungguh enak dimakan begitu saja.

Aku kaku. Terus aku letak balik roti tadi.
Iklan Gardenia seakan mengejekku. Mentang-mentang dalam rumah aku tak ada makanan, keluar pula Iklan begini. Ingat senang ke nak pujuk perut aku untuk makan roti kosong macam ni? Sudahlah Ibuku jarang memasak. Dia tak sering ada di rumah.

Aku selalu berlapar aje bila balik sekolah. Nak tunggu ibuku pulang? Malamlah jawabnya. Selalunya ibuku akan beli makanan kat luar. Kalau dia balik awal sikit, biasanya dia akan mengajak aku keluar. Kami singgah di restoran-restoran berdekatan.

Tapi sekarang, ibuku belum pulang. Kadang-kadang aku rasa ibuku ni seorang yang kejam kerana membiarkan anaknya kelaparan. Aku tak pernah membebel kalau lapar. Ibuku faham. Dia tahu aku marah.

Nak tak nak terpaksalah aku tunggu ibuku pulang. Jam di pergelangan tangan aku tengok sekejap, sudah hampir sepuluh malam. Nanti baliklah tu. Bisikku dalam hati. Aku masih berada kat dapur. Sesekali mata aku terpandang bilik ibuku. Pintu bilik itu kelihatan tidak berkunci.

Aku hairan. Setiap kali ibuku pergi kerja, dia akan selalu mengunci pintu, tetapi kali ini tidak. Aku syak, mungkin ibuku terlupa. Dari awal berpindah, aku tak pernah masuk kedalam biliknya kerana dia tidak mengizinkan.

Seringkali aku tertanya, kenapa dan mengapa aku tak dibenarkan masuk? Apakah ibuku termasuk orang-orang yang menyukai privasi? Tapi aku tak rasa dia macam tu.

Aku dan ibuku tak selalu dapat bercakap. Aku pergi sekolah dan dia pergi kerja. Pernah juga, aku sampai tertidur kelaparan disebabkan menunggu kepulangannya. Tak banyak yang aku tahu tentang ibuku sejak aku mengalami amnesia.

Melihat pintu bilik yang tak berkunci, Aku jadi tak keruan. Hati aku terdetik untuk masuk kedalam. Aku berjalan ke bilik ibuku. Sampai di hadapan, aku berhenti sejenak. Daun pintu aku tolak perlahan.

Gelap. Pandangan aku kabur. Aku meraba-raba suis lampu dan tekan. Ruangan mula menjadi terang. Di dalam bilik itu, aku tak nampak apa-apa yang mencurigakan. Ada gambar kami atas almari cermin. Gambar ibuku sedang mendukung aku sesama bayi. Gambar aku sedang mengayuh basikal.

Ada gambar kami sekeluarga juga. Terlihat Azlan sedang memeluk Aryana dari belakang. Ada aku dan ibuku di sebelah. Kami nampak bahagia waktu itu. Kenangan silam datang terhampar bak samudera. Aku tersenyum hambar.

Pelangi TerakhirWhere stories live. Discover now