PT 51

20 7 0
                                    

     


     DISEBABKAN kerambit tersebut. Aku, Danny dan Adian berbincang untuk menemui Ah Meng. Aku tidak menceritakan perkara ni kepada Sarah ataupun Amalia.

Setengah dari kami yang ada kaitan dengan permasalahan ini pun tidak aku beritahu, Damia juga tak tahu. Aku masih ragu-ragu untuk mengkhabarkan kepadanya.

"Tapi kau yakin ke?" Adian masih tak berpuas hati.

"Fiq dah cakap suruh jumpa dulu." tegas Danny. Adian berpeluk tubuh. Aku duduk termenung sambil menongkat dagu. Fikiranku berselirat.

"Jangan buat kacau tempat orang sudah lah." pesan Adian. Dari jauh, aku nampak Haikal datang. Lama kami menunggu kedatangan lelaki yang sorang tu.

"Kita nak berbincang dengan cara baik, bukannya nak bergaduh." dengus Danny. Adian membuang keluhan. Haikal duduk di sebelahku berhadapan dengan Adian dan Danny.

"Kau orang ni betul ke?" Haikal terus ke titik tengah. Kami bertiga seretak mengangguk, terdorong tubuh Haikal sedikit ke depan, dia memandang kami dengan serius.

"Aku pun tak tahu sangat pasal GT, Kalau pasal persenjataan mereka, ini di luar pengetahuan aku." keluh Haikal sambil memandang kami bersilih ganti.

"Tapi, ada seseorang yang lebih tahu dari aku." sambung Haikal lagi.  Aku dan Danny saling berpandangan. Siapa? Bisikku dalam hati.

Iskandar yang tiba-tiba datang membuat kami semua terbuntang. Dia ni!? Bagaikan tak percaya orang dimaksudkan Haikal itu adalah Iskandar. Aku pandang sekeliling, banyak pelajar perempuan menoleh ke arah kami.

                          





AKU duduk melengung, kata-kata Iskandar sebentar tadi buat aku rasa tak senang duduk. Aku takut, bimbang dan sebagainya. Fikiranku berserabut. Terkejut betul aku bila Iskandar cakap bahawa kerambit yang kami maksudkan itu mungkin ada kaitan dengan GT.

Oleh kerana masih tak berpuas hati, aku yang masih duduk kat kantin terus naik ke kelas. Aku nak jumpa Iskandar dan bertanya lagi kepadanya. Aku juga nak tahu macam mana Iskandar boleh tahu perkara ni?

Ketika dia menceritakan tadi aku hanya diam, sepatah pun aku tak menyampuk, Masih canggung aku dengannya. Tapi, aku cuba untuk buang perasaan tu. Sekarang tak ada masa nak malu-malu.

Sampainya di kelas 5 Dinamik, aku terpandang hujung koridor. Terlihat Iskandar sedang termenung. Ada Qisya di belakangnya sedang mengintip di sebalik pintu, kemudian Hanna datang dan tarik telinga gadis itu.

Aku datang mendekati Iskandar. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang melihat aku. Jeda seketika, kami berpandangan antara satu sama lain.

Aku merenung wajah putih itu. Keningnya yang lebat terbentuk kemas, tubuhnya yang tegap itu mampu menggoyahkan naluri seorang gadis. Ya, itulah Raja Iskandar. Lelaki yang sedang berdiri di hadapanku sekarang.

"Apa?" soal Iskandar. Adakala aku nampak dia pandang sesuatu kat belakang, mungkin Hanna atau Qisya sedang mengintai-intai, ataupun Amalia, tapi aku tak rasa minah tu akan melakukan hal sedemikian.

"Aku nak tanya kau lagi pasal tadi." kataku. Iskandar berpeluk tubuh sambil bersandar pada dinding.

"Kau nak tau apa?"

"Aku nak tau dari mana kau tahu pasal GT."

"Dari seseorang."

"Haikal?"

"Tak."

"Habis tu siapa?"

"Kawan lama aku." Jeda lagi. Aku pandang dia lama.

Pelangi TerakhirWhere stories live. Discover now