PT 50

21 9 0
                                    

      
    
    
  
     BILA aku tersedar pagi tu, Damia masih nyenyak tidur. Hentakan yang agak kuat dikepala aku semalam masih terasa sakit. Aku bangun dan berjalan mundar-mandir.

Melihat Damia masih berbalut, menimbulkan rasa sedih dan bersalah pada diriku. Aku ingin meminta maaf kepadanya tentang semalam.

Mungkin luka dalamnya lebih sakit daripada luka luar yang dia rasa tika ini. Bagaikan mimpi, aku tak sangka Damia akan cakap macam tu. Betul ke dia pindah semata-mata kerana aku? 

Aku berjalan turun kebawah untuk membeli bekalan dan minuman. Ketika aku naik, Damia masih lagi tidur. Aku meletakkan bungkusan atas meja dan air mineral bersamanya.

Aku harap Damia makan apa yang aku beli. Selepas Damia menangis semalam, dia terus terlelap dan masih belum bangun hingga sekarang. Aku sempat menghubungi ibuku, aku bagitahu yang aku tak dapat pulang kerana ingin menemani kawanku di hospital.

Mujurlah ibuku tak terlalu mempertanyakan tentang permasalahan itu, biasanya dia memang akan bertanya jika dalam kebingungan. Rasa ingin tahunya memang kuat, selalu ingin mengambil berat tentang sesuatu perkara walaupun tiada kaitan dengannya.

Sama macam aku, sifat yang turun-temurun, aku selalu ingin mengambil tahu hal remeh-temeh. Hal besar lagilah membuat otak aku ligat berfikir. Pasal semalam pun masih tak habis lagi aku fikir.

Siapa mereka? Aku kembali tertanya-tanya. Kalau dilihat, siapa yang lelaki itu tuju dulu adalah aku. Tapi persoalannya, kenapa dia nak bunuh aku? Apakah Fendi dan Raz menghantar orang upahan untuk membunuhku?

Aku musykil, mungkin aku harus menemui Ah Meng untuk membicarakan tentang ini. Aku harap Ah Meng dapat memberi penjelasan. Jika ini ada kaitan dengan Fendi, aku mahu Ah Meng menyelesaikan permasalahan ini secepat mungkin.

                         






KERANA masih tak tahu bila Damia akan sedar, aku memutuskan untuk keluar. Namun, semasa nak pergi, aku terserempak dengan Merlissa yang kebetulan datang.

Kami terdiam sekejap, hawa pagi membawa satu kesayuan. Merlissa tersenyum tipis melihat aku di hadapannya. Aku pula masih terkejut dengan kehadiran si dia.

"Macam mana kau tahu aku ada kat sini?" tanyaku dengan wajah berkerut. Merlissa berjalan sedikit mendekat. Aku memberikannya ruang untuk lalu.

"Sarah dah ceritakan semuanya semalam. Saya risaukan awak, jadi saya datang." beritahunya. Aku menundukkan pandangan. Kuasa tatapan mata aku hilang saat dia berkata sedemikian.

"Awak okay? Ada luka?" soal Merlissa. Aku menggeleng, tidak sepatutnya Sarah memberitahu perkara ini kepada Merlissa. Tapi, disebabkan kami sudah mengharungi masaalah bersama, jadi wajarlah untuk Merlissa juga tahu.

"Kau patut risaukan orang kat belakang." kataku. Merlissa melihat sebentar kedalam.

"Ya, saya tahu." jawabnya. Aku tengok Damia sudah membuka mata, terkedip-kedip dia memandang kami berdua.

"Kalau awak penat baliklah, biar saya temankan dia." cadang Merlissa. Aku akur. Fikir banyak kali juga aku nak tinggalkan mereka. Tapi, disebabkan kami berada dalam hospital. Jadi... aku rasa tak ada apa-apa untuk dibimbangkan.

                            






AKU terserempak dengan Danny dan Fiqri ketika kami sama-sama datang ke hospital pada petang itu, Adian juga ada bersama. Aku pandang mereka bersilih ganti. Danny terus merapat.

"Nasib baik kau hidup lagi, risau kami tau?" Danny pegang bahu aku. Fiqri senyum serong. Adian nampak terpinga-pinga.

"Siapa pulak cakap aku mati?" soalku bengang. Tawa Danny tersembur. Fiqri dan Adian saling pandang. Kami berempat masih ada di luar hospital, belum masuk.

Pelangi TerakhirWhere stories live. Discover now