BANGUN pagi, aku terus mencari baju sekolah. Nak meraung rasanya bila ibuku cakap baju aku basah ditimpa hujan. Aku cuma ada satu saja baju lengan panjang. Setiap kali balik sekolah, aku akan basuh dan sidai baju tu dekat luar, tapi semalam aku terlupa angkat. Arghh!Berserabut betul kepala otak aku. Tak nak tak terpaksalah aku pakai baju lengan pendek. Memang walaupun tak melanggar undang-undang, tapi aku tetap tak suka! Harini adalah hari paling teruk. Bila aku sampai aje kat sekolah, orang-orang terus pandang aku macam nampak hantu.
Mana taknya, dengan baju ketat begini? Merah macam tomato muka aku bila masuk kelas. Setiap kali budak-budak lain masuk pasti akan tegur. Cantik baju? Kau okay? Eh baju baru ke? Kenapa ketat sangat?
Aku hanya diam. Si Adian pun sama, pandang aku atas bawah lepastu gelak macam orang gila. Danny pun dua kali lima sama.
"So seksi!" kata Danny. Aku tahan geram. Mereka tak tahu macam mana perasaan aku. Nak aje aku bagi penumbuk sebiji sorang.
"Cun Khai! Kalau boleh hari-hari aku nak kau pakai baju macam ni!" katanya lagi. Adian mengangguk-angguk.
"Aku setuju! Kau memang mantap! Aku yang tengok pun! " Adian senyum sambil jongket kening. Dah buang tabiat ke apa jantan ni??
"Jangan nak mengarut! Aku sepak muka kau!" Mereka berdua serentak ketawa. Nasib baiklah cikgu tak komen sangat masa sesi pembelajaran tadi. Aku pun ada terangkan kenapa baju ni ketat. Iskandar pun ada perhatikan aku, tapi aku buat tak tahu.
Itu belum termasuk lagi dengan Merlissa. Amalia sudah datang sekolah, tetapi kami masih tak bercakap. Dia lebih pilih menjauh jikalau kami terserempak.
"WEH, Jom keluar petang ni?" ajak Adian. Aku menggeleng. Danny datang membawa roti sosej dan roti jagung. Aku minta dia belikan tadi.
"Kalau keluar cuma nak lepak, jangan ajak aku. Kau pergi ajelah dengan Danny." Aku berpeluk tubuh.
"Kau ni sombong!" Adian mendengus. Danny berdiri di hadapan kami.
"Dah handsome, tapi tak nak turun rehat. Menyusahkan orang pulak!" rungutnya. Aku pekakkan telinga."Tak biasa aku turun dengan pakaian macam ni," Aku mengebas-ngebas baju. Roti yang dihulurkan Danny aku ambil.
"Tak biasa kenapa? Tubuh elok. Orangnya dah handsome. Apa lagi kurang?" soalnya.
"Baju..." Aku menjeling. Danny terkekeh-kekeh. Aku lempar dari tingkat tiga baru tau.
"Okay je aku tengok, tetap seksi seperti biasa," Danny sengih. Aku senyum geram.
"Main-main kau ni..." ucapku. Danny gelak kuat. Adian hanya memerhati kami berdua. Sesekali dia menoleh kebawah.
"Makan cepat sikit, kalau pengawas naik nahas kau! Dengan aku sekali kena!" Danny memberi peringatan. Aku cuma mengiakan. Belum sempat aku nak makan.
"Masin mulut kau." ujar Adian. Aku dan Danny serentak menoleh. Sekumpulan pengawas perempuan yang baru mendaki tangga berpaling ke arah kami. Salah seorang dari mereka membawa buku dan pena.
"Meriah nampak?" soal gadis itu. Adian nampak cemas. Aku dengar Danny berbisik di telingaku.
"Aku dah cakap!" jeritnya sedikit perlahan. Aku sampai tak sempat nak simpan roti. Makan pun tak lagi. Aduh! Macam mana ni!?
"Tak boleh ketat lagi ke baju tu?" sindirnya. Adian tersembur tawa. Danny cuma sengih. Boleh tahan mulut pengawas ni. Kataku dalam hati. Kami bertatapan mata. Belum sempat pengawas itu berbuat apa, tiba-tiba terdengar suara berdehem dari belakang. Semua menoleh serentak.
YOU ARE READING
Pelangi Terakhir
Teen FictionSEGALANYA bermula dari hutan belantara. Pertemuan dengan Merlisaa Umairah dan L mengubah hidup Izz Khairul. Kerana kasihan, Khairul membawa mereka pulang. Timbul pertanyaan di benaknya kenapa Mereka boleh ada di hutan? Setelah Khairul mendengar kisa...