"MAKSUD kau, Elisya tu ke?" Melihat Adian masih tiada keberanian untuk bercakap, aku terus menyambung kata-katanya."Haah, Elisya.... dialah rasanya." Adian tersengih. Aku termenung. Fikiranku melayang-melayang.
"Elisya tu kekasih kau kan?" soal Adian bila melihat aku masih diam. Aku mengerlingya.
"Mungkin boleh dikatakan kekasih. Tapi, hanya sementara." ucapku. Adian ternganga.
"Ada kekasih kau rupanya... mesti korang bahagia, kalaulah Lia dengan aku pun macam tu." Adian mula berangan. Aku berpaling.
"Tak, aku tak sempat rasa bahagia." beritahuku. Adian terpempan. aku biarkan dia hanyut dalam tanda tanya sebentar. Kabus pagi semakin hilang. Air laut menampar-nampar tiang.
"Kenapa kau cakap macam tu?" Adian memandangku. Aku senyum hambar.
"Cuba kau fikir... macam mana kau nak rasa bahagia bila orang yang kau sayang bunuh diri depan mata kau sendiri?" beritahuku. Adian terundur langkah. Dia terbelalak.
"Yang mampu aku rasa hanya bahagia dalam kesakitan." sambungku lagi.
"Tak mungkin, kenapa boleh jadi macam tu??" Adian menggeleng kepala. Aku hanya diam. Pandanganku lurus menghadap laut. Adian berdiri di sebelaku.
"Mesti ada sebab kenapa dia buat macam tukan?" Adian cuba mencari jawapan.
"Kalau ada pun aku masih belum tahu sebab apa. Sebelum pergi, dia cakap, dia tak dapat tahan lagi dengan penderitaan hidup. Dia cakap aku tak boleh bersama dengan orang hina macam dia." Aku berjeda sekejap lalu berkata lagi.
"Masa hari pertama kami kenal, aku rasa mungkin dia dah rancang untuk pergi sebenarnya. Kalaulah aku sedar perkara ni dari awal, mungkin aku boleh selamatkan dia. Kenapalah aku boleh tak tahu selama ni dia sedang menderita!" bentakku geram. Emosiku mula tak dapat dikendali. Adian meminta aku untuk bersabar.
"Pasti ada hikmah sesuatu berlaku." ucap Adian. Aku cuba untuk tenangkan diri. Tak sepatutnya aku fikir tentang perkara yang telah berlalu.
"Selama korang bersama, ada tak dia tinggalkan kenangan? Macam barang-barang atau apa?" Adian ingin tahu.
"Aku rasa tak ada." kataku. Adian menggaru-garu kepala.
"Jadi, rantai yang aku jumpa tu cuma rantai biasalah?" Adian mencebik. Aku terlopong. Aku mula teringat akan apa yang ibuku beritahu. Jadi, orang itu adalah Adian?
"Ada huruf L dalam rantai tu. Hmm, nampak menarik." puji Adian. Aku menghela nafas panjang.
"Tak, itu bukan rantai biasa, tapi luar biasa. Walaupun rantai tu tak ada kenangan dengan Elisya, tapi dia masih ada kenangan dengan orang lain." kataku.
"Eh? Siapa kau maksudkan ni? Berapa kekasih kau ada?" seloroh Adian.
"Kepala hotak kau! Aku belum habis cakap lagi! Memandai kau tambah cerita!" Aku ketuk kepala Adian. Bergosok juga dia.
"Kalau kau nak tahu pasal rantai tu boleh. Tapi, susah sikit aku nak cerita, sebab aku dah lupa ingatan. Ingatan aku cuma samar-samar."
"Oh... Jimmy ada cerita kau pernah kemalangan masa umur kau 13 tahun. Sebab itulah kau lupa?" Aku memandangnya pelik. Macam mana Jimmy boleh bagitau pada Adian sedangkan aku sendiri pun belum pernah bagitahu pada Jimmy?
"Haah, mungkin sebab itulah kut." Aku malas nak fikir panjang. Tapi, aku masih tertanya-tanya bagaimana Jimmy boleh tahu? Ini sungguh misteri.
"Kau memang tak ingat langsung pasal rantai tu?" Adian bertanya lagi, memaksa otak aku untuk berfikir lebih dalam.
"Memang tak. Tapi, bila kat sekolah, ingatan tu tiba-tiba muncul."
"Boleh pulak macam tu!?" Adian tercengang. Aku termenung memikirkan kejadian lepas.
"Tapi kenapa ingatan tu boleh muncul kat sekolah?" Adian tidak faham. Aku membuang keluhan.
"Aku pun tak tahu." ucapku. Adian nampak kehairanan.
"Apa kau fikir sekarang?" soalnya. Aku berpaling.
"Kau rasa gelang tu ada kaitan dengan sekolah?" tanyaku balik.
"Aku tak maksudkan begitu. Tapi, bila dengar apa kau cakap tadi, aku mungkin boleh cakap. Ya, walaupun aku masih tak yakin." sela Adian.
"Aku pun tak boleh nak kata macam tu sebab, aku baru aje pindah. Lagipun... aku tak ada apa-apa kenangan kat sini." tambahku pula. Adian terangguk-angguk.
"Tapi kau sakit kepala masa dalam bilik pejabat. Aku tertanya apa yang kau orang bualkan sebenarnya?" Adian memandangku.
"Tak ada bual apa, Cikgu Suraya cuma minta aku dengan crush kau pergi rumah... alah, lupa dah nama dia." Aku walang.
"Rumah siapa?" Adian berkerut wajah. Aku memandang air laut.
"Aku lupa."
AKU tertidur selepas solat maghrib. Turun aje dari tangga, terus aku ke dapur untuk mencuci muka. Ibuku yang sedang menonton TV menoleh. Dia kemudian menegur aku.
"Khai, dah makan ke?" soal ibuku. Aku berjalan menghampirinya sambil menggeleng kepala.
"Nanti Khai makanlah." balasku. Ibuku pandang aku atas bawah.
"Macam ada masaalah aje, kenapa?" soalnya. Aku terdiam. Boleh jadi masaalah lain kalau dia tahu ni.
"Eh mana ada." bohongku. Ibuku memandangku lama. Aku hanya buat tak tahu.
"Kalau tak ada masaalah, Khai takkan dapat panggilan sampai sepuluh kali." tekannya. Mataku membulat.
"Ha!? Maksud ibu panggilan apa?" Aku masih dalam keliruan. Ibuku menghela nafas.
"Panggilan telefon lah. Tadi, masa Khai tengah tidur, ada orang call. Ibu tengok aje, tak angkat." kata ibuku. Aku mula tersedar sesuatu. Jangan-jangan itu Amalia? Dah tak ada orang lain lagi yang akan call aku sebanyak itu, melainkan perempuan gila tu! Aku terus berlari meninggalkan ibuku yang terkulat-kulat di ruang tamu.
Kau ingat aku ada masa nak main-main ke? Disebabkan kau bodoh tak angkat call, aku terpaksa cakap kat sini. Kau baca ni baik-baik. Pagi esok, aku datang rumah kau... kita pergi rumah Merlissa, berbincang dengan dia. Kau jangan tidur pulak! Aku bom rumah kau nanti! ~ Amalia
Aku terlopong membaca pesanan darinya. Liurku telan. Macam mana prempuan gila tu boleh tahu lokasi rumah aku? Ini petanda buruk!
YOU ARE READING
Pelangi Terakhir
Teen FictionSEGALANYA bermula dari hutan belantara. Pertemuan dengan Merlisaa Umairah dan L mengubah hidup Izz Khairul. Kerana kasihan, Khairul membawa mereka pulang. Timbul pertanyaan di benaknya kenapa Mereka boleh ada di hutan? Setelah Khairul mendengar kisa...