PT 18

29 10 0
                                    


    
        AKU tersedar pagi itu setelah mendapat lima kali panggilan dari nombor yang tak dikenali. Setelah panggilan itu diangkat, hampir-hampir aku nak terjatuh dari katil apabila terdengar suara Pontianak subuh. Ini kalau orang tengah memandu pun boleh mati terbabas.

"Kau ni kenapa bodoh sangat!! Nombor aku bagi tu untuk kau!! Yang kau pergi bagi kat Adi, kenapa!!? Otak kau ni dekat lutut ke!!?" begitulah cara dia memekak. Sempat lagi dia menyindir aku. Tapi, ini belum berakhir. Potianak itu masih tak berpuas hati apabila dapat tahu aku telah bagikan nombornya kepada Adian. Baru aku tahu Pontianak zaman sekarang mementingkan privasi.

"Kalaulah kau ada depan mata aku... dah lama aku patah-patahkan tulang kau jantan tak guna!!" Lebih kurang macam tulah helaiannya yang terakhir sebelum Pontianak itu menutup panggilan.

Sampai macam tu sekali? Aku mendesah dan sambung berbaring. Mungkin aku tak sepatutnya bagi nombor Amalia dekat Adian. Mungkin Adian pun kena maki macam aku juga, atau mungkin lebih teruk dari aku.

"Apalah nasib kau Adi." Aku bersuara dalam kegelapan. Rasa bersalah mula datang. Tapi, aku tahu Adian dah tahu risiko sebelum dia bertindak. Bermakna, dia pasti sudah bersedia menanggung apa yang akan terjadi. So, kenapa aku nak rasa bersalah dalam hal ni? Aku memejamkan mata. Baru aku fikir nak tidur sekejap, tiba-tiba notification berbunyi.

Aku ada kat luar rumah ~ Adian

Aku membuka pintu lalu menjenguk. Tadi dah kena tengking dengan Pontianak, sekarang apa pula? Geram juga aku apabila ada orang kacau hari cuti yang sepatutnya aku berehat. Kalau boleh nak aje aku cakap... balik sebelum aku baling kuali atas muka kau!!

"Datang pun." ujarnya. Aku berjalan lalu menolak pintu pagar.

"Kenapa kau datang pagi buta ni?" tanyaku. Adian berpeluk tubuh. Aku juga sama. Walaupun matahari sudah terbit. Tapi, suasana masih terasa sejuk.

"Kan aku dah cakap nak bawa kau pergi sesuatu tempat, jomlah." ajaknya. Aku buat-buat tak tahu.

"Eh betul ke?"

"Kau lupa ke?" Adian menggeleng kepala. Aku sengih. Sebenarnya... bukan aku lupa, tapi aku malas. Oleh kerana Adian dah datang, jadi aku terpaksa. Takkanlah aku nak terajang dia suruh balik? Aku masih ada hati budi. Aku pun tak suka buat orang kecewa dengan sikap aku.







SETELAH satu kilometer berjalan, aku melihat banyak pokok-pokok. Tak silap aku, kat depan sana ada laut. Tempat ini memang berdekatan dengan laut. Ada kampung kecil yang terletak tidak jauh dari kami. Walaupun aku tak pernah datang. Tapi, ibuku pernah memberitahu.

"Untuk apa kita ke sini ?" tanyaku. Adian menoleh. Rambutnya bergerak ditampar angin. Aku nampak ada bot sedang bergerak di tengah laut.

"Sengaja aku nak datang sini." kata Adian. Aku menghela nafas. Tak lama selepas itu, kami berjalan melihat kapal-kapal yang ada di pelabuhan, kemudian singgah pula di jeti.

"Masa budak dulu, dekat sinilah aku dan Jimmy selalu main. Kat sini tenang." beritahunya. Mataku melilau-lilau melihat keadaan sekitar.

"Tempat ni jugalah aku bertemu dengan cinta pertama aku." Adian tersenyum. Aku terbatuk-batuk.

"Cinta pertama? Siapa cinta pertama kau?" Aku hairan.

"Siapa lagi? Amalia tulah." beritahu Adian. Aku jongket kening. Zaman bila ni??

"Mungkin kau susah percaya. Tapi, sebenarnya... aku kenal dia dah lama, masa kami budak lagi. Jimmy pun kenal." ceritanya. Aku tekun mendengar walaupun sebenarnya aku tak kesah apa-apa pasal mereka.

"Izinkan aku bercerita pasal kisah hidup dia." Adian seperti ingin membuka bicara panjang. Aku mengizinkan walaupun tak bertanya.

Kata Adian, ayah Amalia seorang nelayan. Tapi, belum sempat Amalia membesar. Ibu dan bapanya bercerai atas sebab kemiskinan. Kemudian, ibunya menikah dengan lelaki kaya. Tapi, Amalia tak suka pada ayah barunya.

Amalia selalu datang ke jeti setiap hujung minggu. Dia mahu berjumpa dengan ayahnya. Amalia harap, dia dapat hidup bersama ayahnya macam dulu. Tapi, kata ayahnya, dia tak boleh bersama dengan Amalia lagi. Ayahnya minta Amalia untuk teruskan kehidupan bersama keluarga baru. Awalnya Amalia tak nak, tapi lama kelamaan dia mula berubah fikiran.

Amalia cakap, dia akan menjadi orang berjaya sesuatu hari nanti. Amalia tak nak ayahnya bekerja sebagai nelayan lagi. Amalia nak jaga ayahnya dan pergi jauh daripada sini. Bila ayahnya dengar apa yang Amalia cakap, dia terharu. Tapi, pada suatuhari tu.

Bila Amalia datang ke jeti, ayahnya tak muncul. Minggu depan dia datang lagi ayahnya masih tak muncul. Sampailah pada suatuhari, Amalia cuba bertanya kepada nelayan lain kemana perginya nelayan lelaki yang selalu ada di sini? Awalnya diaorang tak pasti siapa Amalia maksudkan. Tapi, bila Amalia bagitau nama ayahnya. Para nelayan itu semua terkejut.

Mereka lalu memberitahu perahu yang ayah Amalia naik tenggelam disebabkan ribut dan ombak terlalu tinggi. Ada orang nampak mayat ayahnya terapung di atas permukaan. Bila Amalia dengar semua itu, dia bagaikan tak percaya. Sampai sekarang Amalia masih tak dapat terima kepergian ayahnya.

"Mungkin kau hairan dari mana aku tahu semua ni. Sebenarnya, ayah dia sendiri yang cerita pada aku sesama dia masih hidup. Selebihnya, aku dengar daripada mulut nelayan lain." jelas Adian.

"Walaupu Lia dah tak datang sini sejak kejadian tu. Tapi, aku masih datang tempat ni. Aku harap ayah dia masih hidup. Aku nak dia tahu aku sayangkan anak dia. Walaupun Amalia tak terima aku. Tapi, biarlah ayah dia terima aku." Adian senyum pahit. Aku memegang bahunya.

"Aku faham perasaan kau. Sedih juga kisah hidup dia." Aku bersimpati. Adian menoleh.

"Semalam aku dah bagitau. Tapi, kena tolak. Lia takkan terima lelaki macam aku. Dia tak nak aku ganggu dia lagi. Semalam dia marah sebab aku ambil nombor dia dari kau." kata Adian. Aku mengeluh. Dah agak, kalau tak... minah tu tak mungkin dapat call aku semudah itu. Tapi, aku rasa kasihan pula kerana disebabkan aku, Adian dimarahi.

"Aku pun nak minta maaf, mungkin aku tak patut bagi nombor dia. Salah aku semua ni." Aku mengenang kesalahan sendiri, tetapi Adian berkata sebaliknya.

"Itu bukan salah kau... kau dah cuba yang terbaik untuk dekatkan aku dengan dia. Jangan risaulah, aku masih belum menyerah. Bila aku jumpa dia nanti aku nak luah sekali lagi. Manalah tahu dia malu dalam panggilan kan?" Adian nampak percaya diri walaupun dia dah tahu Amalia takkan jatuh hati padanya.

"Berani betul kau?" Aku terlopong. Langsung aku tak melihat keraguan dalam darinya.

"Kenapa? Kau ingat aku takut?" Adian terkekeh-kekeh ketawa. Aku menggeleng kepala. Hanya mampu berserah pada takdir.

"Kau pula? Macam tak ada kisah nak diceritakan, sedangkan aku dah tahu." Adian pandang aku yang tengah termenung.

"Jimmy bagitau apa aje?" tanyaku. Adian cuba mengingat kembali.

"Tak adalah banyak sangat. Yang aku ingat, dia cuma bagitau pasal kau. Nama sekolah kau. Tempat tinggal kau. Nama penuh kau. Jimmy ada juga cerita pasal perangai kau sikit-sikit. Hmmm, dia pun ada cerita pasal..." Adian mati kata. Aku nampak dia takut-takut nak bersuara.



Pelangi TerakhirWhere stories live. Discover now