"HOI!" aku tersentak dengan suara Damia. Gadis itu tergelak-gelak. Nak aje aku bagi pelempang. Minah ni tak pernah berubah sikap sejak kami kenal dua tahun lalu.
"Asyik termenung, mesti tengah fikirkan kawan kau tukan??" soalnya. Aku meraup muka. Damia meletakkan secawan susu di atas meja sebelum melabuhkan punggung.
"Mereka kawan baik aku, kau apa tau?" Aku duduk bersilang kaki.
"Memang kawan sampai mati la ni?" soal Damia. Kata-katanya macam menyindir pun ada.
"Jeles pulak aku." Gadis itu mencebik. Aku berpaling.
"Kenapa kau nak jeles?" soalku. Damia menjeling. Eh? Jeling pula?
"Yalah, kau selalu cerita pasal L dan Lissa tu, sedangkan itu kisah lama. Sudah lima tahun berlalu kau tau?" rungutnya.
"L cakap dia akan datang balik, aku percaya dia. Jadi, itulah sebab aku tak boleh lupakan."
"Okay... kalau macam tu, aku nak kau lupakan Lissa." Damia pandang aku sambil tersengih. Lain macam permintaan tu.
"Kenapa aku kena lupakan Lissa pulak? Dia pun kawan aku."
"Tapi, kau macam lebih-lebihkan dia."
"Lebih-lebih macam mana?"
"Macam tulah."
"Macam tu apa?"
"Arghh! Malas aku layan kau!" Damia bangun dan masuk kedalam rumah. Aku menggaru-garu kepala.
"Terimakasih air susu ni!" sempat lagi aku berteriak.
"Aku tak halalkan kau minum!"
MEMANG benar kata Damia, aku selalu menceritakan tentang Merlissa dan L kepadanya. Walaupun sudah lima tahun berlalu, tetapi mereka berdua tak pernah aku lupakan.
Ketika L dan Merlissa tiada, Damia lah tempat aku meluah segala perasaan. Suka, duka, hitam mahupun putih yang pernah aku rasa selama aku hidup 13 tahun.
Aku dan Damia selalu keluar bersama. Kadangkala kami pergi atas bukit berhampiran rumahku. Tapi, tak selalu sebab rumah Damia agak jauh. Jadi, akulah yang terpaksa pergi ke rumahnya.
Aku tak nak susah kan dia hanya kerana ingin datang ke rumahku. Lagipun dia perempuan, kesian Damia nak kena jalan jauh-jauh. Nak pergi rumah dia pula kena lalu kawasan pokok kelapa sawit.
Kadang-kadang hampir tersesat aku sebab kawasan tu luas sangat. Kampung Damia berbeza dengan kampung aku. Tempat kediamannya memang banyak dengan pokok kelapa sawit.
Tempat aku pula berhampiran dengan bukit-bukit tinggi dan hutan belantara. Aku pernah membawa Damia masuk kedalam sambil aku bercerita tentang segala apa yang ada di dalam hutan itu. Aku juga memberitahunya setiap kali aku tengok hutan pasti akan teringatkan L dan Merlissa.
"Lemas kau nanti." Aku pandang Damia bila dia cakap nak terjun dalam sungai.
"Kalau lemas, kau selamatkanlah aku."
"Kau berenang sendiri."
"Aku tak pandai berenang! Macam mana kalau aku mati!?"
"Mungkin itu ajal kau."
"Kurang asam!"
Banyak juga kenangan kami yang aku tak dapat lupa. Tapi, ini tak seberapa berbanding dengan Merlissa dan L. Damia pula selalu menyuruh aku untuk lupakan tentang mereka.
YOU ARE READING
Pelangi Terakhir
Teen FictionSEGALANYA bermula dari hutan belantara. Pertemuan dengan Merlisaa Umairah dan L mengubah hidup Izz Khairul. Kerana kasihan, Khairul membawa mereka pulang. Timbul pertanyaan di benaknya kenapa Mereka boleh ada di hutan? Setelah Khairul mendengar kisa...